hanieliza Publish time 14-1-2006 10:09 PM

Originally posted by DianaA at 14-1-2006 09:59 PM
Ini ada satu resipi sayur gak, tapi yang masak bukan Diana.. bibik yang masak.. Diana tolong tempek gambar dan resipi :)...

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SambalGor ...

Masakan orang Banjar ke ni..:hmm:

magnolia Publish time 14-1-2006 10:17 PM

br nk tanyer..somi mag org banjar..tak penah tgk plak mak mertua masak sayoq nie

DianaA Publish time 14-1-2006 11:13 PM

Originally posted by hanieliza at 14-1-2006 10:09 PM


Masakan orang Banjar ke ni..:hmm:

Kak Liza.. Kak Mag.. Diana tak berapa pasti tapi memang dari kecik kalau bonda masak lauk ini kita panggil Sambal Goreng Banjar... Nanti Diana tanya bonda :)...

MAKLANG Publish time 16-1-2006 12:21 PM

ni maklang punya pucuk ubi rampai masak tempoyak

http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9349.jpg

bhn hiris :-
pucuk ubi
pucuk labu
daun kunyit
serai
bawang besor

bhn tumbuk :-
bwg kecik
cili padi
kunyit

tempoyak
rencah ikan bilis atau petai

santan

masak macam masak lemak tu..simpan pati santan skit..dah mendidih baru curahkan dalam kuah.
buat pedas2 lagi sedap.

[ Last edited by MAKLANG at 16-1-2006 12:26 PM ]

hanis00 Publish time 16-1-2006 01:53 PM

Originally posted by MAKLANG at 16-1-2006 12:21 PM
ni maklang punya pucuk ubi rampai masak tempoyak

http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/DSCN9349.jpg

bhn hiris :-
pucuk ubi
pucuk labu
daun kunyit
serai
ba ...


Teliur tengok pucuk ubi masak tempoyak....
makan ngan nasik panas + ikan masin
perhhhhh....

maisya Publish time 16-1-2006 01:59 PM

kat rumah ni ada byk tanam pokok ubi tapi tak pernah ambik pucuknya buat masak...cuba cerita sikit camna nak pilih pucuk ubi ni.Yg mana nak ambik.....tangkai dia ambik sekali ker? malunyer tanya soalan cam ni...:rf:

[ Last edited by maisya at 16-1-2006 02:04 PM ]

maisya Publish time 16-1-2006 02:12 PM

Originally posted by magnolia at 14-1-2006 10:17 PM
br nk tanyer..somi mag org banjar..tak penah tgk plak mak mertua masak sayoq nie
sama ler kita, hubby maisya pon org banjar tapi lom pernah lagik makan yg cam ni..

MAKLANG Publish time 16-1-2006 03:04 PM

Originally posted by maisya at 16-1-2006 01:59 PM
kat rumah ni ada byk tanam pokok ubi tapi tak pernah ambik pucuknya buat masak...cuba cerita sikit camna nak pilih pucuk ubi ni.Yg mana nak ambik.....tangkai dia ambik sekali ker? malunyer tanya so ...

maisya, patahkan yg pucuk2 tu...daunnya yg lembut tu..yg keras tu tak sedap...buangkan aje. Kalau pucuk ubi cicah belacan, selalu org ambik ngan tangkai2nya tapi kalau pucuk ubi buat rampai, ambik daunnya saje......:) maklang suka daun ubi yg tirus2 tu...sedap.

chempaka_ku Publish time 16-1-2006 07:06 PM

Pucuk Ubi.....suka makan macam sambal...

rebus/celur dulu daun ubi tu......
tumbuk bawang merah, putih, lada padi dan udang kering dan campur air limau kasturi dan perasakan.
makan daun ubi yang sudah dicelur dengan bahan tumbuk tadi...makan dengan nasi...

Neksu Publish time 19-1-2006 03:13 AM

http://i28.photobucket.com/albums/c207/Neksu/Rendangkacang.jpg

RENDANG KACANG PANJANG

BAHAN
300 gm Kacang panjang
500 gm udang
1 biji kelapa ( ambil santan nya )
2 sudu besar kerisik

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 biji cili padi
4 btg serai
4 keping asam keping
4 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
sedikit garam/gula
sedikit kunyit
CARA

Kacang panjang di potong anggaran 4cm (atau ikut suka )
Udang dibersihkan ( dibuang kulit atau ikut suka )
Dapatkan satu mangkuk santan pekat dari sebiji kelapa.
Bawang merah/bawang putih/cili padi/halia/lengkuas di kisar halus.

Panaskan kuali dan tumiskan semua bahan bahan kisar hingga garing. Masukkan santan, gula,garam,kunyit/asam keping.
Masak hingga mendidih sedikit.
Masukkan udang dan sayur kacang.
Setelah itu masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit.
Masak hingga sebati dan pekat.

long Publish time 19-1-2006 06:29 AM

kencur air liuq masuk sini...nak2 sambal ulam tempoyak tu...sapa2 boleh tolong tepek gambar ulam2.

tunteja78 Publish time 19-1-2006 09:25 AM

Originally posted by yoshie at 5-1-2006 06:10 PM

nak tanya.. cendawan kukur ni = kulat sisir (panggilan org kelantan) ke.. :stp:


haah..btl la tu..selalu kl kt kmpg masak lemak cm mak lang ckp tu..xpon..goreng ngan telur wat telur dadar..balik kmpg masa raya hr tu kt pasar pasir puteh berderet2 org jual cendawan kukur..byk sbb masa tu musim ujan kot..ingat kecik2 dulu selalu pi kutip kt batang getah mati

[ Last edited by tunteja78 at 19-1-2006 09:27 AM ]

hanieliza Publish time 20-1-2006 05:51 PM

http://i33.photobucket.com/albums/d99/hanieliza9/masakan/GorengPucukPaku.jpg

PUCUK PAKU TUMIS SANTAN

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
ikan bilis
1 batang serai ketuk
garam
minyak

Bahan kisar
7 biji cili api
3 biji cili merah
1 sm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Pucuk paku dipotong dan basuh . Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak.
4. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis. Kacau rata.
5. Rasakan garam dan tutup api.
6. Hidangkan.

hanieliza Publish time 21-1-2006 08:52 PM

http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/Bendi.jpg

BENDIR GORENG PEDAS

Bahan
300 gm bendir
ikan bilis
garam
minyak

Bahan tumbuk
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. B endir dibasuh dan potong serung.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan bendir dan sedikit air dan garam. Kacau rata dan tutup kuali.
4. Rasakan garam dan bila bendir dah agak lembut tutup api.
5. Angkat dan hidangkan.

eonis_balqis Publish time 22-1-2006 09:30 AM

bestnyer k'liza pucuk paku tu.. yum2

peberet tuh..

smlm eon buat sayur air kubis.. x tumis pun.. (maklum ler tgh diet skrg)
buh air + bwg putih n halia + telur+ kubis.. n lado besar..

nasib baik best gak.. kiki!

noor_hannah Publish time 22-1-2006 12:00 PM

Originally posted by hanieliza at 21-1-2006 08:52 PM
http://i10.photobucket.com/albums/a139/hanieliza7/masakan/Bendi.jpg

BENDIR GORENG PEDAS

Bahan
300 gm bendir
ikan bilis
garam
minyak

Bahan tu ...


kak liza, resipi ni kalau buh belacan... terangkat weiii!!!sedapnya...

DianaA Publish time 22-1-2006 05:33 PM

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/SayurChapChaia.jpg

SAYUR CHAP CHAI

Bahan-bahannya
1 ikat sayur sawi, dipotong selebar 3 inci
2 paket jagung muda, dibelah 2
1 biji kobis yang kecil, dipotong selebar 2 inci
6 ekor udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
sedikit bancuhan tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan udang.
2.Bila udang telah masak, masukkan sos tiram dan juga air.
3.Masukkan pula kobis dan jagung muda.Gaul rata.Bila telah setengah masak masukkan sawi.Gaul hingga sebati.
4.Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
5.Sedia untuk dihidang.

hanieliza Publish time 22-1-2006 06:19 PM

Originally posted by noor_hannah at 22-1-2006 12:00 PM



kak liza, resipi ni kalau buh belacan... terangkat weiii!!!sedapnya...

nanti kak liza cuba..
TQ..for the tips...:tq:
kak liza ni kkdg tu tak berapa gunakan belacan sangat...

NoorMasri Publish time 22-1-2006 07:53 PM

perghh sedapnya tengok gambo sayuran kat sini..kak Noor nih hantu sayur..pantang tengok sayur mesti terliur :mll:

hanalisa Publish time 22-1-2006 08:24 PM

banyak idea bleh masak sayur lepas ni. hehe. selalu masak air je. boring sudah. :bgrin:
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: ANEKA RESEPI SAYUR


ADVERTISEMENT