View: 7457|Reply: 56
|
Lelaki tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan
[Copy link]
|
|
Lelaki tertekan dengan masalah kesihatan maut jatuh bangunan
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... aut-jatuh-bangunan/
Oleh ASLIZA MUSA
21 Januari 2021, 8:58 am
KEADAAN mangsa yang terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh semalam.
IPOH – Tertekan kerana menghidap masalah kesihatan dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat tiga Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.
Mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai terbaring oleh pengawal keselamatan dengan kesan kecederaan parah pada kepala di kawasan tempat letak motosikal berhampiran lobi hospital pada pukul 6.30 petang.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pembantu perubatan di hospital itu maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala.
Katanya, mangsa yang sedang bertugas itu dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan utama hospital berkenaan.
“Mayat mangsa disahkan oleh rakan setugasnya di mana lelaki itu turut memaklumkan menjumpai nota bunuh diri dalam beg milik mangsa.
“Nota tersebut bertulis, ‘saya mati kerana saya tidak boleh tahan masalah kesihatan saya tidak boleh berfikir normal sorry (maaf) amma, Sumana dan kawan-kawan semua saya tidak mahu susahkan lagi u (awak) semua’,” katanya di sini hari ini.
Menurut A. Asmadi, turut dijumpai dalam beg tersebut ialah kad pengenalan diri mangsa, kad perubatan dan kad kaunseling.
Katanya, rakan mangsa turut mengesahkan lelaki itu sedang bertugas 24 jam di wad tingkat tiga semalam dan sedang menunggu keputusan rawatannya.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi,” katanya.
Sementara itu, beberapa rakan mangsa yang ditemui di Jabatan Forensik HRPB memberitahu mangsa dilihat murung sejak beberapa hari lalu namun tidak berkongsi keadaannya itu dengan orang lain.
Difahamkan, mangsa yang berkhidmat di hospital berkenaan lebih setahun lalu juga merancang untuk berkahwin pada Mei ini.-K!ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah angker la hospital ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Knp kat sini umur 32 pulak..
Pembantu perubatan tinggal nota sebelum terjun dari tingkat 3
[email protected]
Ipoh: Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki berasal dari Chemor itu menderita masalah kesihatan.
Dia dilapor meninggalkan nota yang mengatakan tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang.
Menurutnya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
"Salah seorang rakan mangsa mengesahkan lelaki itu adalah rakannya dan menjumpai nota itu di dalam beg si mati," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai hidup dalam tekanan sekarang kalau tak boleh tangani pasti jalan tu yang dipilih |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian.
Dia percaya reincarnation kot so there's hope to start all over again.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembantu Perubatan Tinggal Nota, Sebelum Maut Terjun Dari Tingkat 3
Seorang pembantu perubatan berusia 32 tahun meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.
Difahamkan, lelaki berasal dari Chemor itu menderita masalah kesihatan.
Dia dilapor meninggalkan nota yang mengatakan tidak lagi dapat menangani masalah kesihatannya dan tidak dapat berfikir dengan jelas selain meminta maaf kepada keluarga dan rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pengawal keselamatan terjumpa mayat lelaki itu, berpakaian seragam hospital biru, di parkir motosikal hospital jam 6.45 petang.
Menurutnya, mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
"Salah seorang rakan mangsa mengesahkan lelaki itu adalah rakannya dan menjumpai nota itu di dalam beg si mati," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
murung sbab stres ke??ayyoyooo..makin ramai la bunuh diri pasni sbab xtahan keje non stop especially frontliners. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie: murung sbab stres ke??ayyoyooo..makin ramai la bunuh diri pasni sbab xtahan keje non stop especially frontliners. ingat area umah iols... Sbb smlm pun ade kes org terjun banggunan kat cheras. Rupenye yg ni dkt perak plak... Omaigod stress skg ni sume org.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada ahli keluarganya. Pergi bertugas, tetapi kepulangannya diganti dengan berita yang menyayat hati. |
|
|
|
|
|
|
|
berpakaian seragam hospital biru tu pakai ppe set ke....kesiannya
sbb setahu aku MA ni pakai baju putih seluar hitam
klau naik pangkat pun baju hijau |
|
|
|
|
|
|
|
oh..tgk da gmbar kat benang sebelah...
baju scrub ot..
india...
salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. takziah kepada keluarga..kerja bagus dah .. dapat pencen tak ibu bapa mendiang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Muda lagi mendiang. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo mama
kan dlm artikel tu dh tulis sbb sakit bukan sbb keje non stop
tak payah le speculate benda yang tak betul
mmg le ada yg stres keje tp kes ni dh terang cakap sbb sakit
|
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz replied at 21-1-2021 11:22 AM
berpakaian seragam hospital biru tu pakai ppe set ke....kesiannya
sbb setahu aku MA ni pakai baj ...
Ini ppk. Nama jawatan hmpir sama. Selalu wartawan tersalah |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama lagi ada hantu keling la kawasan tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya dia..mesti sakit yg tak tertanggung dek badan |
|
|
|
|
|
|
|
lokasi yg dia bunuh diri tu kena pecahkan kelapa muda... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah.kan nanti dapat hidup baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
memey la dia ckap dia ada masalah kesihatan sistur..tapi kalu mental health x baik pun boleh mengundang penyakit lain gak..mungkin bleh tanya doktor2 dlm forum ni dorang lagi pakar kot..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|