View: 3732|Reply: 1
|
Resepi Ayam Masala Yogurt India Mamak
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Ayam masala merupakan masakan khas india. Masakan-masakan tradisional asia selatan ini terkenal mempunyai banyak herba yang diperbuat daripada pelbagai rempah-rempah. Selain rempah-rempah, ayam masala juga dibuat dengan bahan yogurt yang membuat empuk ayam. Jika anda ingin membuat ayam masala ini sendiri di rumah, kami kongsikan resepi untuk membuat ayam masala masakan india yang mudah dan sedap. Jomlah kita simak resepi berikut ini.
Bahan-bahan :
1 kg ayam (buang kulit dan potong-potong kecil)
Bahan-bahan perapan :
250 gr plain yogurt
1 sudu besar halia parut
1 sudu teh kayu manis serbuk
2 sudu kecil cili serbuk
2 sudu kecil cumin serbuk
1 sudu teh lada serbuk
Garam
Bahan penyediaan kuah:
250 gr tomato dicincang / halus dalam tin
200 gram cream
2 ulas bawang putih (press)
1 sudu kecil cumin serbuk (jinten serbuk)
1 buah cabe merah (buang biji lalu iris2)
2 sudu kecil lada serbuk
1 sudu besar mentega (untuk menumis)
Garnish
Daun ketumbar (dicincang halus)
Cara memasak :
1. Campur semua bumbu perendam dan aduk rata.
2. Masukkan ayam, aduk hingga ayam terlumuri bumbu.
3. Tutup rapat dan simpan di peti sejuk satu malam
4. Keesokan harinya, keluarkan dari peti sejuk dan diamkan hingga mencapai suhu bilik.
5. Panggang bersama perapan, pada suhu 200- 250 C hingga matang dan air dari ayam.
6. Ketepikan Kuah
Cara penyediaan kuah :
1. Tumis bawang putih dan hirisan cili menggunakan mentega, hingga harum. 2. Masukkan sisa bumbu lain (kecuali tomato dan cream), tumis menggunakan api sedang sekitar 1-2 minit. 3. Masukkan tomato, masak hingga tomato matang dan minyak terpisah dari bumbu sekitar 10-15. 4. Masukkan ayam beserta air yg keluar disaat ayam dibakar, aduk rata. 5. Masukkan cream, aduk rata. Masak tanpa ditutup hingga kuah kental dan meletup-letup. 6. Kecilkan api pada level rendah (level 2) dan teruskan memasak untuk beberapa minit (sekitar. 10 minit). 7. Tambah garam secukup rasa. 8. Angkat dan hidangkan segera dengan taburan daun ketumbar.
Demikian salah satu resepi masakan india ayam masala. Semoga resepi yang mudah dan sedap ini menambah dan memperbagaikan lagi kemahiran dalam bidang masakan.- CARI Infonet
sumber info : Taboprincess.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat ni malam ni. kalau rajin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|