Baiduri Othman Publish time 4-8-2006 09:28 AM

Saya ada buku resipi yg photostat punya on kuih tradisional Swak. Dulu ada post resipi Kuih Cincin yg Dewi teringin sgt nak makan. Nanti kalau saya ada masa saya akan post resipi2 lain kat sini.

mamadiana Publish time 4-8-2006 10:40 PM

Dodol

Ni resipi Dodol yang ahli Resipidotnet tempek.Yati ni memang rajin buat dodol ni sebab ianya kesukaan anak-anaknya.
Yang gambao ni.. dodol yang dia buatkan untuk mama masa mama pegi ke rumahnya... sedappp... lemak manis masin cukpppp rasa....then ada rasa durian plak.. hehehehe.Sape nak cuba buat boleh cuba... Kawan kita ni tgh peknan lagi boleh buat haha...

Gambar ni.. as usual.. Kak Liza buah hati ku yang tolong uploadkan... bilaa laa mama ni nak pandai-pandai.. ada thread yang ajar tu pun tak faham-faham hehehehe....:rf::tq: Kak Liza... muaaahhhzzzzzzzzzzz


DODOL
Sumber -Roshayati (Resipidotnet)

500g tepung pulut
5 cawan santan cair

Bancuh tepung pulut dengan santan cair hingga sebati. Tapiskan.

1 kg gula merah
1 kilo gula pasir
1 kg pati santan

Masak bahan di atas hingga gula hancur.

Isi durian ikut selera

Campur smua bahan di atas dan masak atas api kecil. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus. Kacau hingga terbit minyak dan adunan tidak melekat ditangan bila dipegang.

Lagi lama dikacau dengan api kecil, dodol akan tahan lama.

img334.imageshack.us/img334/2064/dodol01kz6.jpg

hanieliza Publish time 5-8-2006 12:29 AM

cantiknya dodol rosehayati ni....

kalau ada masa boleh cuba..
tapi tula..nanti topan M datang ..abis 1 badan longlai...

ciku_nunu Publish time 5-8-2006 08:37 AM

cantiknya dodol tu.. kilat je..... biasanya berapa lama nak kacau sampai jadi cenggitu?

anakperantau Publish time 9-8-2006 06:40 AM

kan best kalau jadi adik kak liza... boleh suruh masak hari-hari... kakak pandai masak... hi berangan jer

MAKLANG Publish time 4-9-2006 12:18 PM

putiran pulut...kuih tradisional Johor...pestaim makan...
http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/puntiranpulut.jpg

tepung munge dik teja
http://i23.photobucket.com/albums/b353/fakhrullah/tepungbunga.jpg

hanieliza Publish time 26-9-2006 04:18 PM

Originally posted by anakperantau at 9-8-2006 06:40 AM
kan best kalau jadi adik kak liza... boleh suruh masak hari-hari... kakak pandai masak... hi berangan jer

kalau jadi adik kakliza..
siaplah..memang tkde chance nak relax..
nak amkan sedpa..sure kena kerahan tenaga punya....:lol:lol:lol

cguct1970 Publish time 26-9-2006 04:33 PM

Originally posted by hanieliza at 1-8-2006 01:50 AM
Anak-anak kakliza cukup suka kueh Onde-onde atau Buah Melaka ni..
kalau blan puasa boleh katakan setiap minggu kakliza buat..
oleh kerana anak no.3 kakliza puasa Sunat Rejab so kak liza pun buatk ...

Kak liza, nak perbetulkan sket jangan marah aa..mengikut istilah dalam buku Kemahiran Hidup ERT dan apa yang ct blajar dulu terdapat perbezaan antara Buah Melaka dengn onde-onde..

1) Buh melaka diperbuat 100% dari tepung pulut dan berwarna hijau, disalut dengan kelapa parut

2)Onde-onde (atau orang Jawa panggil kelepon) diperbuat dari campuran keledek rebus dan tepung pulut (tepung ni kalau x silap), bergaul kelapa parut juga.

Kerana benda ni jdi isu, pelajar selalu confuse..ada soalan kuar masa PMR taun lepas, pelajar ramai salah jawab..

Jangan Mare aa kak liza..

hanieliza Publish time 26-9-2006 04:48 PM

Originally posted by cguct1970 at 26-9-2006 04:33 PM


Kak liza, nak perbetulkan sket jangan marah aa..mengikut istilah dalam buku Kemahiran Hidup ERT dan apa yang ct blajar dulu terdapat perbezaan antara Buah Melaka dengn onde-onde..

1) Buh mel ...

first of all..kakliza x marah laa...
tetapi kakliza mat berterimakasih sekali kerana memperbetulkan kenyataan ini..:tq:
so kita taklah keliru..:ah:

sbb selama ini kakliza dok ingat onde-onde dan buah melaka adalah kueh yg sama...

anyway kat tganu mmg sebut onde-onde rasanya padahal bahannya takder keledek..
hanya tepung pulut dan gula ketui dalamnya..

teguran sebegini amat patut sebab kalau tak..semua orang juga akan terkeliru..

zieA Publish time 26-9-2006 05:07 PM

Originally posted by cguct1970 at 26-9-2006 04:33 PM


Kak liza, nak perbetulkan sket jangan marah aa..mengikut istilah dalam buku Kemahiran Hidup ERT dan apa yang ct blajar dulu terdapat perbezaan antara Buah Melaka dengn onde-onde..

1) Buh mel ...
Kalau betullah apa yang cg bagitau..nampak gaya ramailah pelajar pantai timur yg salah jawab ssoklan PMR tu:lol:lol
walau apapun bagi zie yg juga orang pantai timur.. yang pernah makan kedua2 kuih ni..dua2 zie panggil onde2. Onde2 keledek pun sedap gak (rasanya pakai tpg gandum jer:hmm: tak ingatlah pula)..lama tul tak makan.

aida2121 Publish time 26-9-2006 05:11 PM

saya pun panggil buah melaka tu onde-onde sb kat tempat saya onde2 tu diperbuat dari tepung pulut dan disalut kelapa. baru har ni tau yg dua benda tu berbeza.

faraway Publish time 26-9-2006 07:24 PM

kalau nak buat ondeh ondeh tapi buah melaka tak da...
apa yang sesuai dibuat ganti buah melaka ni...
mekasih...

Penyulawa Publish time 26-9-2006 08:35 PM

Originally posted by faraway at 26-9-2006 07:24 PM
kalau nak buat ondeh ondeh tapi buah melaka tak da...
apa yang sesuai dibuat ganti buah melaka ni...
mekasih...

Fara, ondeh ondeh & buah melaka adalah 2 jenis kuih yang berbeza...

Kalau di Johor dipanggil ondeh ondeh, di pantai timur diorang panggil kuih bom
Buah Melaka pulak diperbuat dari tpg pulut bersalut kelapa parut dan berintikan ketulan gula merah, tetapi di pantai timur dipanggil ondeh ondeh...

Confuse ker?:hmm:

hanieliza Publish time 26-9-2006 09:50 PM

Originally posted by Penyulawa at 26-9-2006 08:35 PM


Fara, ondeh ondeh & buah melaka adalah 2 jenis kuih yang berbeza...

Kalau di Johor dipanggil ondeh ondeh, di pantai timur diorang panggil kuih bom
Buah Melaka pulak diperbuat dari tpg p ...

kak liza pun http://www.cybergifs.com/faces/bigeyes.gif

Kacip_Fatimah Publish time 26-9-2006 11:27 PM

KUIH PENIRAM

Bahan-bahan:-
1 kg tepung beras
500 gm gula merah
2 helai daun pandan - disimpul
500 gm gula pasir
500 ml air
minyak

Cara-cara:-
1. Ayak tepung beras ke dalam mangkuk besar.
2. Masak gula merah,daun pandan,gula pasir bersama-sama air.Biar mendidih dan meruap.Kacau supaya air gula tidak tumpah.
3. Tapis air gula yang mendidih itu ke dalam mangkuk tepung.
4. Kacau cepat-cepat sehingga rata dan sebati hingga menjadi doh.Tutup dengan tuala.
5. Perap sekurang-kurangnya 5 jam.Apabila adunan sejuk,bentukkan adunan seperti gelang atau canai dan terap.
6. Panaskan minyak,goreng sehingga perang.
7. Kuih yang menjadi..akan timbul bila digoreng.


>> Ingatkan senang nk buat kuih peniram nie..rupanya seksa laa jugakk!
>> Nak bancuh tu terlalu mudah dan cepat..masalahnya..part nk terap dan nk gentel tu lerr yang jadik masalah..
>> mungkin tak pernah buat sebelum nie so taktau teknik yang betul..
>> disebabkan frust sgt..last skali saya gentel aje mcm cekodok tu then goreng!
>> Result dia mmg sedappppp!walaupun rupa cekodok..hehehe..
>> Sebabnya..luarnya rangup..dalam lembut aje..tak koreh mcm sesetengah kuih peniram!
>> Sesapa yg penah wat kuih peniram nie..tolong ajar mcm mana teknik nk terap kuih nie..nampak aje mudah..tapi susah jugakk..sebab adunan nie 100% tepung beras..!
>> oh yaa...saya hanya buat separuh adunan sahaja..cukup2 untuk sebungkus tepung beras..

hanieliza Publish time 26-9-2006 11:45 PM

kak liza selalu tenguk akt pasa tani/malam kat kedah/alor setar..
depa terap gunakan acuan donut kecik tu...cepat jer..
TQ..nanti akkliza cuba..tapi harus separuh dari adunan yg kacip buat sebab asben adan kkliza jer makan..
manis sangat la kueh ni...

faraway Publish time 27-9-2006 07:31 AM

Originally posted by hanieliza at 31-7-2006 12:50 PM
Anak-anak kakliza cukup suka kueh Onde-onde atau Buah Melaka ni..
kalau blan puasa boleh katakan setiap minggu kakliza buat..
oleh kerana anak no.3 kakliza puasa Sunat Rejab so kak liza pun buatk ...

me nak buat ikut resepi kak hanieliza tapi inti dia, "buah melaka"
ni cam takkan jumpa kat sini, apa sesuai dibuat ganti inti dia...
teringin sangat nak makan kuih ni...
mekasih...

ciku_nunu Publish time 27-9-2006 08:00 AM

Originally posted by faraway at 26-9-2006 09:24 PM
kalau nak buat ondeh ondeh tapi buah melaka tak da...
apa yang sesuai dibuat ganti buah melaka ni...
mekasih...
faraway, nunu rasa u cam konpius laaa:hmm:. buat kuih onde2 letak gula melaka.. bukannya nak kena cari buah melaka buat inti onde2 tu.. yang depa dok habaq kat atas tu pasal nama kuih onde-onde ni ramai gak yang panggil kuihbuah melaka. menurut kata cg, kalau dalam buku ert kuih onde-onde tu tak sama ngan kuih buah melaka..

ciku_nunu Publish time 27-9-2006 08:02 AM

kalau takde gula melaka, try guna gula perang sebagai ganti dijadikan inti... ataupun 'acu try cuba tanya test' kakak2 senior kat sini... depa ni banyak idea sungguh!!

faraway Publish time 27-9-2006 08:32 AM

Originally posted by ciku_nunu at 26-9-2006 07:02 PM
kalau takde gula melaka, try guna gula perang sebagai ganti dijadikan inti... ataupun 'acu try cuba tanya test' kakak2 senior kat sini... depa ni banyak idea sungguh!!
kejap, yang me tau, gula melaka yang bulat keras tu kan... gula perang pulak yang hancur tu...
konpiuslah.. rasanya baik ondeh ke buah melaka memang panggil kuih buah melaka.

jadi kalau nak buat ondeh ondeh atau buah melaka, kalau inti yang bakal jadi cair lepas masak tu tak da..
apa benda yang sesuai dibuat ganti..
mekasih...

[ Last edited byfaraway at 26-9-2006 08:04 PM ]
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: ANEKA KUIH-MUIH WARISAN MELAYU


ADVERTISEMENT