CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

All about Zoo Negara (Zoo Serangga kini dibuka!)

[Copy link]
Post time 17-4-2008 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by FiRe_Fly at 17-4-2008 10:31 AM


memang zoo luar negara cantik tapi tengok lah entrence fee die brape.... zoo negara baru 10 hengget .... tengok pulak sapa yg dok support depa ..... kalau entrence fee zoo kite 50 hengget ko  ...



tak..mksud saya bukan buat mega2... just nakkan yang wat landskaping tu buat bgtmpak menarik arr..... cntoh zoo kt melaka, saye rase lg ok dari zoo negara n last saye tgk kt tmpat pelihara singa, landskap tmpak agak baik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2008 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 17-4-2008 10:37 AM



tak..mksud saya bukan buat mega2... just nakkan yang wat landskaping tu buat bgtmpak menarik arr..... cntoh zoo kt melaka, saye rase lg ok dari zoo negara n last saye tgk kt tmpat pelihara  ...


mungkin pihak zoo akan buat sikit sikit kot sebab baru dapat budget ..... lagi pon zoo negara tak banyak space lah.... kalau sape yg dah pegi tau lah macam mana tempat cheeta ngan puma .... kecik sangat tak bersesuaian dengan habitat haiwan 2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2008 06:00 AM | Show all posts

Reply #139 FiRe_Fly's post

betul la..gomen tak support camne nak tarik pengunjung..takkan zoo negara ni pun nak diswastakan jugak..tapi kalau diimprovekan sket n harga naik sket cam rm 20 ke aku tak kisah lg..
apa2 pun aku sokong cadangan supaya zoo negara yg baru dibina di sepang n zoo lama dijadikan zoo KL..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 02:01 PM | Show all posts
Zoo Negara istimewa
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Zoo Negara di Hulu Klang, di sini, mempunyai nilai sentimental. Nilai itu menyebabkan santuari haiwan berusia 45 tahun berkenaan masih terus utuh dan dipenuhi pengunjung tempatan dan luar negara.

Biarpun disaingi pelbagai pusat rekreasi yang wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Zoo Negara tidak mati malah tetap hidup dan 慴ernyawa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 09:32 AM | Show all posts
Zoo Negara goes green to cut cost
By NURBAITI HAMDAN

KUALA LUMPUR: Zoo Negara is going green to save costs, and the environment.

One of the measures used by Zoo Negara is the rainwater utilisation system, where rainwater is collected, stored and used for daily usage.

According to Malaysian Zoological Society director Dr Mohamad Ngah, the National Hydraulic Research Institute of Malaysia was helping out with its expertise.


For the love of animals: Dr Mohamad (third from left) with (from left) Hazwani Othman, Michael Shu, Shafieq (of Akademi Fantasia 6 fame), Roslen Fadzil, Amir Luqman, Azura, Shegar and Hatta Dolmat looking at a magpie that will be released this Sunday at the Zoo Negara Monday. Shafieq was a Akademi Fantasia 6 participant and Roslen is murai.com.my chief editor, while the rest are designers.

揟he rainwater harvested will be used for the aquariums, toilets and for cleaning purposes.

揟his system is expected to help us save 30% in water bills,
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 04:26 PM | Show all posts
dah lama x pergi zoo negara.. insyallah julai nnti ada trip family ke zoo negara.. ada tak sapa2 yang mempunyai idea cam ne nak educate org untuk mencintai haiwan? tx ye pembuka thread..sedikit sebanyak nutty tau perkembangan zoo negara ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2008 06:28 AM | Show all posts
TAK PERNAH PERGI PON ZOO NEGARA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2008 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2008 11:14 AM | Show all posts
Tanah Zoo Negara bakal selesai

Oleh FATIHAH MOHAMED
berita@kosmo.com.my



SUBAHAN memberi makan tebu pada seekor gajah ketika melawat Zoo Negara semalam.

KUALA LUMPUR - Masalah pemilikan tanah Zoo Negara sejak 47 tahun lalu yang masih belum selesai bakal menemui penyelesaian tidak lama lagi melalui usaha yang bakal dijalankan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor.

Pengerusinya, Datuk Subahan Kamal berkata, pihaknya akan berusaha untuk membolehkan tanah di Zoo Negara yang kini di bawah pemilikan Kerajaan Selangor dijadikan hak premium kepada zoo itu.

"Mulai sekarang ia akan dibincangkan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik dan mungkin juga ia akan diwartakan kepada Persatuan Zoologikal Malaysia atau mana-mana pihak lain untuk menguruskannya," katanya sempena lawatan ke Zoo Negara di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Zoologikal Malaysia, Datuk Ismail Hutson, Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Selangor, Abdul Ghani Salleh dan Timbalan Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Kerajaan Negeri Selangor, Elya Marini Darmin.

Menurut Subahan, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan Zoo Negara boleh diselesaikan secepat mungkin.

Tambahnya, berikutan Zoo Negara tidak berada di bawah hak milik Persatuan Zoologikal, ia telah menyulitkan segala urusan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur serta kawasan sekitar zoo berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 02:08 AM | Show all posts
sape2 taumcm mane nk jadi volunteer kat zoo?? minat sgt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2008 12:13 PM | Show all posts
Bazar Zoo Negara

Rap
SAMBIL melawat haiwan di Zoo Negara, Hulu Klang, Kuala Lumpur, pada Ramadan al-Mubarak ini, orang ramai boleh membeli juadah berbuka puasa di sana. Memeriahkan suasana di luar perkarangan Zoo Negara, tahun ini pihak pengurusan tempat itu menyediakan tapak bazar Ramadan di situ.

Eksekutif Pengiklanan dan Promosi Zoo Negara, Wan Suhana Wan Mohd Nor, berkata, mereka yang berminat berniaga di situ boleh menghubungi Zoo Negara untuk menyewa tapak disediakan.

Katanya, Zoo Negara menyediakan kawasan yang cukup luas mampu memuatkan 251 kanopi berukuran 10x10 kaki.

Jelas Wan Suhana, bayaran sewa kanopi jualan makanan sepanjang Ramadan RM550. Tempoh perniagaan bermula jam 1 tengah hari hingga 8 malam.

Katanya, manakala RM850 pula untuk sewa kanopi untuk penjualan pakaian, aksesori, kad dan kuih raya. Perniagaan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

"Apa yang menarik, bazar yang julung kali diadakan di luar perkarangan Zoo Negara ini bakal menyaksikan kehadiran selebriti popular tanah air seperti Zainalabidin yang juga duta Zoo Negara.

"Turut hadir, anak seni kelahiran Kemensah iaitu kumpulan Jinbara yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan bazar itu.

"Dianggarkan tahun ini ramai artis tempatan yang mahu mencari duit sampingan dengan berniaga di bazar Ramadan ini. Jadi, segeralah rebut peluang keemasan ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 05:10 PM | Show all posts

Zoo Negara Live !!!

Ni kawan aku punya projek... ramai yg tak tau lagi... klu ade kekurangan or lag2 tu, harap faham lah yea.... sebab projek ni baru lagi..... leh tgk harimau nyer aktiviti seharian.....

http://blog.zoonegara.tv/
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 03:15 AM | Show all posts

Reply #152 LuzClarita's post

siannyerr...die duk tempat sempit gitu..
ke hulu,ke hilir..jalan lam a very cramped space
Tiger supposed to be free,kan..Tapi bahaya laa pulak..
ngape xleh lepas je kat Hutan Dara ke,Hutan Simpan ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 09:38 AM | Show all posts
Hari jadi ke-45

Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my

Zoo Negara yang dibuka pada tahun 1963 akan menyambut hari kelahirannya pada Sabtu ini.




SETIAP kali tibanya kempen Jualan Mega, pusat beli-belah tidak habis-habis memperhebatkan promosi dan jualan murah yang dianjurkan secara serentak di seluruh negara. Tanpa mengendahkan siang atau malam, orang ramai berpusu-pusu membeli-belah sehingga hari terakhir. Keadaan yang sama disaksikan pada kempen Matta Fair, PC Fair dan bermacam-macam lagi.

Malangnya, kempen melawat Zoo Negara yang berlangsung sepanjang tahun, tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Sambutan dingin itu seolah-olah menafikan kehebatan sejarah penubuhannya termasuk pengorbanan yang dilakukan dalam memastikan kelangsungan hidupnya. Lebih mendukacitakan apabila pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan sejak dibuka secara rasmi pada tahun 1963 seperti tidak dipedulikan.

Meskipun diselenggara dan beroperasi di bawah sebuah badan bukan kerajaan yang tidak mengumpul keuntungan, zoo ini seharusnya bertakhta di hati setiap warganegara sebagai lambang kebanggaan nasional.

Sebelum ini pun, ramai pihak yang mempertikaikan kewujudan Zoo Negara yang digambarkan sebagai sebuah rumah usang yang menempatkan haiwan-haiwan yang sakit, tidak bermaya dan dikurung di sebalik kandang bergerigi.

Tidak kurang juga dengan laporan gangguan monyet, bunyi bising, bau yang kurang menyenangkan dan macam-macam lagi.

Jika hari ini atau lusa anda melalui kawasan Hulu Kelang, sila singgah sebentar untuk menilai kebenaran tersebut melalui sepasang mata anda sendiri. Benarkah primat dari zoo menganggu orang luar atau apakah justifikasi di sebalik gesaan memindahkan lokasi zoo ini.

Sudah tentu, mana-mana zoo di dunia akan mempunyai rekod kematian haiwan disebabkan tekanan gangguan manusia, usia tua dan serangan penyakit. Namun, berapa banyak zoo yang anda tahu mampu beroperasi di atas 'kaki sendiri' tanpa menerima peruntukkan daripada kerajaan?

Mungkin sedikit membanggakan kerana Zoo Negara yang menggunakan kawasan seluas 96 ekar dengan memiliki lebih 100 orang penjaga haiwan, dua doktor veterinar yang tidak termasuk bilangan kakitangan pentadbiran berjaya membuktikan kemampuan survival yang berstandard tinggi di peringkat antarabangsa dengan daya usaha sendiri.

Usah persoalkan kehebatan zoo di negara seberang Tambak Johor yang berbeza dari segi keluasan, sokongan dana dan jumlah spesies. Apa yang perlu dipersoalkan ialah masalah pembangunan perumahan yang pesat di kawasan sekitar lalu menodai ketenteraman penghuni zoo yang hidup lebih awal di situ.


Bagi anak kelahiran Johor Bharu, Zainalabidin Mohamed atau lebih popular dengan panggilan Zainal Abidin dalam kalangan peminat seni tanah air, beliau berasa asyik setiap kali berbual tentang Zoo Negara yang dikagumi kehebatannya selama berdekad lalu.

Sekalipun dihimpit dengan pelbagai cabaran dan masalah dalaman serta luaran, ketaksuban yang dirasai kali pertama dibawa melawat ke Zoo Negara semasa berada di bangku sekolah, masih membara sehingga saat ini.

"Waktu itu, saya mengikuti lawatan sekolah dan sekarang saya datang atas inisiatif sendiri. Tidak banyak yang berubah kecuali ada pengubahsuaian di beberapa tempat tetapi yang paling penting dan paling utama ialah ia berjaya mengekalkan habitat semula jadi," ujarnya yang kerap dikaitkan dengan acara-acara anjuran Zoo Negara.

Manakan tidak, sejak 16 tahun yang lalu, Zainal tidak pernah jemu kembali ke zoo yang disayanginya. Menyimpan seribu satu jawapan kepada ciptaannya yang maha agung, Zainal turut memuji perkembangan yang dilalui dari setahun ke setahun. Dari sebuah pusat perlindungan haiwan yang mengurung haiwan bagi tujuan pameran, Zoo Negara hari ini telah melangkah jauh dalam bidang pembiakan dan pemuliharaan.

Sambil menyediakan kawasan merayau yang luas, sesetengah haiwan yang terancam di habitat liar seperti Milky Stork (Burung Botak Upeh) yang diselamatkan daripada pupus di peringkat global dapat hidup lebih tenteram. Ia juga berfungsi sebagai tempat santuari haiwan daripada pemburu dan dianiayai penjaga sarkas.

Zainal juga yakin bahawa ia seharusnya dikekalkan di tempat asal kerana jika dipindah, besar kemungkinan haiwan-haiwan ini akan mati. "Dahulu, kita kata KLIA jauh berbanding dengan Lapangan Terbang Subang Jaya. Tetapi sekarang, semuanya sudah senyap. Daripada berdebat hal-hal seperti ini, baik pujuk orang muda melawat zoo yang merupakan sebuah 'perpustakaan hidup'.

"Saya sendiri belajar banyak perkara setiap kali melawat Zoo Negara bersama keluarga," ujarnya bersungguh-sungguh.

Meminati mamalia darat yang terbesar, gajah, Zainal teringin untuk membina sebuah pusat perlindungan haiwan dan memelihara sekurang-kurangnya 15 hingga 30 ekor gajah.

ING akan menyediakan 4,500 tiket percuma kepada kanak-kanak pada Sabtu ini.

Pada masa lapang, Zainal suka menolong doktor veterinar di hospital haiwan atau mengutip sampah-sarap yang dibuang di merata tempat bersama keluarga pada hujung minggu.

Dari permulaan yang kecil, iaitu hanya sedozen haiwan peliharaan peribadi pengasas Zoo Negara, mendiang Tan Sri V.M. Hutson, lebih empat dekad kemudian, jumlah binatang yang ditempatkan di sini berlipat ganda kepada 4,545 ekor haiwan. Ia terdiri daripada 444 spesies dari keluarga mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Ini sekali gus meletakkannya sebagai salah satu institusi ikonik yang memberi identiti kepada negara. Jika difikirkan sepintas lalu, berapa banyak negara yang tidak mempunyai zoo?

Atau negara manakah yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah zoo mini yang menempatkan haiwan-haiwan utama seperti gajah, harimau, singa, monyet, zirafah, ular, buaya, badak sumbu dan banyak spesies ikan. Hampir tiada bukan?

Ini kerana zoo adalah setaraf atau sama penting dengan pembinaan muzium, istana dan apa juga tugu peringatan. Malah, di bawah pengawasan dan pemilikan Persatuan Zoologikal Malaysia yang mempunyai kira-kira 200 ahli yang aktif, Zoo Negara menarik hampir sejuta pelawat setiap tahun. Jumlah ini juga agak konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas Dr. Mohamad Ngah memegang jawatan sebagai Pengarah.

"Sebanyak 30 peratus daripada kunjungan ini ialah pelancong asing manakala pecahan orang dewasa dengan kanak-kanak ialah 60 kepada 40 peratus," ujar Mohamad.

Lebih dibanggakan ialah bandar Shanghai di China yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 20 juta orang, menerima saiz jumlah pelawat yang sama berbanding dengan penduduk Kuala Lumpur yang berjumlah dua juta orang.

"Secara bandingannya, sudah tentu trafik manusia kita bagus. Kita juga menyaksikan peningkatan pengunjung sebanyak 10 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu," katanya.


Selepas sambutan yang terakhir pada tahun 2000, sambutan kali ini dijangka lebih meriah memandangkan beberapa perkara yang disasarkan akan termakbul. Antaranya ialah pembatalan usaha pemindahan lokasi Zoo Negara, membaikpulih Akuarium Negara, mengemaskini program pembiakan haiwan dan lain-lain isu-isu semasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 09:39 AM | Show all posts
Syarikat Insurans ING Berhad, yang menaja seekor singa spesies Gir dari India sejak tahun 2003, juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan sokongan dari segi tenaga kerja dan tajaan tiket percuma.

"Pada Sabtu ini, seramai 100 kakitangan ING menawarkan diri secara sukarela membersihkan ruang persembahan haiwan, mengecat palang besi dan membantu pekerja zoo melakukan aktiviti harian," ujar Geraldine Wong, Ketua Jabatan Penjenamaan dan Komunikasi Korporat ING yang ditemui di pejabat Zoo Negara.

Pada sambutan ulang tahun Zoo Negara yang kebetulan jatuh pada Hari ING, pihaknya dengan berbesar hati mengedarkan sebanyak 4,500 tiket percuma kepada kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun di pintu masuk zoo.

Kegiatan-kegiatan menarik juga telah diatur sepanjang hari itu bagi ibu bapa dan kanak-kanak yang boleh menyertai lumba Berganti-ganti Go Green, ujian pembungkusan, pertandingan menghentak tin minuman, membuat aiskrim, membuat baja kompos, menanam pokok dan banyak lagi.

"Zoo Negara yang ditubuhkan sebagai zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia, telah menjuarai dalam tugas-tugas pembangunan, pemuliharaan dan pendidikan hidupan liar termasuk bidang zoologi, biologi, veterinari dan latihan."

"Kita tidak mahu pengunjung yang datang tiga bulan kemudian, berasa kecewa dengan susunan pameran haiwan atau persembahan yang sama. Sebaliknya, kita sentiasa berubah untuk kebaikan jangka masa panjang," luah Mohamad yang memperkenalkan pendekatan mengurangkan kos sebanyak 20 peratus dan meningkatkan pendapatan sebanyak 20 peratus pada tahun 2005.

Dengan menjana hampir 80 peratus pendapatan daripada penjualan tiket dan selebihnya, sumbangan ikhlas daripada badan-badan korporat, Zoo Negara mahu mengubah wajah daripada pandangan sisi lama kepada transformasi yang mendukung konsep zoo terbuka.

Pergerakan dan habitatnya dapat disaksikan secara dekat di samping penjelasan yang berinformasi dikongsi oleh para penjaga yang berada di seksyen masing-masing.

Membiak spesies burung terancam

PADA hari sambutan ulang tahun ke-45 Zoo Negara esok, anda boleh melihat sendiri inisiatif yang diambil bagi mengembalikan kepercayaan terhadap institusi Zoo Negara.




"PELAWAT berpeluang melihat burung Botak Padi diberi makan di tepi tasik."

Burung Botak Upeh, umpamanya adalah sejenis haiwan yang terancam dan hampir pupus di Kuala Gula, Perak. Dalam habitat liar, bilangannya tidak sampai lima ekor. Melalui program pertukaran dengan Taman Burung Jurong di Singapura, kakitangan Zoo Negara membiak spesies ini secara terkawal sebelum dibebaskan ke habitat semula jadi.

Tahukah anda bahawa Zoo Negara adalah satu-satunya zoo di negara ini yang membiak burung Enggang!

Perkara yang sama dilakukan pada haiwan mamalia, amfibia dan hidupan lain. Akmal Hadi Samsuddin yang menjaga taman burung sedia memberi penerangan tentang kerja-kerja pembiakan dan pemeliharaan burung yang dilakukan.

Sejak tujuh tahun berurusan dengan berlainan jenis burung, Akmal seronok mengawasi perkembangan telur burung emu dalam inkubator bersama burung helang tempatan, burung hantu dan sebagainya. Setiap hari, anda juga berpeluang melihat sekurang-kurangnya 500 ekor burung Botak Padi diberi makan berdekatan dengan tasik terbuka.

Di sudut reptilia pula, Mohd. Hafiz Thanabalan yang merupakan pembantu penjaga haiwan reptilia seperti katak, tekun mengubahsuai penampilan bahagian pameran supaya pada hari sambutan nanti, pengunjung mudah memahami kehidupan di habitat ini.

Daripada keterangan bertulis pada papan kenyataan hinggalah berbual secara lisan, Hafiz juga boleh ditanya tentang pengalaman menjaga badak sumbu yang terkenal dengan sikap agresifnya jika diganggu.

“Jika semuanya berjalan lancar, saya berharap pada masa akan datang, kami mampu membebaskan haiwan yang dibiak di sini ke luar negara,” katanya yang mengalu-alukan bantuan kewangan.

“Saya memahami kesempitan dana yang dihadapi Zoo Negara yang cuba sedaya-upaya memperbaharui program setakat yang termampu. Dengan sedikit bantuan daripada kerajaan dan syarikat korporat, pasti pelbagai aktiviti dan promosi dapat diadakan seperti usaha menukar orang utan dengan pameran panda dari China,” kata Zainal Abidin.


Beliau juga menyaran supaya sesekali pihak zoo membawa haiwan-haiwan menarik seperti beruang polar, ikan paus dan gajah Afrika untuk dipamerkan. Di samping itu, pameran pelbagai jenis spesies rama-rama, katak dan kuda dari seluruh dunia menjanjikan tarikan pelancongan yang tinggi.

Zainal turut mencadangkan supaya satu lagi zoo berkonsepkan safari dibuka dan hanya bilangan jenis haiwan yang terhad disimpan di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 10:53 AM | Show all posts
Lukisan hias Zoo Negara
Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Pintu masuk Zoo Negara di Hulu Klang, dekat sini, bakal berwajah baru dan lebih menarik apabila menerima sentuhan 20 kartunis tempatan yang terbabit dalam program anjuran pengurusan zoo berkenaan dengan kerjasama Malaysian Cartoon Parade (MCP) sempena meraikan Hari Kartunis 2008.

Pengerusi MCP, Mazlan Abdullah, berkata program itu bertujuan mengubah ‘wajah’ pintu masuk Zoo sebagai tarikan pengunjung.

“Sudah lazim, pengunjung zoo adalah kanak-kanak dan keluarga. Lukisan yang disumbangkan kartunis ini setidak-tidaknya dapat menceriakan pintu masuk zoo dan menarik perhatian,” katanya.

Seorang kartunis yang mengambil bahagian, Khairul Izzudin Azirllah, 37, atau lebih dikenali sebagai Duku, berkata beliau berbangga kerana dapat menyumbang karya untuk Zoo Negara.


“Saya harap lukisan (gambar rusa) yang saya lukis bakal menjadi kenang-kenangan dan tatapan generasi muda yang berkunjung ke zoo. Bagi saya, ia kepuasan dan amat bermakna sejak saya menjadi kartunis selama 11 tahun,” katanya.

Kartunis muda, Mohd Hairy Baharum, 29, atau Bop, berkata selain mahu menyumbang hasil lukisannya, dia menyertai program terbabit bagi mengenali kartunis lebih senior dan berpengalaman.

“Bukan senang hendak bertemu kartunis lain, hari ini (semalam) adalah masa terbaik untuk berjumpa mereka.

“Selain berkongsi pengalaman, ia peluang terbaik menimba ilmu bersama mereka. Lebih menyeronokkan, kami dapat berkumpul dan berkarya bersama,” katanya yang pernah menjadi kartunis bagi kartun popular, Blues Selamanya.

Pengarah zoo, Dr Mohamad Ngah, pula berkata, pihaknya meraikan kartunis ke situ bagi meraih sambutan daripada pengunjung, terutama pada hujung minggu.

“Setiap minggu, terutama Sabtu dan Ahad, kami menyusun pelbagai program sebagai pengisian pelawat yang rata-rata datang berkeluarga.

“Tanpa apa-apa program, pengunjung akan berasa bosan. Ia juga bagi menepati sasaran kami untuk mendapat lebih 10,000 pengunjung setiap hujung minggu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 01:53 AM | Show all posts
syd
ko skang nih kije zoo negara plak ke???
miss ur hot gossiplah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #157 mo_mocha's post

aku rasa tenang...sayu syahdu lega aman damai semua laa


hmm..

hari sabtu lepas baru p zoo

tahun nih je dah berapa kali aku p zoo

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 03:10 PM | Show all posts

Reply #158 Syd's post

bestnyer syd salu pi zoo nak pegi nnt nak join mulehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #159 ati1402's post

hehehe

muleh

skrg nih amfabians world ke apa

tema kat tpt reptalia tu

memacam jenis katak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.171647 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list