“Sangat lega” – itulah jawapan yang diberikan oleh Hana Adnan atau lebih dikenali sebagai Hana Elite sebaik sahaja kami bertanyakan perasaan dirinya apabila Mahkamah Sesyen Dan Majistret Selayang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Watie Elite kerana membuatkan selebriti itu jatuh bankrap. “Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama akan terjadi lagi,” jelas Hana kepada kami dalam Nada yang penuh kelegaan. Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut. Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish). “Ketika itu, saya pernah beritahu dia untuk trade in kereta tersebut (kerana tidak mampu bayar) dengan sebuah Toyota Camry. Malah jika dia trade in kereta tersebut, siap dapat cash RM2,000 lagi, cukup untuk dia baiki atau bayar workshop if kereta ada problem” “Saya banyak travel (menetap sekejap di Australia) ketika itu dan bila pulang, saya dapat tahu dia dah kahwin dan sudah ada Harrier. So saya pun anggap dah settle semua ini, mungkin dia sudah jual Wish dan beli Harrier,” jelas Hana sambil menjelaskan dia hanya tahu mengenai situasi bankrup tersebut apabila gagal melalui imigresen ketika mahu pergi ke Singapura. Selain itu, Hana juga memberitahu bahawa suami Watie (Joey) ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat. “Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman. Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini. “Kehidupan saya selagi masalah ini belum selesai dulu, buat apa pun tak jadi. Saya harap dia (Watie) pun jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran,” katanya kepada kami sebelum menutup bicara.
|
dalima replied at 13-3-2015 04:07 PM
Alhamdulillah. Lega Hana ni. Kesian, niat nak tlg kawan tp kwn lari dr tanggungjawab. Diri sendiri p ...
blinkazwa replied at 13-3-2015 04:10 PM
kan.. ingat dia nangis2 dekat Melodi..
Ingatkan setazah abby.. rupanya watie..
ubat_batok replied at 13-3-2015 04:13 PM
kann..bru tahu watie!
selama ni hana tutup mulut je.. btw aku perasan dalam elite, hana ni cun..
...
blinkazwa replied at 13-3-2015 04:10 PM
kan.. ingat dia nangis2 dekat Melodi..
Ingatkan setazah abby.. rupanya watie..
Qaqa^Kardasyen replied at 13-3-2015 04:30 PM
Duit takde tapi teringin nak pakai Wish... Choiii sangat
Kalo dah takde job tu pakai kancil sudah : ...
macamana ek perjanjian jual beli tu hana buat. maksud aku .. hana guna proof apa sampai boleh wati disabit salah. sbb kalau dah nama hana dlm dokumentasi ..
ADVERTISEMENT