Wilma Publish time 25-1-2005 12:46 AM

Deaf tq dgn pics makam Habib Nuh, rasa rindu plak nak balik dan ziarah makam, cantik pics tuh.

Dulu masa saya kecil rasa nya tinggi sekali tangga nak naik ka atas makam, bila nak balik banyak sekali burung2 merpati berjalan jalan kat tangga tuh, gedek2 burung2 merpati, tapi memang tak ada najis burung. Saya cukup suka tabur kacang hijau masa tuh untuk burung2 merpati di Makam Habib Nuh. Harapan saya papan tanda saman tuh diorang buang ASAP.

Dulu ada satu film melayu lama, dah lupa plak apa nama film tuh, di akhir cerita tuh ada satu perempuan mendukung anak kecil yg telah meninggal dunia naik ka atas Makam Habib Nuh, mereka ramai2 berdoa di dalam makam, dgn tiba tiba anak kecil tuh bernyawa kembali.

deaf4ever Publish time 25-1-2005 07:56 PM

Originally posted by Wilma at 25-1-2005 12:46 AM:
Deaf tq dgn pics makam Habib Nuh, rasa rindu plak nak balik dan ziarah makam, cantik pics tuh.

Dulu masa saya kecil rasa nya tinggi sekali tangga nak naik ka atas makam, bila nak balik banyak se ...



biasalah pihak bertanggungjawab buat papan tanda jangan kasi burung makan, cam mungkin ada sebab2 sendiri.. , takut burung gagak lak datang ke, anjing liar ke, apa ke.
tapi kalo kita kasi burung merpati tu makan pasal nengok smua cam kelaparan, tak salah jugak...


dulu me kecik2, ada dengar story jugak pasal makam habib noh, pasal contoh cam orang kena sihir, merangkak dan berperangai cam buaya, merangkak perlahan2 pegi makam ni dari rumah mereka....

tapi agak lagi baik kot, sapa kurang ilmu agama, belajar dulu ngan guru2 tentang benda2 wali2 dan makam2 ni smua, takut salah guna, nanti tersesat dari agama lak...

Wilma Publish time 26-1-2005 01:12 AM

Deaf.. yer lah saya faham tentang papan tanda tuh .. jika sudah sebegitu undang2 kita disana .. nak buat camner kan ..tapi takut juga nak bagi burung2 kacang hijau/jagung .. kalau papan tanda tuh dok perati jeling jeling kat kita .. kesian burung2 merpati di makam Habib Nuh ..:mll:

m_vaughn Publish time 26-1-2005 11:23 AM

bapak sedara saya ada cerita...
kat kelantan, ada seorang pakcik...
dia ni kenalan keluarga la...
belakang rumah saya, terletak rumah moyang saya...
pakcik ni selalu jugak pegi ke sana...
ada orang kata pakcik ni gila... tapi bagi family kitaorang anggap dia ni alim... macam wali jugak...

ada suatu hari... dia masuk umah moyang saya...
tiba2 dia jerit.."wei setan!!! berani mu masok umah ni! pegi!" dia pun belari keliling umah sambil mengibas serban dia macam mengejar sesuatu...
lepas tu dia pun kata..." dah halau dah setan tu"

then, bila musim haji, orang zaman dulu naik kapal laut... bawaklah macam2 barang utk memasak dsbnya... dia ni tolonglah angkat barang bawak masuk kapal kat pelabuhan penang nun..
lepas angkat barang, dia kata " ok... sampai mekah nanti aku tolong angkat barang bawak turun kapal." sampai mekah, memang dia dah tunggu dah...

lagi satu, pakcik ni ada dua bini... satu sebelah sini punya sungai... macam sebelah kota bharu la... seorg lagi kat kg laut. kalo tak silap...
pada zaman dulu, jambatan sultan yahya tak ada lagi... orang menyeberang pakai bot tambang...
hari tu dia dah janji dengan bini no dua nak balik ke seberang sana, tapi dah lewat, bot dah tak ada...
dia pun kata "tak apalah kalo bot tak ada" then, dia bukak selipar dia, dia jalan atas air menyeberang ke sana sambil disaksikan oleh org2 kat situ...

lagi satu, dia ni macam bendul sikit...
kalo dia datang kenduri kat umah family kita org, kitaorg akn jemput dia makan, nenek sedara kitaorg pun berbahasa- basi lah nak jeput pakcik ni makan...
" pak xxx (lupa nama)... jemputlah makan... takada lauk pun, sekadar nasi biasa sahaja"..
lepas tu apa yang dia buat hanya makan nasi aje...
bila ditanya kenapa makan nasi aje?
dia cakap " kata lauk tak ada, aku makan nasi ajelah" (padahal lauk banyak kat depan dia)

ada jugak moyang aku selalu bagi duit kalo dia datang umah...
pada masa dulu, duit rm5.00 tu dah macam rm 50.00.
moyang aku bagi duit tu kat dia.
bila dia tanya buat apa dengan duit ni?
moyang aku jawabla "saje je buat tambang teksi" (sekadar berbahasa-basi jugak)
apa yang dia buat lepas tu... semua duit tu dia bagi kat pakcik teksi. semua sekali

tapi sekarang dia dah meninggal... Al-Fatihah..
wallahua'lam

sherrina Publish time 28-1-2005 05:32 PM

vaughn,
kisah yg menarik :)

Wilma Publish time 29-1-2005 06:23 AM

Originally posted by sherrina at 28-1-2005 05:32 PM:
vaughn,
kisah yg menarik :)

Yeah sherrina saya akui kisah yg di gambarkan oleh m_vaughn. Pelik tetapi benar. Tidak mustahil juga andai ada diantara forumer ada ciri ciri seperti wali. Wallahualam ..

m_vaughn Publish time 31-1-2005 10:31 AM

Originally posted by sherrina at 28-1-2005 05:32 PM:
vaughn,
kisah yg menarik :)


thanx :tq: kalo nak kira pak cik saya memang ada banyak cerita... dari topik bunian, puteri saadong, wali, perubatan tradisional dsbnya... cuma ada yg tak boleh nak cerita... pasal puteri saadong tu misalnya... saya tak boleh nak cerita lebih2. takutlah...:malu: nanti apa pulak org kata...

fleurzsa Publish time 6-2-2005 04:45 PM

Muhammad Said Al-Linggi

Dialah ulama pertama membuka pusat pengajian di Ampangan, tidak jauh dr Seremban.Sepanjang hayatnya sebagai org alim dan pendakwah, dia telah menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura selain merata Semenanjung Malaysia.

Seorg Raja Siam, pd suatu malam tlh bermimpi bertemu dgn seorg yg berjubah dan berserban putih.Sami pun dipanggil dan disuruh takbirkan mimpi itu tetapi sami tidak berupaya.

Suatu hari sampailah Said al-Linggi ke kota itu lalu segera raja tadi minta ditadbirkan mimpinya.Menurut Said al-Linggi, org yg dilihat berjubah dan berserban itu adalah Rasulullah saw, pembawa ajaran Islam.

Maka Islamlah raja Siam itu dan hal ini ada diperkatakan oleh org Thailand sendiri bhw terdptseorg raja Siam yg memeluk agama Islam di tangan ulama Melayu.

Sepjg hayatnya Said al-Linggi tlh menghasilkan 7 tulisan, atrnya Risalatul Fawa’id, Syarhu Kunuzil-Jawahiril Nuriah dan Rasalatun Fathi.

Beliau meninggal dunia pd thn 1926.

adam_300SE Publish time 14-2-2005 11:33 PM

:bye:...sambung laaa lagii.....banyak gak wali2 kat negara kita ni...pasal tu laa kot bala2 besar tak der kat tempat kita ni yerr...agak nyer laa....:lebai:

fleurzsa Publish time 16-2-2005 03:21 AM

Originally posted by fleurzsa at 6-2-2005 04:45 PM:
Dialah ulama pertama membuka pusat pengajian di Ampangan, tidak jauh dr Seremban.Sepanjang hayatnya sebagai org alim dan pendakwah, dia telah menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapur ...

By stormbringer

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=146563&highlight=&page=1

Maaf, ada sedikit kekeliruan fakta di sini. Asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin memang seorang wali Allah yang terkenal di Negeri Sembilan. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1926. Jika diperiksa sejarah negara Siam, tiada seorang raja Siam pun yang pernah memasuki agama Islam di dalam periode 50 tahun terakhir bagi asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin, yakni 1876-1926. (Kalau tak percaya, boleh semak dengan kedutaan Thai di KL.)

Lalu dari manakah datang kekeliruan fakta ini? Sebenarnya raja dari negara Siam yang pernah masuk Islam ialah Phya Tu Nakpa pada tahun 1457 Masihi, mengikut buku yang berjudul Raja Campa & Dinasti Jambal dalam Patani Besar seperti yang dipetik di dalam buku yang berjudul Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 3 tulisan Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah, seorang ahli sejarah yang terkenal di Malaysia.

Di dalam buku Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 3, Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah telah mengatakan bahawa ulama yang telah mengislamkan Raja Patani pada zaman dahulu itu bernama Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa (bukan asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin). Walau bagaimanapun, Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah telah mengatakan bahawa cerita ini adalah berdasarkan cerita rakyat sahaja kerana bukti yang kukuh belum lagi ditemukan. Sebelum ini, beliau telah memperkenalkan Syeikh Muhammad Sa'id al-Barsisa di dalam buku beliau yang berjudul Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Asia Tenggara.

Saya harap fleurzsa tidak merujuk mengenai mimpi bertemu Rasulullah SAW yang dialami oleh seorang raja dari Siam itu daripada buku yang berjudul 7 Wali Melayu tulisan Abdul Ghani Said, kerana buku tulisan Abdul Ghani Said ini ada mengandungi beberapa kesalahan dan juga kesilapan fakta.

Sebagai contoh, pada muka surat 68 (cetakan Julai 1993), disebutkan bahawa " . . . Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Ahmad Idris Ad Dandrawi . . .

Ini adalah salah kerana asy-Syaikh Ahmad bin Idris tidak pernah diberikan nama nisbah ad-Dandarawi. Beliau lebih sering dikenali sebagai asy-Syaikh Ahmad bin Idris al-Fasi kerana beliau memang berasal dari Fez (disebut Fas di dalam Bahasa Arab) di Moroko. Asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi, yang merupakan guru kepada asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin, telah diberikan nama nisbah ad-Dandarawi kerana dia berasal dari Dandara, sebuah tempat di negara Mesir.

Sebagai contoh kedua, pada muka surat 70 (cetakan Julai 1993), disebutkan bahawa " . . . Syeikh Said Al Linggi mendapat ijazah Tareqat Ahmadiah daripada Sidi Syeikh Muhammad Ad Dandarawi dan beliau menerima pula daripada ayahnya Sayidi Syeikh Ahmad bin Idris yang menjadi pengasas tarekat ini . . .

Memang benar, asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin telah menerima ijazah daripada asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi. Tetapi, asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi (berasal dari Mesir) pula telah menerima daripada gurunya yakni asy-Syaikh Ibrahim ar-Rasyid (berasal dari Sudan), yang telah menerima daripada pengasas tarekat ini yakni as-Syaikh Ahmad bin Idris al-Fasi (berasal dari Moroko).

Asy-Syaikh Ahmad ibn Idris al-Fasi bukanlah ayah kepada asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi walaupun nama penuh bagi asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi ialah asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad. Di dalam perkataan lain, ayah kandung kepada asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi bukan asy-Syaikh Ahmad bin Idris al-Fasi. Sebagai perbandingan, asy-Syaikh Muhammad ad-Dandarawi telah dilahirkan pada tahun 1255 Hijrah sedangkan asy-Syaikh Ahmad bin Idris telah meninggal dunia pada tahun 1253 Hijrah di Sabya (dahulu di Yemen sekarang ini di Saudi Arabia).

Saya menasihatkan bagi sesiapa yang ingin memperolehi informasi yang lebih tepat dan lebih sohih, rujuklah kepada buku yang berjudul Tariqah Ahmadiyyah - History and Development tulisan al-Ustaz Pauzi Haji Awang, terbitan Persatuan Ulama Malaysia.

Boleh juga lihat biografi ringkas di sini ==>1

Atau lebih baik lagi, berjumpalah dengan Sohibul-Samahah Dato' Mufti Negeri Sembilan, kerana beliau adalah seorang cucu kepada asy-Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin, dan informasi daripada Sohibul-Samahah Dato' Mufti Negeri Sembilan adalah lebih dapat dipercayai. Bapa beliau pula, yakni asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa'id juga pernah menjadi mufti Negeri Sembilan dan pernah menulis beberapa kitab mengenai at-Tariqah al-Ahmadiyyah al-Idrisiyyah.

fleurzsa Publish time 16-2-2005 03:35 AM

Muhammad Nor Al-Kholdili

Perkampungan Islam Kampung Cincin di pinggir bandaraya Kuala Lumpur masih wujud dan beberapa kesan pentadbiran secara Islam yg diterajui oleh al-Kholidi masih dpt dilihat.

Membuktikan betapa melaksanakan Islam sbg cara hidup adalah sinambungan yg hak.

Perkampungan ini diterokai oleh al-Kholidi sekitar 1894 bersama pembantunya yg juga seorg alim bernama Zainal Abidin.Kedua2 tlh pergi ke Mekah melalui Thailand dan India utk mengerjakan haji dan melanjutkan pelajaran terutama dlm bidang tasawuf dan tarikat.

Syariat Islam benar2 terlaksana di Sg Cincin krn al-Kholidi begitu bijak memimpin, mentarbiah di samping menyusun strategi pembangunan utk memenuhi tuntutan hidup.

Para wanita di Perkampungan ini tidak perlu keluar krn segala keperluan mereka tersedia.Mereka juga diarahkan memakai purdah dan purdah ini masih tetap dipakai oleh anaknya, Hajjah Fatimah.

"Saya tetap memakai tunton (purdah) ini bersama kakak saya Hajjah Habsah yg tinggal bersama anaknya di Bandar Baru Bangi krn ini pesanan ayah saya spt yg dituntut oleh syariat.Selama hayat saya, saya hanya membuka muka di khalayak ramai ketika bertawaf sewaktu mengerjakan haji"ujar Hajjah Fatimah.

Utk memastikan syariat Islam benar2 terjaga, al-Kholidi mewujudkan petugas2 (polis).Beliau juga membina r4umah penjara (4 buah) utk mendidik mereka yg melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hingga kini.

bersambung....

fleurzsa Publish time 16-2-2005 02:02 PM

Dlm soal melaksanakan hukuman al-kholidi tidak bersikap pilih kasih.Siapa shj yg bersalah pasti akan dikenakan hukuman, bahkan salah seorg drp isterinya sendiri pernah juga dipenjara beberapa hari.

Utk tinggal dan menuntut ilmu di Perkampungan Islam Sg Cincin ini, al Kholidi tidak mengenakan sebarang bayaran.Tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.

Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, Kampung Cincin bukan shj tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang.Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun.Kehidupan dan pengajian berjalan sebagaimana biasa.

Suatu yg barangkali tidak pernah dibuat oleh sesiapa tetapi ada di Kampung Cincin iaitu 'kubur percubaan'.Letaknya di luar mihrab masjid bertujuan utk menginsafikan pengikut2nya terhdp soal2 mati, alam barzakh, padang mahsyar, akhirat, syurga dan neraka.

"Bagi sesiapa yg ingin mencuba, dibenarkan masuk ke liang lahad selama beberapa ketika dgn syarat atau cara tertentu.Inshaallah dpt merasai sebahagian drp alam ghaib seperti yg terdpt di alam kubur".

Muhammad Nor al-Kholidi meninggal dunia dlm usia 58 tahun pd 1932 dan meninggalkan begitu byk jasa dan murid.

chumpon Publish time 18-2-2005 04:44 PM

klu Hamka tu wali ke?

MOONkerBULAN Publish time 30-7-2005 02:22 PM

TOK KENALI....

aku pernah dengar yg tok kenali nih tinggi ilmunyer....bley citer kalu sesiaper tau???

mok_nik Publish time 30-7-2005 02:56 PM

KETOKOHAN TUK KENALI DAN SUMBANGANNYA

Kertas kerja yang dibentangkan di majlis Wacana Tuk Kenalibertempat di Dewan Bahasa Dan Pustaka

Wilayah Timur, Kota Bharu, kelantan pada 19 Mei 2001



Oleh:   Abdullah Al-Qari Haji Salleh.



Tuk Kenali ialah seorang tokohtokoh 慤lama

mok_nik Publish time 30-7-2005 02:57 PM

KELAHIRAN TUK KENALI

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (Pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitudi penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

mok_nik Publish time 30-7-2005 02:58 PM

LATAR BELAKANGNYA:

Muhammad Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol.Bapanya seorang petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.


Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad yusof telah mula belajar pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca kitab suciAl-Quran dan pelajaran tulis-menulis.Sesudah itu dia menyambungkan pelajaranke masjid BesarAl-Muhammadi, Kota Bharu dan tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.


Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, wara, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.

Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun.Beliau dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang terasa dalam corak hidupnya.Disamping itu nenek perempuan tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan.Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.

mok_nik Publish time 30-7-2005 02:59 PM

KEBOLEHAN LUAR BIASA

Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya.Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan tahun.

mok_nik Publish time 30-7-2005 02:59 PM

MENYAMBUNG PELAJARAN

Sewaktu berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempatpertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini.Sekitar masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.

Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada encik Ismail (ayahnda Datuk Perdana menteri Paduka Raja, kelantan) Beliau belajar bersama-sama encik idris yang kemudiannya menjadi 揗ufti Kerajaan kelantan敀 Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan kelantan) syaikh Muhammad ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) kutan dan kepada tuan guru padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.

MELANJUTKAN PELAJARAN KE TANAH SUCI


Sebagai seorangpelajar, Tuk kenalitelah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Makkah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tuk Kenali menjejak Tanah Suci Makkah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun yang kelima, Ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.

mok_nik Publish time 30-7-2005 03:02 PM

PERKEMBANGAN PELAJARAN

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima danmengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.

Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.

Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan menatap kkitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.

Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tuk Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: ~MERGED~ Wali Melayu & Wali Songo


ADVERTISEMENT