CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Sah Digugur Daripada Watak Captain Jack Sparrow Selepas 14 Tahun

24-12-2018 11:08 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10677| Komen: 39|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Nampaknya, lakonan Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow kini berakhir berikutan pengumuman rasmi Studio Disney bahawa nama pelakon itu telah digugurkan dalam siri filem terbaru Pirates of the Caribbean.



Kredit foto: GeekTyrant

Pengarah Produksi Studio Disney, Sean Bailey mengumumkan pengguguran Johnny Depp ketika ditanya wartawan sama ada siri itu boleh bertahan tanpa Depp. 

Memberitahu Hollywood Reporter, Bailey berkata, "Kami mahu membawa tenaga dan kualiti baru ke dalam watak Captain Jack Sparrow. Penulis skrip filem baru ini, Paul Wernick dan Rhett Reese ditugaskan untuk mencipta karakter yang lebih menarik."

 
Kredit foto: Spy.co.nz


Sebelum pengesahan ini, khabar angin pengguguran Depp bertebaran sejak Oktober lepas ketika penulis skrip asal Stuart Beattie memberitahu pemberita bahawa hayat Johnny Depp sebagai Captain Jack Sparrow sudah sampai ke kemuncaknya.

 
Kredit foto: The Mirror

Johnny Depp telah melakonkan watak Sparrow dalam lima siri filem tersebut selama 14 tahun dengan jumlah kutipan box-office melebihi ASD4.5 juta, iaitu pungutan ranking ke 12 tertinggi sepanjang masa bagi filem kategori bersiri. 

Filem terakhir Depp sebagai Sparrow adalah Dead Men Tell No Tales arahan Joachim Ronning yang ditayangkan pada tahun 2015.

 
Kredit foto: The Wrap

Bisik-bisik di kalangan penggiat filem mengatakan imej Johnny Depp kini tercalar susulan kes keganasan domestik dengan bekas isterinya, Amber Heard pada 2016. 

Kemunculan Depp dalam filem The Crimes of Grindelwald mendapat publisiti negatif yang meluas dan Disney ragu-ragu imej negatif Depp ini akan terpalit kepada studio itu pula. Depp menafikan semua tuduhan mendera bekas isterinya itu.

Persoalannya, siapakah aktor yang layak untuk memegang watak Captain Jack Sparrow yang sudah sinonim dengan Johnny Depp? - CARI
16

Bagus
23

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 24-12-2018 12:42 PM
Xtau plak rupanya ada kes dom abuse pak depp ni. Huhu... Tp x mustahil dia ni ada masalah anger management. Dulu masalah sex addiction. Segala yg ekstrim saja... Tapi lakonan dia mmg tip top
Quote missinpiece 24-12-2018 12:44 PM
Mcm x kena je kalo beliyau tader..
Quote Gumball 24-12-2018 12:56 PM
WHAT..??!

apalah ertinya filem  Pirates of the Caribbean kalau Johnny Depp as a Captain Sparrow takdak..
Hilang seri..
Quote kroit92 24-12-2018 01:11 PM
honestly, movie pirate ni best dengan pengarah lama diorang je bagi aku, yang 1 - 2 - 3, hero & heroine Will Turner dengan Elizabeth Swann..

lepas tu, movie 4 dengan movie 5, teruk habis lakonan Johnny Depp dalam last 2 movies pun memang, jauh ke laut quality nya. instead of nampak Captain Jack Sparrow dalam movie tu, dalam dunia Pirates of The Caribbean,
nampak Johnny Depp yang goyang-goyang jadi Jack Sparrow. mane ntah pergi soul Jack Sparrow..
Quote ikanmasin 24-12-2018 01:43 PM
takde maknanye kalau johhny deep diganti dgn org lain..
Quote kumang 24-12-2018 07:34 PM
Omg!!...nonononono!...even though johnny dep ada kes skalipun dia tetap legend for pirate of the caribbean...only him can be the captain jack sparrow..klau diorg ambik org lain akan hilang seri movie tu nanti..n org akan sntiasa compare dia dgn johnny dep
Quote dauswq 24-12-2018 09:12 PM
wtk ni juga dia tercalon oscar pertama kali.
Quote alesandra 24-12-2018 09:48 PM
syukurlah. takyah la aku ngabehkan boreh nengok menda alah ni lagi dahh.tgk pun sbb abam joni jah.
Quote pisangbanana 24-12-2018 11:05 PM
ex wife jonny ni bi kan??
Quote Sang_Pencinta 25-12-2018 11:30 AM
Steve Tyler penyanyi Aerosmith tu boleh kot ganti watak Capt Sparrow
Quote Sang_Pencinta 25-12-2018 11:30 AM
Atau Antonio Banderas
Quote wikedsaikel 25-12-2018 03:25 PM
Sang_Pencinta replied at 25-12-2018 11:30 AM
Steve Tyler penyanyi Aerosmith tu boleh kot ganti watak Capt Sparrow

Kau bubuh atuk tu nanti ada budak kecik yang nightmare malam malam.
Depp ni dengan budak pon dia ada appealing value.
Atuk tu jadi roh bergentayangan boleh la
Quote helicornia 25-12-2018 04:29 PM
jgn kau berani nk tukar watak capt sparrow dgn org lain
Quote Orix 25-12-2018 09:39 PM
kroit92 replied at 24-12-2018 01:11 PM
honestly, movie pirate ni best dengan pengarah lama diorang je bagi aku, yang 1 - 2 - 3, hero & hero ...

Setuju sgatt.... yg ke 4 n 5 tu mcm takde impak sgat pun....
Quote makbedah 26-12-2018 04:12 AM
Dia ni memang Ada masalah Baran n minum kan? Masa si amber tu gigih nak minta cerai tak dikasinya last2 rekod si Jantan ni marah2 time mabuk n she claims ada kena pukul kan? Tup tup kes itu tergNtung means john tak iyakan or said no Amber dapat juga cerai. Since than ramai predict john Akan jatuh popularity dia.
Quote makbedah 26-12-2018 04:12 AM
Dia ni memang Ada masalah Baran n minum kan? Masa si amber tu gigih nak minta cerai tak dikasinya last2 rekod si Jantan ni marah2 time mabuk n she claims ada kena pukul kan? Tup tup kes itu tergNtung means john tak iyakan or said no Amber dapat juga cerai. Since than ramai predict john Akan jatuh popularity dia.
Quote mrs_salvatore 26-12-2018 02:29 PM
makbedah replied at 26-12-2018 04:12 AM
Dia ni memang Ada masalah Baran n minum kan? Masa si amber tu gigih nak minta cerai tak dikasinya la ...

amber dpt bayaran ganti rugi juta2 jugak
tp die sedekah je bayaran ganti rugi tu kt ngo sbb taknak org ckp die gold digger
johnny depp tak pernah kawen tau
dgn vanessa paradis dpt anak 2 org tu pun heols tak kawen

Quote makbedah 26-12-2018 02:52 PM
mrs_salvatore replied at 26-12-2018 02:29 PM
amber dpt bayaran ganti rugi juta2 jugak
tp die sedekah je bayaran ganti rugi tu kt ngo sbb takna ...

Aah true pernah dgr juga. Anak john ni yang duduk France pun pelakon juga. Entah lah , rumours ckp yang john ni susah juga nak move on dari amber but exes dia semua lawa2.
Quote lasagna 26-12-2018 02:57 PM
alaa bg jer watak ni kat dato peace yo kita AC Mizal..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047897 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top