update pliss @bini_fl wow fismidon di blok joy di IG
Hafiz Hamidun Tidak Sedar Foto Seksi Isteri[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 4 Julai 2017 3:12 PM
 [size=0.75em]Hafiz tidak dapat melihat foto Joy di Instagram gara-gara akaun dia disekat oleh isterinya.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]GARA-GARA memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian tidak sesuai imej sebagai wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen! [size=0.98em]Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve. [size=0.98em]Rata-rata netizen berpendapat pakaian itu seksi kerana ia seolah-olah menampakkan bahagian dada walaupun dia memakai anak baju dengan kain warna kulit. [size=0.98em]Sebagai suami, Hafiz Hamidun, 33, turut dikaitkan sama kerana imej isterinya itu.
[size=0.98em]Namun mengejutkan apabila Hafiz sendiri tidak mengetahui hal itu kerana dia turut disekat untuk menjadi pengikut di Instagram milik isterinya sendiri. [size=0.98em]Justeru, mana mungkin Hafiz boleh melihat foto-foto dikongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, di Instagram.
[size=0.75em]Pakaian Joy dikatakan tidak sesuai dengan imej wanita bertudung dan status sebagai isteri kepada penyanyi nasyid.
[size=0.98em]"Saya tak mengikuti Joy di Instagram, jadi saya tak tahu tentang foto tersebut. [size=0.98em]"Malah, rasanya isteri dah sekat akaun saya di Instagram dan sebab itu saya tidak boleh lihat foto-foto yang dikongsinya. [size=0.98em]"Jadi, buat masa sekarang ini tak ada apa yang boleh saya komen," kata Hafiz ketika dihubungi mStar Online, Selasa. [size=0.98em]Hafiz dan Joyrevfa berkahwin pada 1 Mei lalu di Shah Alam. Perkahwinan mereka antara yang mendapat perhatian netizen kerana rata-rata memuji Hafiz memilih seorang janda anak satu.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... 46jSZAsKdDWRsRS7.99
|