grenbara Publish time 25-7-2005 08:30 AM

Originally posted by poyo at 24-7-2005 11:10 AM:
Hulubelang ...
aku nie pernah kena saka...tapi la nie dah buang menatang tuh...
tapi,aku dok heran pasai aku rasa pening-pening,sengal-sengal kekakadng tu sakit kepala...



... cam ner kau buang .... ikatan/perjanjian antara tuan punya saka tu dah ke di putuskan?

Kena ambil peringatan, buang :devil:saka ni bukan macam buang sampah kot sesedap rasa je. Selagi ikatan/perjanjian tu tak terlerai, selagi tu la saka tu akan mengikut! Kita rasa macam tak de .. tapi sebenau nyer ada disekeliling kita. :no:Jangan amik rengan pening-pening,sengal-sengal kekakadng tu sakit kepala...

APa apa pung gi cek kat doktor sahab dulu ... kalu tak leh sembuh gak ... usahalah cara lain.

poyo Publish time 26-7-2005 01:30 PM

Originally posted by grenbara at 25-7-2005 08:30 AM:



... cam ner kau buang .... ikatan/perjanjian antara tuan punya saka tu dah ke di putuskan?

Kena ambil peringatan, buang :devil:saka ni bukan macam buang sampah kot sesedap rasa je. Selagi...

aku dah gi cek kat doctor la...
dah lama dah gi check ni...
doc ckp aku sihat tak sakit apa2, siap cek jantung paru-paru lagi, dia ckp aku tak ada sakit apa2...
aku buang saka tu dengan seorang uztaz yg pandai dlm hal2 cam gini...

grenbara Publish time 26-7-2005 02:52 PM

Saka yg berbaka ...

Originally posted by poyo at 26-7-2005 12:30 PM:

doc ckp aku sihat tak sakit apa2, siap cek jantung paru-paru lagi, dia ckp aku tak ada sakit apa2...
aku buang saka tu dengan seor ...

ok ... bila malam tido ada tak kau sering menggigau, sering terkejut, tido tak lena, bermimpi dibawa ketempat yg sunyi/kotor, dikejar binatang buas atau antu bila terjaga merasa letih seperti betul betul kena kejar, belakang badan dikawasan antara bahu kiri dan kanan berasa berat dan gatal2 (bila malam/nak tido). Mimpi jumpa atuk/nenek/moyang kau minta tolong (tak kirala mereka tu hidup lagi atau dah tak de)

Kalu tak keberatan buleh tak citer cikit camner ustaz tu merawat kau ni?

Robab Publish time 26-7-2005 06:03 PM

Originally posted by SexyGal at 12/7/2005 02:59 PM:


Assalamualaikum semua..

apa yg gal nak citer sini adalah kisah benar yg berlaku pd adik gal...4 tahun yg lalu..

harap anda memberika pendapat ...

Adik gal ketika itu berumur 21thn...
:cry: sedihnye sanggup ye org buat cenggitu...
kdg2 rase xdek langsung ke perasaan belas dlm hati org camni
ape ingat nyawa tuh snang2 ke dpt?
mmg geram org camni
..............................

poyo Publish time 28-7-2005 12:44 PM

Originally posted by grenbara at 26-7-2005 02:52 PM:


ok ... bila malam tido ada tak kau sering menggigau, sering terkejut, tido tak lena, bermimpi dibawa ketempat yg sunyi/kotor, dikejar binatang buas atau antu bila terjaga merasa letih seperti b ...

tanda-tanda tu memang ada, tapi itu sebelum aku gi berubat...
pas berubat, dah takde dah rasa cam gitu...
tapi, skang nie aku rasa cam semacam plak dah...
cuma skang nie rasa penat-penat, kekadang tu sakit gak kepala nie tapi... takde la cam dulu...
dulu lagi teruk...

grenbara Publish time 28-7-2005 02:40 PM

simptom .....

Originally posted by poyo at 28-7-2005 11:44 AM:


tanda-tanda tu memang ada, tapi itu sebelum aku gi berubat...
pas berubat, dah takde dah rasa cam gitu...
tapi, skang nie aku rasa cam semacam plak dah...
cuma skang nie rasa penat-penat, ke ...


jika simptom simptom yg dinyatakan tu tak ada, seharusnya tak ada apa apa dah.

Tetapi harus diingat tipu helah iblis ini bermacam macam.

Adakalanya digunakan cara mendiamkan diri didlm badan. Pesakit tidak akan merasa apa apa. Jin ini akan mula menyatakan kehadirannya bila merasakan dirinya diganggu.

Ada jin yg memang akan sentiasa membuat hal dlm badan pesakit dan pesakit pun akan sentiasa merasa kesakitan .

Atau adakalanya merasa diganggu ketika pesakit melakukan ibadah.

Selepas ini cuba jadikan membaca yassin, 3 khul dan ayatul qursi sebagai amalan. Terutama selepas solat.

Jadikan amalan ni bermaksud, sentiasa dilakukan tidak kira hari apa atau ketika dimana.

Bukan dibaca ketika mlm jumaat sahaja. Baca kerana malam jumaat je. Mlm lain tak de. Itu tak mau.

3 khul dan ayat qursi tu pendek je buleh hafal di hati bukan ingat dikepala (otak). Ingat di otak dan hafal dihati dua perkara yg berbeza.

Cuba dulu. Tak salah berusaha tetapi dlm landasan yg betul.

grenbara Publish time 8-8-2005 08:20 AM

satu kaedah membelenggu diri

Patung disangka mayat bayi

Oleh FAIZA ZAINUDIN

GUAR CHEMPEDAK: Sangkaan orang ramai bahawa objek yang dikapan dengan kain putih dan ditinggalkan di bawah pokok di kaki Gunung Jerai di sini, mengandungi mayat bayi, tidak berasas apabila ia rupa-rupanya berisi patung plastik.

Patung plastik perempuan sepanjang kira-kira 30 sentimeter itu, dipercayai digunakan untuk kegiatan ilmu sihir, dibungkus rapi dengan kain putih dan diikat pada kaki dan kepalanya seperti mayat dikapan.

Patung itu dibiarkan terlentang di bawah pokok besar di tepi jalan, kira-kira dua kilometer ke arah gunung itu yang terkenal sebagai tempat pihak tertentu menjalankan ilmu pemujaan.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Che Omar Abu Ludin, berkata anggota polis dihantar ke tempat kejadian selepas menerima maklumat penemuan mayat bayi di kaki bukit itu, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, apabila 憁ayat

aiko83 Publish time 9-8-2005 09:21 AM

i hairanlah bagaimana benda-benda tu boleh masuk ke badan seseorang tu?

mYa Publish time 9-8-2005 10:18 AM

percayalahhh..
kalau nampak dia keluar dari badan baru bole percaya...
penah nampak sendiri, serbuk kaca...

hulubelang Publish time 10-8-2005 01:40 PM

Originally posted by poyo at 24-7-2005 12:10:
Hulubelang ...
aku nie pernah kena saka...tapi la nie dah buang menatang tuh...
tapi,aku dok heran pasai aku rasa pening-pening,sengal-sengal kekakadng tu sakit kepala...
apa pendapat ko Hulubel ...

salam poyo....

kadang kadang apa yang berlaku ialah saka yang di sangka telah
dibuang,actually tidak dibuang tapi cuma di jauhkan sementara
oleh bomoh dengan di letakkan pendinding sahaja.

so..apa yang belaku,bila pendinding yang bersifat sementara itu
dah tamat,maka gangguan itu akan datang semula.

boleh tak elaborate more apa yang poyo hadapi supaya hulu
leh clear picture...

hulubelang Publish time 10-8-2005 01:54 PM

Originally posted by aiko83 at 9-8-2005 09:21:
i hairanlah bagaimana benda-benda tu boleh masuk ke badan seseorang tu?

tu la sebab di namakan sihir.....

mYa Publish time 11-8-2005 03:08 PM

hulu
mende2 sihir ni kan..contoh kaca dlm badan sebenarnye efek zuriat.ustaz kat darul shifa mengiyakan.kaca tu atau makhluk halus yg dok dekat dlm rahim ..

hulubelang Publish time 11-8-2005 05:34 PM

Originally posted by mYa at 11-8-2005 15:08:
hulu
mende2 sihir ni kan..contoh kaca dlm badan sebenarnye efek zuriat.ustaz kat darul shifa mengiyakan.kaca tu atau makhluk halus yg dok dekat dlm rahim ..

betul tu mYa,memang ada kes kes sihir yang menyebabkan
effect kat zuriat but segalanya atas izinNYA juga....

mYa Publish time 13-8-2005 09:11 AM

hulu,
penyakit camni bole baik ke? kesian jugak kalau sebab mende2 sihir ni, tak berzuriat sampai bertahun2..
tapi betulla cakap hulu tu..apa2 yang terjadi semuanya atas izin Allah...
dia nak duga hambaNya..
ape pulak pandangan hulu tentang penyakit gatal2 pada badan yang tak baik2 walaupun disapu krim macam2...macam chicken pox tu..adeke tu termasuk dlm sihir jugak...ape tujuannye...pelik ye kenapa org nak hantar miang2 buluh n penyakit gatal2 tu...

R10-275 Publish time 15-8-2005 02:19 PM

ingin mencelah...

dulu hubby pernah bersama orang lain masa belum kawin. pas tu break with that girl, and then kawin dengan r10. start tunang je, hubby complain sakit tengkuk yg amat sangat. keadaan ni selalu buat dia panas baran and tak boleh nak tumpukan pada kerja. after 2 tahun kawin, sakit tu masih ada and lagi teruk. dah jumpa specialist doctors, and they said tak ada apa2. jumpa pengubat tradisional, mostly kata bekas gf dia yg hantar. lately, hubby rasa menyucuk dekat kedua belah pinggang dan leher, and sering tidur meracau-racau sebab mimpi jumpa benda yang bukan-bukan... and kebetulan every time bila berubat, the next day, ex gf dia ni mesti hantar message yang bukan2 (macam tau2 je hubby pergi berubat)...

r10 selalu rasa serba salah. nak kata tak percaya pada sihir, tak juga sebab penah tengok kes yang terang2 kena sihir. tapi family belah hubby ni kekadang percaya sangat kat benda-benda ni sampaikan setiap benda yang tak baik yang happen kat family they all, mesti disalahkan pada sihir. pendek kata, auntie dia, uncle dia, his mom (my mother in law), his father, his brother, his cousins, arwah nenek dia, semua dikatakan disihir oleh orang2 yang dengki (by different people at different time). so, timbullah juga rasa curiga kat r10 ni. semua benda nak disalahkan pada sihir. padahal sebagai contoh, mungkin juga kesihatan sendiri tak dijaga (untuk kes2 yang melibatkan penyakit), diri sendiri memang jenis panas baran (untuk kes yang asyik nak marah je), or memang dah diri sendiri malas (untuk kes yang asyik nak memerap dalam bilik je and tak nak berkawan dgn orang lain)..

yang tak bestnya, r10 pun cuba nak dilibatkan dalam langkah berhati2 ni. contohnya, diminta untuk pakai paku dalam ikatan rambut (kalau tercucuk kepala macam mana? selama ni i was asked to carry paku dalam handbag, ikut jelah. bukan luak pun kalau buat.), letak gunting bawah bantal masa tidur (tak bahaya ke?), hubby bakar kemenyan dalam bilik (bukan berdosa ke amalan ni kalau niat selain untuk mengharumkan bilik?), pakai minyak itu ini, and macam2 lagilah. i mean, selagi ia hanya melibatkan my in laws, r10 malas nak campur. biarlah. but bila dah minta r10buat macam ni macam tu, r10 dah mula lah rasa macam nak question...

bottom line is, betul ke hubby kena sihir? tak pasal-pasal jatuh fitnah pula terhadap ex gf dia tu. and patut ke amalan2 anti sihir yang diminta diamalkan oleh my in law itu r10 lakukan?

mYa Publish time 16-8-2005 10:11 AM

r10 ,
kadang2 takut syirik jek kalau terlalu taksub mende2 ni
ape kata pergi jumpa org alim sebabnye kalau org2 alim ni biasanya dia takkan cakap siapa yang buat & kenapa
cuma anggapla ini dugaan..kalau tuhan tak izin kita sakit kita takkan kena kan??
cam takut je dengar pasal paku n minyak tu...itu bukan termasuk tangkal ke? maaf la mYa kurang arif..tapi kalau ikutkan tangkal ni kalau kita percaya dapat menghindar kita dr terkena sakit pun dah jadi salah...

R10-275 Publish time 16-8-2005 10:41 AM

betullah, mya. itu yang R10 fikir jugak. Kalau percaya sangat, dah jadi salah pulak..

grenbara Publish time 16-8-2005 11:12 AM

paku, kemenyan dan tangkal

Originally posted by R10-275 at 15-8-2005 02:19 PM

contohnya, diminta untuk pakai paku dalam ikatan rambut (kalau tercucuk kepala macam mana?
selama ni i was asked to carry paku dalam handbag, ikut jelah. bukan luak pun kalau buat.), letak gunting bawah bantal masa tidur (tak bahaya ke?), hubby bakar kemenyan dalam bilik (bukan berdosa ke amalan ni kalau niat selain untuk mengharumkan bilik?), pakai minyak itu ini,

...


assalamualaiku, maaf aku nak menyibuk sikit nih!!

1. pakai paku dlm ikatan rambut
2. letak gunting bawah bantal

Kedua dua perkara diatas adalah satu tindakan yang merbahaya. Manalah tahu secara tak sengaja tertusuk kepala atau tidur menggigaumenikam musuh rupanya menikam pasangan tidur sendiri.Jadi kes lak nanti.

Perkara ini juga tak dinafikan adalah sebahagian daripada mitos mitos yg masih kekal dlm minda ibu bapa kita. Mitos ini akan terus menjadi penglipur lara seandainya kita yg tak percaya akan kemujarapannya terus melaksanakan atau mengamalkan atas dasar ... alah tak per .. tak luak pun! atau alah nak jaga hati mak/mentua.

Inilah yg kita tak nak. Bila kita tak setuju, letak kan satu titik noktah.Stop. Dan lama kelamaan mitos ini akan hilang ditelan waktu maka terselamatlah kitadan anak anak pinak kita semua.


3. Bakar kemenyan

Kaedah ini sebenarnya banyak diperdebatkan oleh para alim ulama malahan oleh para bomoh juga.Dan kita yg tak tahu apa apa pun sering menggunakan istilah alahhh ... tak per nak bagi harum rumah jer...

Dalam satu ceramah Ustz. Ismali Kamus menyatakan bahawa kita adalh dilarang sama sekali membakar kemenyan, tak kiralah di rumah atau luar rumah kerana asap yg keluar dari kemenyan itu boleh dijadikan makanan oleh :agr:syaitan/iblis, maksudnya syaitan/iblis tu makan asap.

Bagi saya, untuk ambil jalan selamat .... janganlah diamalkan mitos mitos itu walau hanya sebagai cara untuk menjaga hati seseorang, takut kecik hati pulak dia tu.

Harus di ingat, iman kita yg setipis kulit ari telur ni mudah diperkotak katikkan oleh iblis. Takut nanti tanpa kita sedari dlmmelakukan sesuatu hanya olok olok tetapi sebenarnya kita dah terbabas.Banyak cara iblis nak menterbalikkan iman manusia, cukup dengan mengelirukan 1/1000 dr pemahaman kita, maka kita pun jadi sespisis cam iblis ni.
Semudah berwuduk pun boleh dikelirukan kita inikan lagi bab ibadah yg bercampur adat.
:onf: Nauzubillah.

Maxx Publish time 16-8-2005 11:35 AM

Syaitan memang suka menyesatkan manusia. especially kalu hal-hal yang berkaitan syirik dengan Allah. nauzubillah. syirik termasuk dalam dosa2 besar. wallahualam.

R10-275 Publish time 16-8-2005 11:55 AM

grenbara..

betullah apa yg u cakap tu. pernah suarakan kat hubby masa salah satu sesi mengubatnya yang agak mencurigakan, tapi kena marah balik. tu yang tak best tu. nak keluarkan dalil bab hukum hakam agama pun rasa tak confident, sebab rasa ilmu yang ada pun cetek sangat..
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23 24 25 26 27
View full version: Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun


ADVERTISEMENT