Serdang: Pemandu lori ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.
Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.
"Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.
"Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin.
Twitter
"Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -CARI
Post time 10-2-2021 12:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pada akhirnya.....'Kemalangan' jer.Sepatutnya kemalangan berpunca drp sikap dan bukannya masalah teknikal...yg menyebabkan kematian atau kecederaan parah...hukuman berat wajib dikenakan kpd pemandu berkenaan.
aku slalu berangan kalau aku boleh buat utk semua jalan kat malaysia ni lorong khas utk motor, lorong khas utk lori, lorong khas utk kereta .. lorong khas utk bas (dah ada dah) ... walaupun aku tau angan2 aku ibarat angan2 mat jenin hahahaa ..
ya allah tak sanggup nak tengok tapi aku pergi klik jugak video tu... kesiannya abang rider tu...
lori tu pun nampak lebih muatan je apesal la bawak laju2 jugak... actually nak bawak laju tu no hal la kalau hiway ke apa ni kawasan penuh kenderaan dan orang kot? kenapa ko tak race je teruih... elok dengan dia sekali kojol.
iols pun memang kalau ada motor iols akan cuba elak motor ni... bagi deorang lepas dulu.. sebab kadang2 kita signal kiri.. deorang kat belakang lagi lepastu ada yang bawak macam siput pulak tu...
better bagi deorang lepas dulu masuk ke kiri untuk keselamatan kedua2 belah pihak..
tapi boleh eksiden jugak sebab manusia yang bawak... manusia ni pelik2 ada ambil dadah, ada yang mabuk dan entah haper2 yang kita pun tak boleh ramal... better kaka buat keter autonomous keta dan segalanya drive sendiri jah macam detroit become human... so basically orang2 yang naik keta ibarat naik public transport... automatic...
risiko autonomous accident ni boleh kurang sampai 98% katanyerrr..
tapi tu la teknologi belum capai tahapnya lagi... ikutkan kos lebih kurang buat high speed rail semua tu jer..