CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Ngeri Saat Tsunami Krakatoa Menghempas Pentas Pertunjukan Band Seventeen

24-12-2018 09:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9579| Komen: 41|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Tular sebuah video yang merakamkan kumpulan Seventeen dan peminat yang sedang menyaksikan pertunjukan mereka ketika tsunami Krakatoa menghempas pantai Indonesia, menyebabkan 222 kematian setakat ini.
Tular sebuah video yang merakamkan kumpulan Seventeen dan peminat yang sedang menyaksikan pertunjukan mereka ketika tsunami Krakatoa menghempas pantai Indonesia, menyebabkan 222 kematian setakat ini.



Kredit foto: TribunStyle

Video mengerikan itu menunjukkan momen ombak gergasi menghempas pentas pertunjukan ketika band Seventeen sedang membuat persembahan di pantai Tanjung Lesung, Sabtu lalu. 

Ketika kumpulan itu masih menyanyi, tiba-tiba ombak besar muncul dari belakang dan menghanyutkan semua anggota kumpulan band dan peminatnya. Kedengaran juga jeritan orang ramai yang cuba menyelamatkan diri masing-masing.

 

Kredit foto: Mirror


Sehingga kini, pihak berkuasa melaporkan 222 kematian kebanyakannya berlaku di sepanjang pantai Selat Sunda. Lebih 840 lagi dilaporkan cedera, lapor Agensi Mitigasi Bencana. 

Pemain gitar bass kumpulan Seventeen, Bani dan pengurus mereka, Oki antara yang terkorban.


Kredit foto: Mirror

Di Instagram kumpulannya, penyanyi Riefian Fajarsyah atau Ifan mengumumkan kematian Bani dan Oki. Isteri Ifan, pelakon Dylan Sahara dan beberapa lagi kru mereka antara yang masih hilang.


 

Tsunami kali ini dipercayai berpunca dari runtuhan tanah di bawah laut disebabkan letupan gunung berapi Krakatoa. Selat Sunda terletak di antara pulau Jawa dan Sumatra yang menyambungkan Laut Jawa kepada Lautan India.

Sehingga kini, dilaporkan ratusan lagi masih hilang dan angka kematian dijangka akan bertambah. - CARI
12

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sasakim 24-12-2018 09:58 AM
takziah pada semua mangsa
Quote shernazz 24-12-2018 10:04 AM
Ngeri tgk smalam
Kelam kelibut semua nak selamatkan diri
Moga yang hilang tu dpt ditemukan
Quote noraidil_06 24-12-2018 10:07 AM
Takziah.
Nampak di ig about this
Quote Nana_Man 24-12-2018 10:13 AM
Nmpk kat fb smlm...ade budak2 jgk kat function tu.
Quote minguk 24-12-2018 10:17 AM
takziah... takutnya ombak dia
Quote haryatie 24-12-2018 10:32 AM
takziah..
seram nya tengok
Quote chauky314 24-12-2018 10:38 AM
takziah......
Quote mawar_mustika 24-12-2018 03:23 PM
tgk ig die sedih sgt...dia sorang2 je...harap2 jumpalah isteri & kwn dia tu
Quote afie_m 24-12-2018 03:31 PM
takziah...tumpang sedih
Quote inspektoremos21 24-12-2018 04:07 PM
Sekarang tinggal wife Ifan & pemain drum je kan yg tak jumpa lagi. Tapi dkt wikipedia Seventeen dah letak almarhum dah pemain drum nya Iols konfius yach Apa pun takziah. Mesti Ifan ni trauma je lepas ni
Quote nadihazza 24-12-2018 05:37 PM
takziah..dan al fatihah
Quote monreyes 24-12-2018 05:43 PM
konsert tu utk family day kan...
mesti ramai budak2...
Quote huehue 24-12-2018 05:44 PM
I jadi sedih ya tengok ifan seventeen ni (altho i pernah dgr seventeen je tapi tak kenal pun siapa ahli). Stage membelakangkan pantai, dgn waktu malam lagi. Memang tak nampak apa. Must be traumatic for him, dan juga mangsa mangsa yg lain.

I nampak artikel yg the last missing member  tu dah disahkan meninggal.


Quote jargon 24-12-2018 09:15 PM
Dah viral tuan abdul khalid kata nnti feb 2019 gelap 17 hari,petanda kiamat bln mac..ramai yg share dah..followers semua percaya..sbb petanda dr kumpulan seventeen ni lah..aku pon x geti nk explain,korang g jengah sndri fb abdul khalid abdul aziz tu..ramai yg dah insaf sana tu...
Quote shahadah00 24-12-2018 10:00 PM
Baru tgk IG Ifan ni..kabarnya isteri beliau juga ditemukan meninggal dunia.. Allahu besarnya dugaan..
Quote Syd 24-12-2018 10:03 PM
Tiga sudah tiada.
Quote pu3_rania 24-12-2018 10:39 PM
Edited by pu3_rania at 24-12-2018 11:01 PM

Baru balik bercuti dari Padang/ Bukittinggi dan semasa bercuti di sana ada terbaca article di dlm akhbar di sana  menceritakan seolah-olah lagu 'Kemarin' dari band Seventeen benar2 telah terjadil kpd anggota band ni
Bila aku hayati lirik ni ada kesamaan dgn article tersebut
Aku dah jadi suka sgt dgn lagu 'Kemarin' ni  
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh anggota2 band Seventeen serta Manager band ni iaitu Oki Wijaya, isteri Ifan iaitu Dayla Sahara dan mangsa2 korban yg lainnya. Aamiin
Quote pu3_rania 24-12-2018 11:02 PM
jargon replied at 24-12-2018 09:15 PM
Dah viral tuan abdul khalid kata nnti feb 2019 gelap 17 hari,petanda kiamat bln mac..ramai yg share  ...

Siapa Tuan Abdul Khalid ni?
Quote scorpionkiki 24-12-2018 11:09 PM
jargon replied at 24-12-2018 09:15 PM
Dah viral tuan abdul khalid kata nnti feb 2019 gelap 17 hari,petanda kiamat bln mac..ramai yg share  ...

Blh bg link tak? Td i cari tak jumpa

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062480 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top