View: 8792|Reply: 68
|
[Tempatan]
‘Ijazah saya bukan palsu tapi cuma tidak diiktiraf’ – Richard Riot
[Copy link]
|
|
Oleh Azizul Osman ([email protected])
KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem menegaskan ijazah yang diperolehi beliau dari sebuah universiti di United Kingdom bukan palsu.
Riot berkata, ijazah itu hanya tidak diiktiraf dan bukannya palsu sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa ijazah saya bukan palsu dan ijazah itu cuma tidak diiktiraf,” katanya ketika menjawab pertanyaan Kian Ming pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Kenyataan itu katanya adalah untuk menafikan dakwaan pembangkang mengenai status kelayakan akademik beliau yang didakwa palsu.
“Untuk mendapatkan ijazah ini saya telah bekerja keras kerana saya percaya dengan prinsip ilmu sepanjang hayat,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Richard Riot melenting isu miliki ijazah palsu dibangkit di Parlimen
KUALA LUMPUR: Isu ijazah palsu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming telah membuatkan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot hari ini melenting ketika sesi soal jawab lisan di Parlimen.
Richard menegaskan ijazah yang dimilikinya adalah sah dan tulen.
"Saya telah menjadi ahli Parlimen selama enam penggal. 23 tahun saya berada dalam Dewan ini," katanya yang kemudiannya menerima kritikan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjawab soalan yang diberikan kepadanya.
"Saya pentingkan ilmu sepanjang hayat," kata Richard lagi.
Semasa sesi soal jawab lisan, Kian Ming bertanyakan soalan berkenaan tindakan yang diambil kerajaan terhadap mereka yang memiliki ijazah palsu dengan menggunakan Richard sebagai contoh.
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Cheing Jen kemudiannya menuding jari kepada Richard sekaligus membangkitkan kemarahan Richard.
"Saya ingin menegaskan ijazah saya bukan ijazah palsu," kata Richard, dan menambah tindakan Cheing Jen menunjuk kepadanya memerlukan beliau mempertahankan dirinya.
"Kalau tidak saya tidak akan bangun hari ini," katanya lagi.
"Untuk ijazah saya saya bekerja kuat kerana saya percaya ilmu sepanjang hayat," kata ahli Parlimen Serian itu lagi.
Isu ijazah palsu beliau telah dibangkitkan pada Jun lalu, malah beliau turut menyuarakan kemungkinan untuk mengambil tindakan saman terhadap mereka yang menuduh beliau memiliki ijazah palsu.
Tiga ahli Parlimen DAP, termasuk Kian Ming, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Julian Tan (Stampin) sebelum ini mendakwa Richard memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadibiran Perniagaan dari Preston University (Amerika Syarikat).
Berita mula diterbitkan pada: Oktober 02, 2013 13:15 (MYT)
Tag: Richard Riot
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... i-parlimen-23113?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
ahahha..pembangkang siap korek segala cerita..
manela dia dpt info pasal ijazah palsu ni?
tu pun nak bahaskan kat parlimen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nk jadi mp..stakat pmr pun lepas |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya ingin menegaskan di sini bahawa ijazah saya bukan palsu dan ijazah itu cuma tidak diiktiraf,”
ape beza ijazah palsu ngan x diiktiraf??
bunyi nye cam same je... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak ijazah dari University of East Harvard? University ni kat tingkat satu, deret rumah kedai di Seri Kembangan. Submit karangan 150 perkataan, bayar yuran rm20,000 dah boleh dapat MBA. Majlis konvo dibuat setiap tahun di dewan orang ramai, Seri Kembangan. Ijazah bukan palsu tapi tak di iktiraf. |
|
|
|
|
|
|
|
keadaan macam dato fazli je..ijazah tak diiktiraf..penat2 blajar, rupanya tak iktiraf |
|
|
|
|
|
|
|
Terasa satim diman spm, ketua umno selangor, calon mb selangor dari umno bn yg pengalaman luas sebagai despqtch yg naik pangkat jadi kerani cabuk upm yg tup2 ada phd tau... |
|
|
|
|
|
|
|
nak jadi MP ade UPSR pun boleh malaysia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bakal jadi quote of the year nih...
'bukan palsu, cuma tidak diiktiraf...'
errr...maknanya???
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nak try sambung ayat...
saya wanita!! cuma x diiktiraf sebagai wanita!!
kata seorang pondan... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang bekerja keras, penat belajar? Bayar duit je...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam gomen, macamana ijazah tak diiktiraf buleh lepas kandang naik jadi menteri...? |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun ijazah ku tidak diiktiraf, tatapi PM tetap mengiktiraf aku dgn menjadikan aku menteri...korang hado?? |
|
|
|
|
|
|
|
Cakkkk....aaaa posted on 2-10-2013 02:00 PM
aku nak try sambung ayat...
saya wanita!! cuma x diiktiraf sebagai wanita!!
Alaa.... nih semua pitnah pembangkang nih.....
Ini bukan kenyataan palsu, cuma tak diiktiraf jerk..... - menteri umno richard riot
|
|
|
|
|
|
|
|
ijazah palsu bagaikan beg LV China di pasaran .. |
|
|
|
|
|
|
|
untung lah dia, ijazah tak diiktiraf pun boleh jd menteri..sedangkan amalan biasa, kalau ijazah tak iktiraf payah nak dpt kerja..nak sambung belajar pun payah sgt |
|
|
|
|
|
|
|
ayat ni kalo diungkapkan 500 tahun dahulu releven la |
|
|
|
|
|
|
| |
|