CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9491|Reply: 3

Lembaga putih tumpang bergambar dengan Raffi Ahmad, Ariel Noah

[Copy link]
Post time 28-5-2024 09:30 PM | Show all posts |Read mode




JAKARTA – Sekeping gambar yang dikongsikan oleh pelakon Indonesia, Raffi Ahmad menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memaparkan kelibat lembaga menyeramkan, lapor portal berita Okezone semalam.


Ketika kejadian, Raffi melakukan pengembaraan motosikal bersama rakan-rakan selebriti lain iaitu penyanyi Ariel Noah, pelakon dan pengacara, Gading Marten serta pelawak, Desta Mahendra.


Salah satu lokasi yang mereka tuju adalah di Langkat, wilayah Sumatera Utara.


Dalam gambar yang dikongsikan, keempat-empat selebriti tersebut tersenyum ketika berdiri di hadapan sebuah bangunan kosong.


Namun, momen itu bertukar misteri apabila  susuk putih dengan bayangan hitam dilihat berdiri di dalam bangunan di belakang mereka.


Meskipun dari kejauhan, lembaga itu dapat dilihat dengan jelas dan seolah-olah sedang memandang ke arah empat jejaka berkenaan.


“Cuba lihat gambar ini. Nampak tak?” kata  Raffi dalam hantaran tersebut.


Netizen yang melihat gambar itu masing-masing meluahkan rasa terkejut dan perasaan seram serta memberikan pelbagai komen.


“Mungkin ia pun peminat anda semua,” kata seorang netizen.


“Kenapa gambar ini muncul pada pukul 12.04 tengah malam? Seram rasanya,” ujar pengguna lain.


Sementara itu, Raffi kemudian menjelaskan bahawa bangunan tersebut merupakan bekas hospital yang menjadi tempat kelahiran Ariel.


“Dahulunya ini adalah hospital tempat lahir @arielnoah, namun kini ia sudah jadi bangunan kosong,” katanya. – AGENSI


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
entahlaa. mata aku fokus kat ariel jah huhu. hensem ar pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh sgt. X berapa nak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2024 03:37 PM | Show all posts
kak rock skrg dia bkn kira waktu muncul dah,
baik siang atau mlm.. ikot peredaran zmn moden kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.122549 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list