CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dipatuk Ular Yang Digunakan Untuk Ugut Wanita Lakukan Seks

29-11-2018 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4259| Komen: 21

Seorang lelaki di China maut selepas dipatuk ular berbisa di dalam bilik air di sebuah bilik hotel.



Memetik Daily Mail, seorang wanita mendakwa lelaki terbabit mengugutnya dengan tiga ekor ular sekiranya enggan melakukan seks.

Menurut media tempatan, lelaki itu dipatuk ketika bermain dengan seekor daripada reptilia berkenaan di dalam tab mandi selepas mereka melakukan hubungan intim.

Difahamkan, lelaki yang diknenali sebagai Fan itu meninggal dunia beberapa jam selepas dipatuk pada Khamis lalu di sebuah hotel di Fuzhou di wilayah Jiangxi.




Media tempatan melaporkan, anggota bomba bergegas ke hotel berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai haiwan berbisa itu yang terlepas di tingkat satu hotel terbabit.

Anggota menangkap seeokor ular di dalam bilik berkenaan di mana Fan ditemui sudah meninggal dunia di atas katil dan seekor di dalam tab mandi, manakala seekor lagi ditemui di luar sebuah bilik yang tidak berpenghuni.



Mereka juga menemui guni di dalam bilik mangsa dipercayai digunakan untuk membawa reptilia berkenaan masuk ke dalam hotel.

Seekor daripada haiwan berbisa itu dikatakan salah satu ular paling berbisa di dunia yang sering ditemui di Asia Tenggara dan selatan China.

Mangsa disyaki mati akibat patukan ular selepas tiada kesan darah ditemui, sebaliknya mereka menemui kesan muntah di dalam bilik berkenaan.


Kredit foto: Asia Wire/Daily Mail

Sementara itu, pihak polis dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berkata, seorang wanita dikenali sebagai Xiao Hua mendakwa dia telah dirogol Fan yang membawanya ke hotel berkenaan sekitar jam 5 petang sehari sebelumnya.

Fan dikatakan dipatuk haiwan berbisa itu lebih kurang jam 10 malam, namun enggan mendapatkan rawatan atau menghubungi polis.

Xiao Hua kemudian meninggalkan hotel dan pulang ke rumahnya di daerah Chongren sebelum membuat laporan di balai polis bersama ibu bapanya.

Ketika polis tiba di hotel berkenaan kira-kira jam 3 pagi Jumaat, mereka mendapati Fan sudah meninggal dunia.

Difahamkan, Xiao Hua yang mendakwa dirogol tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dan polis kini sedang menyiasat dakwaannya itu. - CARI
6

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reeny 29-11-2018 12:01 PM
cash sangat.
Quote Kiah.comei 29-11-2018 12:05 PM
Ular makan tuan.. cash sangat sangat
Quote BungaCitra 29-11-2018 12:07 PM
haa,kan dh mendapat...
Quote Artemesiaa 29-11-2018 12:08 PM
Mendapat sudah
Quote vanillaninja 29-11-2018 12:25 PM
Difahamkan, Xiao Hua yang mendakwa dirogol tidak melakukan pemeriksaan kesihatan dan polis kini sedang menyiasat dakwaannya itu.


I nak tunggu hasil siasatan dulu before cash-kan si mati.
Quote Burong_Hantuk 29-11-2018 12:30 PM
karma!!!!!!!!
Quote lilacomot 29-11-2018 12:30 PM
cash...rasain loh
Quote meklalala 29-11-2018 12:34 PM
sesuatu sangat..
Quote ice_sky92 29-11-2018 12:43 PM
Ini la baru namanya cash....
Quote clarizsa 29-11-2018 12:51 PM
Haaaa padanlah muka
Jahat sangat
Perogol mmg patut mampus cmni
Quote Ethernet 29-11-2018 01:02 PM
sendiri ada ular ...nak ular apa lagi. bodoh
Quote raxief 29-11-2018 01:29 PM
nasib baik aku peminat kucing.. kucing2 rumah ni bnyk dh bunuh ular
Quote prettyuglybabe 29-11-2018 02:15 PM
macam bau ikan je..
Quote Atata 29-11-2018 02:20 PM
vanillaninja replied at 29-11-2018 12:25 PM
I nak tunggu hasil siasatan dulu before cash-kan si mati.

Kan.. Mcm fishy jah. Si mati tu mmg dah takleh nak cakap so
Quote Supersirap 29-11-2018 03:34 PM
kena beringat setiap perbuatan ada kesannya
Quote aHoi83 29-11-2018 03:42 PM
Dirogol tp ikut balik ke hotel. So ape beza je amoi ni dgn ciki2 wechat birah disini yg dok kuar umah senyap2 ikot jantan tgh2 mlm buta.
Quote dani-rox 29-11-2018 07:11 PM
kuat hati ai mengatakan jantan nih dibunuh. gigeh pulak bawak ular masuk hotel sekadar nak mengugut seseorg. tak main dah pakai pisau dan pistol
Quote newyork 29-11-2018 07:13 PM
Ular patuk ular. Haha
Quote mirandanicky1 30-11-2018 12:10 AM
Cash terus kt dunia. Lps myedap hah mendapat.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055439 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top