CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13284|Reply: 99

Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar

[Copy link]
Post time 3-7-2014 05:44 AM | Show all posts |Read mode
Tunjuk Slip Gaji Untuk Beli Tudung Fareeda Satu Fitnah - Fizo Omar
Fizo bersama isterinya Mawar yang menguruskan perniagaan tudung Fareeda sering kali dilanda kontroversi.



PETALING JAYA:  Pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan tudung Fareeda dengan memfitnah kononnya mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.

"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.


Mawar (tengah) bersama ibunya Faridah Zakaria yang merupakan pengasas tudung Fareeda bersama model menggayakan rekaan tudung mereka.



Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik  Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.

Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.

"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," ujarnya.

Inilah status Twitter seseorang yang memfitnah mengenai tudung Fareeda.


Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia juga sibuk menguruskan perniagaan Hot Burger yang kini mempunyai sebanyak 150 buah cawangan.

"Sekarang ini memang saya terlalu sibuk dengan pengurusan perniagaan. Sampaikan saya terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan.

"Saya juga merancang untuk meletakkan sasaran  di mana Hot Burger akan mempunyai sebanyak 200 cawangan di seluruh Malaysia pada hujung tahun ini.

"Selepas itu, barulah saya boleh aktif semula dalam lakonan," tuturnya.[size=0.875em]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 05:47 AM | Show all posts
Mcm Ijai punya twitter je tu...
Hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa cerita business hot burger dia tu? Dah melingkup ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2014 06:03 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 3-7-2014 06:01 AM
Apa cerita business hot burger dia tu? Dah melingkup ke?

baca artikel smpai abis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 3-7-2014 06:03 AM
baca artikel smpai abis..

Br abis. Sorry TT
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 06:25 AM | Show all posts
aku rasa org2 dia jugak yg create cite2 mcm ni utk create BUZZ!
good or bad still publisiti!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2014 06:43 AM | Show all posts
Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, marketing strategy dia sangat lemau.. dan produk sentiasa ada masalah ngan consumer..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 07:45 AM | Show all posts
Ya Allah.. this is the problem with ummah meleis (read: malays) yang langsung tak paham SARCASM!!! Ijai tu tweet pasal fareeda exclusive, katanya kalau lagi exclusive dari fareeda biasa, harus lah kena tunjuk slip gaji baru boleh masuk kedai. It was a JOKE!

Pastu makcik mana ntah nampak benda tu and terus buat andaian benda tu betul. Haish!!! Seriously, aku tahu benda ni sebab aku follow tweet Ijai and baca blog dia. Tolong lah.. bongok bertingkek-tingkek betul! Dia dah delete pun post pasal benda tu - agaknya lawyer2 pareeeeda dah sergah dia kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 07:56 AM | Show all posts
mcm2 hal pasal tudung fareeda ni ea..tp untung tetap masyukkk..model pun cantik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 07:59 AM | Show all posts
fareeda & kontrovesi berpisah tedaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:05 AM | Show all posts
Tunjuk SLIP GAJI+BONUS lak lps ni utk beli tudung...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:09 AM | Show all posts
bukan ke org just troll je... why so serious Fizo?? ko ni pun... lebih sudu dari kuah. Over ngan business bini.
Pi laa kembangkan business sndiri. Kalo dh x leh gi ngan burger ko tu, pi design baju melayu kaa, jubah lelaki kaa under fareedot tu lg elok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
EA form sekali..

dh taraf2 nk buat loan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:12 AM | Show all posts
lerhhh...tak paham lawak sarcasm rupanya...
sesapa rajin tlg pi bagi link blog ijaicool kat pizo sat
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:13 AM | Show all posts
agaknya member tu sindir menyindir je kot
tak abis2 tdg fareeda ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:14 AM | Show all posts
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia juga sibuk menguruskan perniagaan Hot Burger yang kini mempunyai sebanyak 150 buah cawangan.


mcm tak penah nampak pun kedai die kt penang ke 150 cawangan ni terhad kt beberapa negeri je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2014 08:16 AM | Show all posts
pjade posted on 3-7-2014 07:45 AM
Ya Allah.. this is the problem with ummah meleis (read: malays) yang langsung tak paham SARCASM!!! I ...

biasalah tuuuuuu
ummah meleis yg stok PPRT ni kan suka sangat cepat TERpengaruh dan percaya sst perkara kat media social
sbb apa? sbb malas buat kajian
kalo tak, takkan la ramai meleis yg suka menipu meleis ajak masuk MLM reramai konon2 bleh jd kaya
ummah meleis PPRT ni mana paham SARCASM pelbagai..dlm otak diorang hanya rempit, bohsia bohjan, akademia fantasia, kilauan emas
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:17 AM | Show all posts
CrowneGlory posted on 3-7-2014 08:11 AM
EA form sekali..

dh taraf2 nk buat loan rumah...

harap2 lps ni bank negara buat new polisi, any housing loan application kene letak tudung FAREEDA sbg cagaran/collateral sbg downpayment
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:28 AM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 3-7-2014 08:16 AM
biasalah tuuuuuu
ummah meleis yg stok PPRT ni kan suka sangat cepat TERpengaruh dan percaya sst p ...

Ni aku agree la. All forms of entertainment ummah meleis ni menampakkan ke-pprt-an sangat. Aku bukan nak kata apa la, tapi kalo bukak channel radio meleis pepagi mmg aku tak larat nk layan, takde yang membina langsung (kecuali la radio nasional). Yang lain tu semua mmg stok mediaprima astro bangang! Gelak mengilai, kena kan orang, buat lawak bodoh gelak sendiri.. I. Just. Can't.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2014 08:59 AM | Show all posts
pjade posted on 3-7-2014 07:45 AM
Ya Allah.. this is the problem with ummah meleis (read: malays) yang langsung tak paham SARCASM!!! I ...

tak semua org follow twitter dia..aku yang tak follow..taktau dia jenis camne..pon baca twit dia tu as a statement instead of joke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.083349 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list