eena05 Publish time 7-2-2006 01:55 PM

maisya guna beras biase je ke? mesti makan ni je pon dah kenyang dakkk. all in one....

maisya Publish time 7-2-2006 02:08 PM

Originally posted by eena05 at 7-2-2006 01:55 PM
maisya guna beras biase je ke? mesti makan ni je pon dah kenyang dakkk. all in one....

yup! guna beras biasa.....memang makan cam tu jer dah kenyang...tapi beras ni kalau tak nak bubuh pun tak pe.

MAKLANG Publish time 7-2-2006 02:24 PM

citer skit camner rasanya tuh....nampak sedap jer maisya...macih

maisya Publish time 7-2-2006 02:38 PM

Originally posted by MAKLANG at 7-2-2006 02:24 PM
citer skit camner rasanya tuh....nampak sedap jer maisya...macih

camna ye nak describe...rasa masam-masam tomato tu...tak reti nak explain:kant:

speedial Publish time 7-2-2006 02:39 PM

rajin betul maisya mencuba resepi2 baru.......nampak sedap jer stuffed cabbage tu...

tunteja78 Publish time 7-2-2006 04:48 PM

Originally posted by maisya at 7-2-2006 02:38 PM
camna ye nak describe...rasa masam-masam tomato tu...tak reti nak explain:kant:

kalau stim je rasa2nya beras tu nnt masak tak?..nnt nak wat gak tp gantikan tomato ketchup tu ngan cili sos..ok gak kot..kat umah tak pernah ada sos tomato..

maisya Publish time 8-2-2006 11:21 AM

Originally posted by tunteja78 at 7-2-2006 04:48 PM


kalau stim je rasa2nya beras tu nnt masak tak?..nnt nak wat gak tp gantikan tomato ketchup tu ngan cili sos..ok gak kot..kat umah tak pernah ada sos tomato..

sebenarnya ada byk version stuffed cabbage ni...ada resepi yg guna jus lemon, tak guna jus tomato...try ler ganti dgn cili sos tu, tengok sedap ke idak...

maisya Publish time 8-2-2006 11:22 AM

Originally posted by speedial at 7-2-2006 02:39 PM
rajin betul maisya mencuba resepi2 baru.......nampak sedap jer stuffed cabbage tu...

nie sebenarnya pasai maleh nak masak lauk...masak ni jer tak yah masak benda lain dah...he..he..

DianaA Publish time 21-2-2006 03:29 PM

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KacangBuncisGoreng.jpg

KACANG BUNCIS GORENG

Bahan-bahannya
2 paket kacang buncis, dibersihkan dan potong serong
2 biji kentang, dipotong panjang
8 ekor udang, dikupas kulit dan bersihkan
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
5 biji lada padi thailand, dihiris
2 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menggoreng kentang dan menumis

Cara-caranya
1.Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga masak.Angkat dan ketepikan.Ketepikan lebihan minyak.
2.Tumis bawang putih, bawang merah dan lada padi yang telah dihiris sehingga naik bau.
3.Masukkan pula udang dan juga garam dan serbuk perasa.
4.Bila udang telah masak, masukkan pula sayur kacang buncis.
5.Bila sayur telah masak, masukkan kentang, gaul sebati.
6.Pecahkan telur dan kacau rata sehingga telur masak dan pecah2.Boleh angkat dan hidangkan.

Nota: Kalau suka pedas boleh lebihkan cili padi thailand.Kalau mahu boleh dikisar bawang merah dan cili padi kasar2 agar lebih terasa kepedasannya.

mie07 Publish time 21-2-2006 05:08 PM

hari tu try resepi ni...
Dari Majalah RASA keluaran Mac 2006

Sup Cendawan dan Suhun

Bahan2
300gm cendawan tiram
1 tin cendawan butang/belah 2
100 gm suhun/rendam air panas - x timbangpun ambil jer segenggam he he
2 biji buah tomato ceri/ dibelah 4 - x de tomato ceri mie guna tomato biasa jer
100 gm daun sup - ni pun mie tak timbang
garam secukup rasa]

Bahan A
800 ml air

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 cm halia
(bahan di atas dihiris halus)

1 batang serai
5 biji cili padi
(yang ni pulak diketuk)

Cara memasaknya:
1.Panaskan air dalam periuk dan rebus bahan A sehingga mendidih
2.Masukkan cendawan tiram, cendawan butang dan suhun dalam periuk tadi.Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa
3.Kemudian masukkan buah tomato dan daun sup.Biarkan mendidih selama sepuluh minit.

pussydoll Publish time 13-3-2006 11:28 AM

Cendawan Tiram Cameron Bersama Sos Tiram

Bahan-Bahan:
150 gm cendawan tiram
30 gm rebung
30 gm lobak merah
20 gm snow peas (kacang laper)
2 camca teh minyak masak

eonis_balqis Publish time 13-3-2006 12:51 PM

sayur grg ikan masin.. 1 spesis cam kailan ikan masin

   http://i32.photobucket.com/albums/d13/eonis_balqis/Image346.jpg

sweetie_returns Publish time 13-3-2006 07:59 PM

Hello.. aku ni kira baru lagi la kat bod F&R ni... aku ni minat nengok je and selalunya, aku dok baca je kat sini... tak pernah sumbang resipi atau apa2 la... tapi baru hari ni, aku dpt satu resipi ni, rasanya mmg tak ada lagi kat memana...sbb kawan aku yg reka masakan ni... aku teruja sgt dgn resepi tu, tu yg aku nak share kat sini...tapi sebelum tu, aku nak tanya la, kat mesia tu, senang tak dpt parsley?and murah tak?

[ Last edited by sweetie_returns at 13-3-2006 08:01 PM ]

shidaaziz Publish time 13-3-2006 08:13 PM

Originally posted by sweetie_returns at 13-3-2006 07:59 PM
Hello.. aku ni kira baru lagi la kat bod F&R ni... aku ni minat nengok je and selalunya, aku dok baca je kat sini... tak pernah sumbang resipi atau apa2 la... tapi baru hari ni, aku dpt satu re ...

wah........ switi masuk board F&R. :pompom: selamat datang switi :love:

ko bagi je resepi. kat malaysia da jual le daun parsly tu.

sweetie_returns Publish time 13-3-2006 08:40 PM

Reply #214 shidaaziz's post

Thanks shida...

Ni dia resipi ni, nama dia, aku lah reka, k... tapi resipinya asal dari kawan aku... korang jgn gelak ye dgn cara aku tulis resipi ni.. sbb depa ni pakai hentam je masuk bahan2, tak ada main sukat2 punye... :P

Sayur Parsley Goreng

Bahan2:
Sayur Parsley (nak pakai bnyk la)
Taugeh (ikut suka nak bnyk mana tapi mesti kurang dari parsley la)
Kelapa/Desiccated Coconut (dlm 3 atau 4 sudu makan gitu, pun ikut suka la nak bnyk mana, tapi jgn la bnyk sgt)
Sedikit air
Sedikit minyak utk menumis

Bhn tumis:
Cili padi sikit
belacan
udang kering
bawang
garam
Asam Jawa (sedikit)

Cara Penyediaan:
1.Potong parsley.Size ikut suka.
2.Cili padi, belacan, udang kering, bawang dan garam, kasi blend/tumbuk, campur sedikit air kalau blend tapi jgn la sampai berair pulak, kang rosak pulak blender korang kalau blend kering gitu. Kalau kat sini, aku pakai mesin chopper. Mcm buat sambal belacan gitu la...
3.Pastu tumis bhn blend tu... dah tu, bila dah agak2 dah masak bhn tumis tu, dah bau wangi bagai, tak hangit bahan tumis tu, masukkan air asam jawa sikit.
4.Pastu masukkan sayur parsley tu...kemdian, masukkan taugeh...tak payah bubuh air sbb masa basuh parsley sebelum masak, sure ada air 'melekat' kat parsley tu...
5.Pastu masukkan desiccated coconut...
6.Bubuh perasa (kalau tak masin lagi la).
7.Hidangkan.

tak susah nak buat resipi ni... Kat UK ni, parsley murah, so boleh letak bnyk2...kat mesia, aku tak tahu le mahal ke tidak...sedap sgt sayur ni... aku yg tak gemar makan sayur, boleh dok meratah la dekat setengah kuali masa kawan aku masak tu...tak tahu nak citer rasa mcm mana, tapi mcm kerabu pun ada...

Cili padi tu, ikut suka la, kalau suka pedas, boh la bnyk, tapi kalau tak suka pedas, buh sikit aje la...

Koma try le... mesti terangkat punya...:mll:

DianaA Publish time 20-3-2006 12:26 PM

Malam ini untuk dinner masak Sayur Kailang Goreng Sos Tiram dan Kacang Buncis Goreng.

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KailangGorengSosTiram.jpg

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurKacangBuncisGoreng.jpg

Achik-Yaya Publish time 20-3-2006 12:56 PM

http://i51.photobucket.com/albums/f364/Asbestos2006/kangkong.jpg
Kangkung masak lemak tempoyak + udang

Bahan2:
1 ikat kangkong
10 ekor udang
1 cawan santan

6 biji cili padi - tumbuk kasar2
1/2 biji bawang besar - mayang
1 sudu tempoyak
1 batang serai
garam

Cara :

1. campurkan udang, santan, bawang, cili padi, serai, tempoyak dan garam ke dalam periuk.
didihkan.

2. masukkan kangkung. kacau 2-3 minit. siap.

shidaaziz Publish time 20-3-2006 01:16 PM

teja, shida nak resepi cendawan yang masak air tu. yang taruk lada hitam tu. pleaseeeeeeeeee............ :tq:

tunteja78 Publish time 20-3-2006 01:52 PM

shida..ni resepi cendawan masak bening lada itam..simple je..

cara2
-tumbuk bawang merah n lada hitam
-boh air+bawang merah n lada hitam yg dah tumbuk td+garam secukup rasa +cendawan lm periuk
-jerang sampai mendidih
-matikan api
-masukkan daun pucuk manis

ps:selain daun pucuk manis, leh gak gantikan ngan pucuk paku merah or pucuk durian belanda

http://img.photobucket.com/albums/v257/tunteja78/DSC01418.jpg

shidaaziz Publish time 20-3-2006 01:56 PM

tq teja. aku nak buat sayur bayam hijau campur cendawan.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19 20
View full version: ANEKA RESEPI SAYUR


ADVERTISEMENT