“ Nilai maruah saya lebih tinggi …” Norjuma Habib Selain ketinggian intelek, sifat pemurah tidak pernah luntur dari jiwa Norjuma Habib Mohamed. Barangkali itulah yang membuatkan rezeki beliau pernah putus kerana kesenangan yang dimiliki sentiasa dikongsi bersama. “Saya tidak pernah mentakrifkan diri saya sebagai sangat bahagia. Saya gembira atau tidak, itu bukanlah sesuatu yang perlu ditunjuk-tunjuk. Bahagia bukanlah satu jenama dan istilah untuk dipasarkan. Saya juga tidak mahu menjadi orang yang zahirnya nampak bahagia, namun jiwa belum tentu tenang,” ujarnya berterus-terang. Mengakui bahawa dirinya amat kemelayuan meskipun punya darah kacukan, membuat wanita anggun ini tidak betah berlibur lama-lama di luar negara. “Sebenarnya saya seorang yang suka duduk di rumah. Saya lebih senang bersantai, biasanya berehat sambil baca akhbar. Kalau ke luar negara, paling lama pun saya enjoy tiga hari sahaja dan kemudian sudah resah ingin pulang. Peristiwa kehilangan pesawat MH370 juga mengejutkan diri ini. Sudah lama saya tidak menangis, tapi pabila mengikuti berita itu, saya tidak semena-mena mengalirkan air mata. Ia mengingatkan saya bahawa kehidupan ini sangat fragile, kita tidak akan tahu bila dan bagaimana akan meninggalkan orang yang tersayang,” cerita Norjuma. Sambungnya lagi, beliau juga bukanlah seorang yang mudah menghamburkan air mata sesuka hati. “Kita selalu menganggap hati lebih tenang pabila menangis. Tapi saya tidak! Saya jarang terikut-ikut dengan emosi, malah kiranya ‘terpaksa’ menangis, saya akan diserang sakit kepala,” ujar beliau yang menyifatkan dirinya sebagai berhati kering, lebih-lebih lagi terhadap insan bernama lelaki. Mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa gaya ringkas Norjuma tetap kekal meskipun ketika menjelang Syawal. Beliau hanya mula membeli baju raya pada waktu last minute. Pakaian kurung kapas daripada jenis ready to wear menjadi pilihan utama. “Saya tidak selesa menyarungkan baju sifon setiap masa. Saya akan rasa rimas. Akhirnya, baju kurung cotton juga yang paling selesa untuk dipakai ketika menjenguk saudara mara,” katanya sambil melemparkan senyuman
|
ujar beliau yang menyifatkan dirinya sebagai berhati kering, lebih-lebih lagi terhadap insan bernama lelaki.
yipun_78 posted on 6-6-2014 07:29 AM
sekarang Juma dah x pakai gelaran Datin ni, apakah?
LuLu^Lost posted on 6-6-2014 09:56 AM
dok mencari aku, tang mana cerita pasal maruah juma ni tinggi nilainya. kot ada cerita..xde pun.
se ...
yipun_78 posted on 6-6-2014 01:03 PM
tu laaa betullaaa apa yg digosipkan dulu ek... dgr rumour gak dia ke Brunei ngan private jet... ...
ADVERTISEMENT