|
Washington harap bantu kawal Iran\rWASHINGTON: Iraq memperbaharui rundingan untuk membeli sekurang-kurangnya 36 jet pejuang Amerika Syarikat F-16 dalam satu perjanjian bernilai bilion dolar yang diharapkan Washington dapat membantu mengawal negara jirannya, Iran, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.\r\n\n\n\n\r Iraq membekukan perjanjian bernilai AS$4.2 bilion (RM12.6 bilion) untuk membeli 18 pesawat pejuang sebelum ini kerana ketidakstabilan dikaitkan dengan rantau Arab, tetapi kini mempertimbangkan pembelian yang lebih besar, lapor akhbar terbabit yang memetik pegawai Iraq dan Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n Akhbar itu berkata minat terbaru itu dikaitkan dengan pulangan minyak Iraq yang lebih tinggi daripada jangkaan dan kebimbangan terhadap kedua-dua pihak menjelang pengunduran 46,000 tentera Amerika Syarikat dari negara itu akhir tahun ini.\rSebarang kemungkinan rundingan akan bernilai berbilion dolar dan mengambil masa untuk dilaksanakan, kerana ia memerlukan pembuatan pesawat itu dan latihan jurulatih Iraq.\rAkhbar itu berkata, Iraq juga memohon untuk beli sistem pertahanan udara darat, termasuk peluru berpandu dari darat ke udara dan senjata besar.\rBeliau berkata, Oman juga mahu membeli 18 F-16 dengan anggaran kos AS$3.5 bilion (RM10.5 bilion).\r\n\n\n\n\rSetiausaha pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta, berkata ketika satu lawatan mengejut ke Baghdad kelmarin, tentera Amerika Syarikat akan terus memburu pemberontak yang disokong Iran, dengan menyifatkan bahawa mereka membunuh ramai tentera Amerika Syarikat.\rWashington menekan Iraq untuk membuat keputusan mengenai sama ada mahukan tentera Amerika Syarikat masih berada di negara itu menjelang akhir tahun ini apabila semua tentera kuasa besar itu berundur di bawah perjanjian keselamatan 2008. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|