Artikel : Loo Tung Seang Video : Loo Tung Seang & Firdausz
Merdeka! Merdeka! Merdeka!", itu adalah laungan keramat yang selalu kita dengar apabila setiap kali tibanya 31 Ogos. Namun jika sekadar melaungkan "merdeka" beberapa kali, adakah sudah cukup membuktikan kita memahami erti kemerdekaan yang sebenar? Jika hanya meletakkan bendera Malaysia di kereta, di rumah dan di mana-mana sahaja menjelang 31 Ogos, adakah situasi ini cukup membuktikan kita bersemangat patriotik? Justeru, dalam meniti detik kemerdekaan tanah air buat kali ke-58 pada tahun ini, menjadi suatu kewajiban untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga dengan kemerdekaan dan keamanan yang tidak ternilai harganya ini. Baru-baru ini, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berpendapat konteks sambutan di negara ini telah disempitkan dengan hanya mengibar Jalur Gemilang dan semangat sambutan masih hambar berbanding negara jiran. Sehubungan itu, Cari Infonet berkesempatan menjalankan tinjauan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dengan menanyakan 5 soalan berkaitan Hari Kemerdekaan untuk melihat sejauh mana pemahaman masyarakat negara ini tentang erti sebenar kemerdekaan. Antara soalan-soalan tersebut : 1) Tahun ini negara kita sambut Hari Kemerdekaan yang ke berapa? 2) Apa tema rasmi sambutan Hari Kemerdekaan untuk tahun ini? 3) Apa erti kemerdekaan buat anda? 4) Apa nama khas bendera Malaysia? 5) Siapa bapa kemerdekaan negara kita? 6) Sila nyanyikan lagu Negaraku? Mujurlah sepanjang tinjauan dilakukan, rata-rata warga kota sekurang-kurangnya mampu menjawab dua soalan serta penuh semangat menyanyikan lagu Negaraku di depan kamera. Jom kita saksikan gelagat mereka dalam usaha meraikan kemeriahan Hari Kemerdekaan. Selamat Hari Kemerdekaan dari kami warga CARI Infonet. Merdeka!Merdeka!Merdeka!. #SehatiSejiwa. - CARI Infonet. |
18
Bagus |
15
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
10
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT