CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adakah Ini 4 Petanda Mulanya Kejatuhan Empayar Keluarga Kardashian?

24-12-2018 10:17 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8735| Komen: 27|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Sekiranya anda terdampar di sebuah pulau, anda sebenarnya boleh hidup beberapa lama dengan hanya produk jenama Kardshian-Jenner.

Selain siri realiti televisyen (TV), mereka sebanarnya ada banyak jenama lain termasuk produk kesihatan, makanan, mekap, stoking, tuala, pakaian, minyak wangi dan banyak lagi.



Kredit foto: The Hollywood Reporter

Sehingga kini, Kendall dan Kylie Jenner, Kim, Kourtney, Khloé, Kris dan Rob Kardshian mempunyai aset bernilai jutaan dolar. Apa sahaja produk yang mereka sentuh dan promosikan bakal laris kerana mereka mempunyai peminat golongan fanatik yang sanggup berbelanja besar untuk hidup seperti bintang realiti pujaan mereka ini.


Bagaimanapun, tahun 2018 nampaknya mula menunjukkan kejatuhan empayar Kardashian apabila sentuhan magik mereka seakan-akan hilang dengan kegagalan beberapa perniagaan mereka. Antaranya;

 
1. Aplikasi Kardashian-Jenner

 
Kredit foto: Pinterest

Dimulakan pada September 2015 dengan kerjasama Whalerock Industries, aplikasi Kardashian-Jenner ini menampilkan lima kandungan berbayar daripada keluarga itu berupa gambar-gambar, cerita peribadi, rekomendasi muzik, tip diet dan luahan perasaan mereka. Untuk langganan aplikasi tersebut, peminat perlu membayar ASD179.40 (RM750) setahun.

Bagaimanapun, bulan ini Kim Kardashian mengumumkan penamatan aplikasi tersebut mulai tahun 2019 berikutan kurangnya sambutan pelanggan.


2. Permainan Video ‘Kim Kardashian Hollywood’

 
Kredit foto: The Daily Beast

Pada mulanya, permainan digital yang membolehkan peminat ‘menjalani hidup glamour’ seperti Kim Kardashian ini mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Dibuat dengan kerjasama Glu Mobile pada 2014, mereka mengaut keuntungan lebih ASD43.4 juta (RM182 juta) dalam suku tahun pertama.

Bagaimanapun, sambutannya semakin menurun dan tahun ini permainan digital itu hanya mampu mendapat pulangan ASD8.1 juta (RM34 juta) dalam suku tahun pertama dan berdepan risiko untuk ditamatkan.


3. Siri ‘Keeping Up With the Kardashians’


Kredit foto: neirad.org

Penonton siri realiti popular tersebut jatuh menjunam pada tahun ini. Tayangan kemuncak musim ke 15 hanya menarik 851,000 penonton berbanding 1.3 juta pada tahun sebelumnya. Kejatuhan bilangan penonton sebanyak 37 peratus adalah prestasi paling buruk siri tersebut.

Nampaknya, walaupun siri realiti musim ini penuh dengan drama kehamilan tiga beradik Kardashian-Jenner dan kecurangan Tristan, nampaknya penonton sudah muak dengan kisah mereka sekeluarga. Lebih membimbangkan keluarga itu, inilah produk terbesar mereka selama ini.


4. Rangkaian Kedai ‘Dash’


Kredit foto: Complex

Awal April tahun ini, keluarga Kardashian mengumumkan penutupan rangkaian kedai fesyen mereka, Dash selepas 12 tahun beroperasi. Ini berikutan jualan yang tidak memberangsangkan dan keuntungan tidak setanding dengan sewa kedai yang mahal. Ramai berpendapat pakaian yang dipasarkan di kedai tersebut ketinggalan zaman.

Bagaimanapun, di sebalik kegagalan empat projek tersebut di tahun 2018, keluarga ini masih boleh berbangga dengan kejayaan jenama kosmetik Kylie, kerjaya model Kendall, kosmetik KKW Kim dan bayaran review lumayan di media sosial mereka.

Nampaknya Kardashian bakal berdepan cabaran sukar untuk terus relevan pada tahun 2019. - CARI
7

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 24-12-2018 10:54 AM
Maaf bertanya, y kanan sekali tu siapa ye

For academic purposes
Quote iloveyou 24-12-2018 11:14 AM
Victorioussss replied at 24-12-2018 10:54 AM
Maaf bertanya, y kanan sekali tu siapa ye

For academic purposes

kylie jenner uols
Quote besarkecik 24-12-2018 12:07 PM
Good news!
Quote besarkecik 24-12-2018 12:07 PM
Good news!
Quote weezerfan 24-12-2018 01:36 PM
Aku salah seorang peminat kuwtk dr 1st season lagi.. X pernah aku miss. Latest season 15 ni hauk sgt semenjak xde taring scott.. Aku rasa scott disick mainkan peranan besar utj rating2 sblm ni. Nak2 tiap episod asiklah dok promo charity work depa. Harlow... Org nk tgk drama bukan charity. So aku tgk takat 4-5 episode jah
Quote nurelle 24-12-2018 05:05 PM
mungkin makcik jenner kena create another publicity kot..

example...dia pulak tukar jadi lelaki..untung2 boleh up kan rating KUWK taun depan......



Quote CiliPadiSedap 24-12-2018 07:10 PM
Victorioussss: Maaf bertanya, y kanan sekali tu siapa yeFor academic purposes

Sejak bila sis buat thesis kim kardashian? Kaka buat thesis family handbag atas kepala..kejap je siap dapat bahan kat board gossip
Quote armin 25-12-2018 09:00 AM
weezerfan replied at 24-12-2018 01:36 PM
Aku salah seorang peminat kuwtk dr 1st season lagi.. X pernah aku miss. Latest season 15 ni hauk sgt ...

Season 15 mmg hambar. Lagi satu sebab i bosan dgn kebodohan masing2. Dpt laki curang macam Tristan tp nk jugak stay pdahal kau cantik berduit why tak cari someone better. Nk jugak hadap mamat tu. And mostly semua lelaki dorg trash lah. Iols dah la anti biawak hidup dgn kaki curang ni. Tyga dulu, black chyna, semua sampah. Carila yg berjenis sikit. Scott tu dr season 1 perangai hampeh tp iols tgk jgkla mcm mana deyols satu family tahan je dgn scott ni. Entah apa kerja dia sepanjang season 1-15 pun tak tau.
Quote ikinbest 25-12-2018 09:24 AM
armin replied at 25-12-2018 09:00 AM
Season 15 mmg hambar. Lagi satu sebab i bosan dgn kebodohan masing2. Dpt laki curang macam Tristan ...

Chuols... yg sampah yg x guna tulah dorang guna utk build karakter n drama... barulah mencanak rating...
Quote weezerfan 25-12-2018 10:18 AM
armin replied at 25-12-2018 09:00 AM
Season 15 mmg hambar. Lagi satu sebab i bosan dgn kebodohan masing2. Dpt laki curang macam Tristan ...

Walau scott tu biawak tp adalah sumbangan dia utk show to. Khloe tu yg aku paling x bleh hadam. Dulu masa kourtney prob ngan scott kemain dia dok hasut soh tinggalkan scott. Sekali kena batang hidung sendiri jd minah bodo je. Aku paling nyampah ngan tristan tu. Xsedar diri.
Quote gigahertz 25-12-2018 11:43 AM
awak tu dah tua dah. kalau awak dah 20 tahun dalam industrie . peminat awak pun 20 tahun dalam industri. peminat sama ikut tua macm awak. yang dah tua tua ni sibuk dengan keluarga & anak takde main main fashion macam dulu2. so nak tak nak kardishian ni kena pikir cara utk attract orang muda utk pakai product diorang.

Biznes macam kardishian ni diorang nak orang muda 2018 follow style mereka. macam aku cakap tadi. mereka sudah tua.. {:sing
Quote armin 25-12-2018 01:28 PM
weezerfan replied at 25-12-2018 10:18 AM
Walau scott tu biawak tp adalah sumbangan dia utk show to. Khloe tu yg aku paling x bleh hadam. Du ...

Tp scott tu mmg i anti. Dr first season dia jenis curang buat hal. Tp lama2 dia ok sikit sbb show tu dah start famous sampaila dia buat hal balik. Time tristan i dah tak layan sgt tp keluar gosip2 kan. Maybe khloe pikir sbb anak kot tp sape suruh sheols pun rampas tristan dulu. Kan dah kena blk
Quote mrsLucky 25-12-2018 06:07 PM
Dulu I minat sekarang dah bosan...
Quote MarissaMiller88 25-12-2018 09:59 PM
nurelle replied at 24-12-2018 05:05 PM
mungkin makcik jenner kena create another publicity kot..

example...dia pulak tukar jadi lelaki.. ...

siot tauuu...tersembur sunflower seed dr molot ku bila bca komen ni..
Quote annehuda 26-12-2018 08:19 AM
weezerfan replied at 24-12-2018 01:36 PM
Aku salah seorang peminat kuwtk dr 1st season lagi.. X pernah aku miss. Latest season 15 ni hauk sgt ...

samela
masa season awal2 dulu aku suka layan jugak sbb diorg ni a family yg walaupun suka mencarut tp diorg ni kelakar dan suka mengusik
skrang ni aku tgk masing2 dah gigih kontrol ayu je
muka masing2 pun dah mcm plastik
walaupun dh makin cantik tp personaliti diorg makin hambar
Quote lasagna 26-12-2018 03:07 PM
Edited by lasagna at 26-12-2018 03:08 PM

aku pun dh bosan dgn series ni.. mkin lama mkin sendu.
scott disick tu rsenya businessman kalau ikot pd series ni laa tp worst part dia ni womenizer. Nampak useless dia ni tp dia ni untuk 2018 jer net worth USD15Million.. pelik aku.

Quote nurelle 26-12-2018 04:09 PM
Edited by nurelle at 26-12-2018 04:10 PM
MarissaMiller88 replied at 25-12-2018 09:59 PM
siot tauuu...tersembur sunflower seed dr molot ku bila bca komen ni..
harap2 makcik jenner baca lah suggestion iols ni...



Quote unoryah 26-12-2018 04:37 PM
empayar tumbang pun
duit dah kepuk2 di bank
Quote MarissaMiller88 26-12-2018 08:23 PM
nnt anak2 dorg lg buat series "keepin up with the kousins"..

sabo je la kite ni...

tp dr series dorg juga mengajar aku collect bangle cartier emas..sbb dorg asyik pakai tu je kan..baru nak appreciate emas..bila mak nenek aku ajar aku suru beli emas aku x ikut pula..ambil leceh je..hehehe

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.048087 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top