CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sanjay Dutt Kena Hentam

24-12-2013 11:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3803| Komen: 5

Description: Rakyat India Sekali Lagi Marah Apabila Sanjay Dutt Mendapat Cuti Untuk Kali Kedua Dari Penjara Tempatnya Menjalani Hukuman. Meskipun Alasan Kali Ini Masuk Akal Namun Tindakan Tersebut Mengguris Hati R ...
RAKYAT India sekali lagi marah apabila Sanjay Dutt mendapat cuti untuk kali kedua dari penjara tempatnya menjalani hukuman. Meskipun alasan kali ini masuk akal namun tindakan tersebut mengguris hati rakyat India.

“Permohonan yang diminta oleh Sanjay dipertimbang oleh ACP Mumbai dan pihak penjara Yerawada. Keputusan telah dibuat dan pihak berkuasa meluluskan cuti selama 30 hari kepada Sanjay Dutt dengan alasan untuk menemani isterinya yang sedang sakit,” kata sumber.

Ketika ini, isteri Sanjay sedang bertarung nyawa melawan kanser hati. Disebabkan alasan tersebut Sanjay memohon untuk mendapatkan cuti hukuman penjaranya. Cuti tersebut merupakan cuti kedua Sanjay dalam masa sebulan. Ada yang berpendapat pihak penjara terlalu memanjakan Sanjay.

“Ada orang tua yang masuk penjara bersama Sanjay, tetapi tidak mendapat cuti. Apakah keistimewaan Sanjay hingga membuatkannya mendapat cuti dalam satu bulan. Kerana ramai lagi orang yang berada dalam penjara tidak dapat berjumpa dengan orang yang mereka sayang,” kata seorang aktivis.

Kejadian tersebut telah tersebar di alam maya dan berbagai protes terhadap tindakan tersebut telah dibuat. Sehingga sekarang, Sanjay tidak dapat dihubungi untuk keterangan lanjut.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 16-12-2013 11:53 AM
uiks leh apply cuti bagai lak..
Quote si_wawa 25-12-2013 08:23 PM
macam tengah kerja la pulak...
Quote roblucci 5-1-2014 03:35 AM
tak lama lagi malaysia jaid macam ni
Quote beta_carotene 1-2-2014 03:54 PM
annual leave brp hari setahun? bawak2 lah save utk raya deepavali...
Quote Gospodinkvic 16-12-2014 03:50 PM
wah, boleh pulak apply cuti2 ni,

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.050818 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top