CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wani Kayrie Diancam 45 Akaun Pedofilia, Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

13-5-2019 02:04 PM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5314| Komen: 18|Original author: Oleh: top5complete

FOTO MSTAR

Inilah di antara sebab kenapa kita sebagai ibu bapa tidak harus sewenang-wenangnya mempamerkan gambar anak-anak di laman sosial.

Terbaru, mStar Online melaporkan, Wani Kayrie terkejut dengan tindakan individu yang menggunakan nama dan gambarnya untuk menjalankan aktiviti gangguan seksual di facebook.

"Saya tidak menyedari perkara itu sehinggalah rakan terdekat memaklumkan kepada saya. Mereka tanya betul ke saya buat dekat Facebook sedangkan saya sudah lama tidak menggunakannya.

''Mereka menggunakan nama Syazwani Sapari, sedangkan itu adalah nama komersial saya selepas menyertai program realiti 'Kamilah Bintang," katanya kepada mStar Online.



Wani dan peguamnya kini sedang berusaha mengumpul bukti bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih dari 45 akaun pedofillia yang telah menggunakan gambar dan nama beliau untuk melakukan gangguan seksual dan meninggalkan komen lucah pada foto kanak-kanak lain di Facebook.

"Saya tidak tahu mengenai kewujudan kesemua 45 akaun palsu itu yang menggunakan nama dan gambar saya ketika berusia 10 tahun. Yang paling membimbangkan adalah kebanyakkan akaun tersebut masih aktif sehingga sekarang," tambahnya lagi.


FOTO MSTAR

Perbuatan itu disedari oleh seorang lelaki yang kemudian mendedahkan perbuatan terkutuk itu dalam suatu posting di Facebook. Wani yang mengetahui perkara tersebut kini dilanda trauma dan sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya di Universiti.

"Sampaikan kawan-kawan kolej saya sudah ramai yang tahu dan perkara ini sangat menggangu pengajian saya di kolej," katanya
Sekali lagi penulis ingatkan, berhati-hati ketika memuat naik gambar di laman sosial kerana pelbagai jenis manusia yang 'bernafsu gila' bekeliaran di luar sana. - CARI

4

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 13-5-2019 02:10 PM
laaa yeke. aku memang ada baca orang share kat fb pasal pedo ni. tak sangka pulak nama sebenar si wanie kayrie.
pelik gak pedo perempuan, biasanya jantan tak guna.


Quote LipasComel 13-5-2019 02:13 PM
pikir2 balik creepy nyaa...kita igt org perempuan yg komenkan, tp disebalik tu, tah siapa la agaknyaaa..

peringatan la jugak dkt parents, jgn seronok sgt upload gmba anak2 kecik dkt socmed. lagi2 yg contest post gmbar anak tu. aii...mengundang sangat. manusia sekarang ni dah la pelik2. dengan kanak2 pun bernafsu
Quote lattehazelnut 13-5-2019 02:15 PM
Parit.Hilton replied at 13-5-2019 02:10 PM
laaa yeke. aku memang ada baca orang share kat fb pasal pedo ni. tak sangka pulak nama sebenar si wa ...

I rasa lelaki yang create acc tu guna nama wani tu.. sbb nanti mangsa tu ingat budak perempuan lain yang nak kawan..
Tinggal komen —> add kat wsapp —> tanye soalan lucah
Modus operandi biasa klau tgk citer polis omputih..
Quote missBlackDahlia 13-5-2019 02:35 PM
oh nampak jugak orang dok share kat fb.. nama & gambo dia rupanya... kesiann
Quote makton 13-5-2019 02:41 PM
lain plak aku tgk muka dia gambar atas dgn bawah tu
Quote beatgirlX 13-5-2019 02:42 PM
Dia ni penyanyi ke pelakon?
Quote whadda 13-5-2019 02:51 PM
aku pon perasan  hari tu.. bile tekan akaun tu keluar muka si wani kayri ni.. berderet pulak tu
Quote kucingitam 13-5-2019 03:48 PM
tak kenal sapa wany kayrie, tapiiols dah blok sesiap setiap nama syazwani sapari kat fb
Quote speckygirl63 13-5-2019 04:25 PM
Aku ade akaun y dah deactive. Tibe2 ade balik. Mmg kne cpt2 tukar password pastu deactive balik. Dan kne pantau selagi x habis due sblm ditamatkan akaun tu. Serammm
Quote minah_selekeh 13-5-2019 07:39 PM
speckygirl63 replied at 13-5-2019 04:25 PM
Aku ade akaun y dah deactive. Tibe2 ade balik. Mmg kne cpt2 tukar password pastu deactive balik. Dan ...

Serious la?! Aku pun dah deactivate Facebook lama dah.. Tak tau apa jadi kat akaun tu..
Quote speckygirl63 13-5-2019 08:09 PM
minah_selekeh replied at 13-5-2019 07:39 PM
Serious la?! Aku pun dah deactivate Facebook lama dah.. Tak tau apa jadi kat akaun tu..

Yess.. Siapjual rayban bagai fb aku y lame tu. Takot2 je dia gune untuk tak elok. Aku pantau guna fb baru. Dah kne delete akaun bru lega sikit.
Quote September14 13-5-2019 08:23 PM
Bahaya nya tkutkn org guna nma kita sebar bnda yg bukan2
Quote sleepandream 13-5-2019 08:23 PM
ada lagi ke orang pakai fb?
Quote umbut 13-5-2019 08:29 PM
minah_selekeh replied at 13-5-2019 07:39 PM
Serious la?! Aku pun dah deactivate Facebook lama dah.. Tak tau apa jadi kat akaun tu..

Kena close.. ada guideline.. aku dah lama close.. bkn deavtivate
Quote sukacactus 13-5-2019 09:51 PM
Bagus la dia ambik tindakan
Ini bunkan benda main2
Quote namieamuro 13-5-2019 09:56 PM
euwww siap tanye size seluar budak..paedo mental hanat..
Quote babyorange 14-5-2019 12:16 AM
umbut replied at 13-5-2019 08:29 PM
Kena close.. ada guideline.. aku dah lama close.. bkn deavtivate

Mcm mane nk close tros?
Quote Bee_hwa 19-5-2019 06:45 PM
babyorange replied at 14-5-2019 12:16 AM
Mcm mane nk close tros?

Haah i pun nk tnye mcm mane nak close terus?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052280 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top