Ramai akui, Ellie Suriaty Omar antara pelakon yang dapat menjiwai setiap watak diberi dengan mantap.
Jadi, tidak hairanlah jika orang ramai melihat Ellie seperti sedang menjiwai wataknya sebagai seorang penyokong setia apabila lantang menyatakan sokongannya terhadap Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/04/174601g8y7w9euh9rsbor1.jpg) Foto: FB Ellie
Menerusi sebuah video di Youtube, Ellie dilihat berkumpul bersama-sama penyokong mantan Perdana Menteri yang berteriak mahu Bahasa Melayu digunakan dalam sidang media Peguam Negara Tommy Thomas.
"Bebas Najib!"
Keadaan menjadi semakin kecoh dan hangat apabila Ellie kedengaran melaungkan supaya Najib dibebaskan.
Gara-gara tindakan berani itu, Ellie nyari ditahan pihak berkuasa, namun dibebaskan dengan budi bicara dengan syarat dia meninggalkan premis berkenaan.
Pelakon itu merupakan antara barisan selebriti yang menzahirkan sokongan padu mereka terhadap bekas pemimpin negara berkenaan.
Menerusi laman Facebooknya, Ellie juga memuat naik sebuah video bagi menyatakan kata-kata sokongan dan memberi semangat kepada Najib.
Mungkin bagi sesetengah pihak, Ellie dilihat sebagai pejuang yang berani mempertahankan pemimpinnya daripada ditindas, namun dia tetap harus berhati-hati kerana setiap tindak-tanduknya sentiasa menjadi perhatian umum dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan bukan sahaja imejnya, malah rakan artis lain boleh terkena tempias akibat tindakannya itu. - CARI
|