CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kes Pukul Isteri: Awie Mengaku Tidak Bersalah

7-7-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38297| Komen: 200



Vokalis Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya.
Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Seksyen/Majistret Ampang, pada Jumaat, (hari ini).

Pada 2 Jun lalu kira-kira jam 1.30 petang, Awie telah didakwa dengan sengaja mengasari isterinya Rozana Misbun sehingga menyebabkan cedera parah dalam satu kejadian di sebuah bank yang terletak di Ukay Bistari, Taman Ukay Perdana.

Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.



Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa memukul isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu.
Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun beliau menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar didakwa isteri Awie, Rozana Misbun. Gambar-gambar itu memaparkan wajah dan telinganya berdarah yang dipercayai akibat dipukul.

Dalam pada itu Awie yang ditemui sejurus selepas sebutan kes berlangsung berkata, beliau menyerah segalanya kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
Tegasnya juga, kes ini tidak sikit pun mengganggu perjalanan kariernya.

"Kes ini tidak mengganggu kerja saya. Saya masih bekerja seperti biasa. Tapi kalau Tuhan kata sampai sini saja rezeki saya, saya terima.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya", katanya ringkas.

Awie diwakili oleh penguam Azman Harun dan Aimi Zaizul Amran.

Turut kelihatan hadir sama sewaktu sebutan berlangsung ialah ahli anggota Wings yang lain iaitu Joe (gitaris) dan Eddy (drummer).

Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan penyanyi ini membayar ikat jamin sebanyak RM9000 dengan dua penjamin.
Kes akan disebut semula pada 11 Ogos 2014.

16

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supersudoku 4-7-2014 11:18 AM
jap kalau kes gini kan,
cane cara tumbukan tu ek..pakai fist ke?
pakai tangan ke?
sebab cam kronik
Quote damian_lee 4-7-2014 11:18 AM
kalau tgk sejarah ... dia mmang x asing ngan pukul memukul ni ... tp xtau apa terjadi ... tp walau apap pun... dia xberhak memukul smpai mcm tu ....
Quote beatgirlX 4-7-2014 11:26 AM
mungkin ble combine ngan thread sblum ni
tapi yer le..sapa nak ngaku dia pesalah kan?
Quote AbukRokok 4-7-2014 11:27 AM
tgk muka pun dah mcm pengganas ISIS
Quote aderaderker 4-7-2014 11:29 AM
Matikkk nak ngaku...
Quote iman_aly 4-7-2014 11:36 AM
gila ke nk ngaku....
Quote ellZack 4-7-2014 11:37 AM
supersudoku posted on 4-7-2014 11:18 AM
jap kalau kes gini kan,
cane cara tumbukan tu ek..pakai fist ke?
pakai tangan ke?

pakai fist kot..
tu yg lebam ketara sangat..
kalau slapping, mcm mana nak slap kat mata..
ke bukan?

Quote kukulangau 4-7-2014 11:39 AM
boleh la beraya dengan meriah lagi
sebab masuk court balik 11 ogos nanti
Quote senahsanasini 4-7-2014 11:48 AM
Dah tu kau nk kata bini kau terajang muke die sendiri ker???
Quote emmaisa 4-7-2014 12:07 PM
dia ni kena masuk kelas anger management
Quote girly.. 4-7-2014 12:11 PM
aduhai... dayus btl laki pukul pompuan ni..

kalo mmg bini dia salah.. ajarlah cara lain...

sian kat bini tuh...
Quote fifie_olin 4-7-2014 12:17 PM
kalo dh jd kes polis ni...mesti dorg dh dok separate kan...
xkan nk tadah body tu lg
Quote idadzira 4-7-2014 12:42 PM
adakah bini dia sudi menerima dia semula?.........
Quote lolali 4-7-2014 12:49 PM
tamparan lelaki says:
July 4, 2014 at 11:28 am
salah pukul isteri smpi camtu sekali lbh2 lg di khalayak ramai wlupun hati terlalu sakit dn marah masa tu, tp aku x sokong perempuan ni, padan muka lah jgk, byk gile duit tu lesap, bgtau x ape lg, snyp2 guna lak tu, jenis ibu dn bini ape mcm ni..dah la tu smpnan tu utk family&ank2 nanti…
x slp ada desas desus bini dia ni pun ada skandal..tiada bukti la..tp klu lah betul, kalau…mmg teruk lah dgn skandal dgn duit lesap..isk..aku pun boleh hangin sepuluh bdn camtu..itu bukan isteri, itu isteru


kopitampal from beautipulnara. hoho klu ye pun duit longsap mcm tu. jgn la bantai mcm bini tu jantan lak.
Quote schababe 4-7-2014 12:58 PM
selayaknya la khen..sorg kena bantai sorg kena penjara
Quote CrowneGlory 4-7-2014 01:07 PM
Satu kena terajang.. Cerai... Sepuluh lg betina yg dtg...
Quote Lavender_Violet 4-7-2014 01:15 PM
Salah seorang peguam yg mewakili Awie, abang iols...hehe..

Tapi iols bgtau kat abg iols tu tak payah nak defend sangat lah Awie tu, dia memang samseng!

Abg iols jawab "He's innocent until proven guilty"
Quote alinone78 4-7-2014 01:28 PM
Lavender_Violet posted on 4-7-2014 01:15 PM
Salah seorang peguam yg mewakili Awie, abang iols...hehe..

Tapi iols bgtau kat abg iols tu tak pa ...

Awie diwakili oleh penguam Azman Harun dan Aimi Zaizul Amran

-mana satu abg ko-
Quote alinone78 4-7-2014 01:29 PM
CrowneGlory posted on 4-7-2014 01:07 PM
Satu kena terajang.. Cerai... Sepuluh lg betina yg dtg...

Ada lagi k pompuan decent nak kat awie ni

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.158194 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top