CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Sampai Lompat Parti Jadi Trend" - Bung Mokhtar

21-12-2018 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2018| Komen: 4

Description: "Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta in ...
"Kita ingin melihat wakil rakyat benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat, kawasan dan negara. Sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Harapan merealisasikan hasrat rakyat dengan membawa akta ini ke Dewan Rakyat."


Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang anti-lompat parti susulan tindakan wakil rakyat melompat parti beramai-ramai, lapor BERNAMA.


Kredit foto: The Sun Daily

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, tindakan berkenaan disifatkan mengelirukan rakyat yang memilih mereka. Maka, langkah mewujudkan akta berkenaan perlu diwujudkan bagi mengekalkan integriti dan moral wakil rakyat yang dipilih.


"Jika tidak, perbuatan lompat parti ini menjadi trend, seolah-olah mereka yang kalah pada pilihan raya boleh menyertai parti yang menang, seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain," katanya.

Bung yang baru dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata, beliau akan setia bersama parti itu dalam usaha mengukuhkan kembali UMNO dengan nafas baharu.

Cadangan yang diutarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh itu turut mendapat sokongan Senator Datuk Lee Tian Sing turut menggesa kerajaan agar menggubal akta berkenaan.

Prof Madya Dr Faisal S. Hazis, Ketua Pusat Pengajian Asia Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu keluar parti beramai-ramai adalah normal dalam proses peralihan kuasa.

Walaupun akta anti-lompat parti diperlukan bagi mendisplinkan ahli politik, namun ia perlu mengambil kira Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. - CARI
18

Bagus
22

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
23

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 21-12-2018 12:38 PM
Dah mcm Son Goku versi aging
Quote CiliPadiSedap 21-12-2018 02:05 PM
Atata replied at 21-12-2018 12:38 PM
Dah mcm Son Goku versi aging

son goku kt muka tiada lemak badan berotot, ni versi goku bawah ketiak bini
Quote Simunggu 21-12-2018 03:16 PM
semua MP kena offer masuk oleh Tun....kasian pula aku tengok Bung ni...tun tak offer kah???
Quote orgsepang 21-12-2018 03:20 PM
Akak lebih suka kalau bung ni yang berhenti dari jadi wakil rakyat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047193 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top