CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Awie Terkilan Isteri 'Larikan' Anak Dari Sekolah

27-2-2015 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23143| Komen: 136

Awie Terkilan Isteri 'Larikan' Anak Dari Sekolah

Awie



KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie terkilan dengan tindakan isterinya, Rozana Misbun yang membawa lari dua anak mereka ketika kanak-kanak itu berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.

"Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah.

"Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.

"Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui pada sidang media pelancaran album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya dan Aplikasi Telefon Pintar 'Wings Mobile Web' di Istana Budaya di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Awie turut mempertikaikan tindakan Rozana yang tidak menghantar dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Puteri Qasseh Antasha, 5, ke sekolah sejak membawa lari mereka pada 9 Februari lalu.


3

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote changa=famri7 27-2-2015 12:42 AM
Kata Awie, pihak sekolah memaklumkan perkara itu kepadanya dan berharap wanita berkenaan akan kembali menghantar mereka ke sekolah demi kepentingan pelajaran mereka.

"Bawa mereka lari satu hal malah tidak hantar mereka ke sekolah. Saya membayar yuran mereka bukan untuk disia-siakan begitu sahaja dan berasa pelik dengan tindakan anehnya," jelas Awie.

Seorang lagi anak Awie, Putra Ahmad Merrah, 8, kini berada di bawah jagaannya termasuk dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Sementara itu, Awie berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah pada 24 Februari lalu berhubung penjagaan sementara anak-anaknya berikutan hak tersebut diperoleh Rozana.

Awie memberitahu keputusan kes berkenaan hanya akan diketahui pada Mei depan.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur memberi hak penjagaan sementara tiga anak Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

mStar Online
difahamkan langkah Rozana menjaga anak-anaknya itu adalah mematuhi peraturan undang-undang atas kebenaran mahkamah berbanding Awie yang hanya mendapat hak melawat mereka sahaja.
Quote munchkin 27-2-2015 01:10 AM
Edited by munchkin at 27-2-2015 01:17 AM

Tulah yg tak Gemar. Mak bapak masalah, anak anak dihalang berjumpa salah satu. Jangan libatkan anak anak boleh tak? Sama sama jaga. Sama sama boleh jumpa. Kesian anak anak tu. Harap selesai secara baik. Awie dan rozana jaga bersama. Yg lain tu selesai tanpa libatkan anak anak
Quote munchkin 27-2-2015 01:12 AM
rupanya rozana yg dapat penjagaan. Sapa hari tu kata awie kebal itu ini dia dapat hak Penjagaan. Aiyaa
Quote munchkin 27-2-2015 01:16 AM
Respek abang awie ni sebab dia gigih sangat pasal anak2. Jarang lihat laki sebegini
Quote LiveYourLife 27-2-2015 01:17 AM
kesian kat anak2....
kecik lagi.
Quote CrowneGlory 27-2-2015 01:54 AM
Sayang anak tu betul2 xper.. Jgn pulak gunakan dorg utk alat menyakitkn hati pasangan...
Quote kikiharris 27-2-2015 02:13 AM
Dendam yang tiada kesudahan..
Kesian anak2..
Quote mommymonster82 27-2-2015 02:21 AM
Kesian anak2..respek awie xlari dr tanggungjawab..tetap bela anak2 walau mcm2 org ngata dia..ganaslah kaki gaduhlah..
Quote moocoww 27-2-2015 03:45 AM
Kesian anak2 jadi mangsa..
Quote makton 27-2-2015 07:34 AM
kesian kat anak2....
Quote abas8888 27-2-2015 08:24 AM
dah tahu tak dapat hak penjagaan, teruslah hantar pada maknya utk diuruskan..awie ikut je lah keputusan mahkamah dgn hak melawat sahaja tu..apa susah bebenor...nafkah anak2 jgn lupa ya bang..
Quote marshmallow88 27-2-2015 08:38 AM
kesian anak2 jd mangsa keadaan
Quote nia_salina 27-2-2015 08:45 AM
aku rasa dia marah sbb dia tak sekolah kan bebudak tu.dah bawak lari lepas tu tak anta pg sekolah smpi cikgu tu tegur. respek awie ni bab anak2 dia jaga betul.elok la . tapi jangan pergunakan anak pulak untuk sakit kan ati bekas bini
Quote luvpierre 27-2-2015 09:26 AM
bukan hak penjagaan dpt kt rozana ke
apsal smpi nak kena kidnap2 anak plak?
Quote OsHiN_hOnEy 27-2-2015 09:38 AM
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.

"Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah


vocab orang tak sekolah tinggi mcm ni kot

dah hak penjagaan kat isteri - yg gatal takmo serahkan anak2 kenapa?

kenapa isteri pula kena datang rumah DIA nak tengok anak2 yg sepatutnya di bawah jagaan mak dorang?

gila si awie ni. ni bukan bapa yg baik but bapa yg penuh dgn dendam and it's not healty for the kids ok?
Quote melzal 27-2-2015 09:47 AM
Mmg respek kat awie yg pentingkn ank2....tetapi knape aku rasa awie ni mcm ada sedikit ego. Mungkin dia x nk keseorangan masa usia dia dah tua nnti
Quote tomet05 27-2-2015 09:49 AM
udah2 ler tuh .. jangan bangkitkan sangat
Quote nurun04 27-2-2015 09:52 AM

Satu sekolah dgn anak aku..disebabkan kes dorg nilah, parent tak boleh naik atas sekolah utk ambik anak2 klu demam or nak jmpa teacher n kawalan makin ketat..tanya kat guard tu sbb kes awie n isteri trus sekolah ketatkan peraturan..menyusahkan teacher n org lain..
Quote tapibukanaku 27-2-2015 10:20 AM
nurun04 replied at 27-2-2015 09:52 AM
Satu sekolah dgn anak aku..disebabkan kes dorg nilah, parent tak boleh naik atas sekolah utk ambik ...

sekolah adni ke ni?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.061123 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top