CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Keliru Dengan Beza Halal VS 'Serve No Pork'?

21-6-2019 10:49 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6963| Komen: 38|Original author: Oleh: natrahn


Apa beza “halal” dan “Serve No Pork”? Adakah jika tiada penyediaan makanan berasaskan babi itu, maka boleh makan di situ dengan yakin tanpa was-was? Sebenarnya, inilah isunya. Kadang-kadang bukan muslim atau muslim sendiri masih kurang faham konsep halal.

Allyssia Affandi menerusi hantaran Facebook menjelaskan bahawa istilah 'Serve No Pork' tidak melabelkan sesebuah restoran itu halal berikutan ramainya orang beragama Islam makan dan minum di restoran-restoran berkenaan. 




Beliau sendiri sebelum memeluk Islam pernah bekerja di restoran yang pemiliknya bukan muslim. Menurut beliau, restoran itu memang tidak menjual daging khinzir, tetapi sekali sekala mereka menggoreng daging khinzir menggunakan minyak dan peralatan sama yang turut digunakan untuk memasak makanan lain. Menurutnya lagi, ayam dan daging yang digunakan juga turut tidak disembelih.

Allysia turut berkongsi pengalaman bekerja di tempat lain di mana pemilik restoran berkenaan mengambil pekerja Indonesia beragama Islam. Walaupun pemilik restoran tidak membenarkan pekerja terbabit memakan daging khinzir, tapi makanan lain masih terpaksa dimasak menggunakan peralatan yang digunakan memasak daging khinzir.

Beliau meminta semua muslim memastikan restoran yang ingin dikunjungi ada logo halal JAKIM sebelum makan disitu. Ini kerana beliau pernah makan sup top yam di sebuah restoran yang viral bersama keluarganya. Sup tersebut rasa sup khinzir dan bukan sup asli, lalu beliau terus bayar dan keluar dari restoran itu. Beliau yakin rasa sup itu adalah sup yang mengandungi khinzir kerana beliau adalah seorang bukan muslim selama 18 tahun, katanya.

Beliau berharap perkongsian ini membuka mata muslim supaya lebih berhati-hati dan rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Allysia atas perkongsian artikel tersebut.




Netizen yang bukan muslim turut berkongsi pendapat mengenai hal itu.



Semoga umat Islam lebih peka akan perkara ini di masa akan datang. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iwansa 21-6-2019 11:00 AM
pork free = babi percuma hahah
Quote helicornia 21-6-2019 12:08 PM
kalau takde babi pun ayam lembu tu sembelih ke?
Quote EvieWanKenobi 21-6-2019 02:02 PM
memang ramai yang keliru..
Quote darls 21-6-2019 02:12 PM
reason why i tak join company trip to Beijing, sbb tgk itinerary pergi pork free resto aje...
Quote ninjago 21-6-2019 02:24 PM
hmm..  kat malaysia & indon, macam ramai je muslim yg jenis tak amik pusing sgt makan kt tempat yg katanya sijil halal otw / serve no pork nie..

cth. xing fu tang bubble tea tu pun rupanya lom halal lagi.. tapi kalau tgk queue, rata2 muslim gi beratur nak membeli. caner tu? semalam kt office ada chinese staff  tanya sbb nmpk ada budak malay minum xing fu tang. dia terkejut sbb dia cakap tu non halal. bdk tu cakap, alah drinks je pun and berlalu pergi. pastu the chinese staff ckap, confirm ke yg bubbles tu  halal sbb kalau dia import bubbles dari taiwan maybe pakai pork gelatin.

ahhaha.. speechless non muslims lagi concern and particular pasal HALAL dari muslim sendiri.
Quote CikB 21-6-2019 02:31 PM
kena lebih hati2
Quote Zeatyisaac 21-6-2019 02:36 PM
TQ for the explanation. I pernah pergi restoren cenggini. Cuma I tak berani nak order sebab I nampak ada anjing kat dapur. I keluar pergi restoren lain.
Quote natrahn 21-6-2019 03:11 PM
ninjago replied at 21-6-2019 02:24 PM
hmm..  kat malaysia & indon, macam ramai je muslim yg jenis tak amik pusing sgt makan kt tempat yg k ...

ye ke..sib baik tak penah nak minum...tapi yang tea live tu halal jakim ada dah ka?
Quote ichaliza 21-6-2019 03:16 PM
hati-hati..mencari yang halal tu wajib
Quote cyber_mania 21-6-2019 05:05 PM
Lately banyak Korean restaurants bkk kat malls baru. Duduk kt Malaysia + zaman ni nk cari yg halal bukan susah sgt. Search je la JAKIM halal directory.
Klau xde dlm listing tu, xyah la gi kedai tu makan.

Klau gi travel abroad, tu citer lain la
Quote annehuda 21-6-2019 05:39 PM
plg selamat kalu pegi je restoran vegetarian cina. yg tu mmg strict. sbb dlm ajaran diorg, kuali periuk segala perkakasan memasak tu mmg takleh kene daging langsung
Quote peachnfamous 22-6-2019 12:12 AM
Edited by peachnfamous at 22-6-2019 12:19 AM
natrahn replied at 21-6-2019 03:11 PM
ye ke..sib baik tak penah nak minum...tapi yang tea live tu halal jakim ada dah ka?


tgk sini sis. tp peach tak pasti halal nya utk premis tertentu atau semua premis under supplier yg sama. boleh godek lg menu tepi tu (premis, produk etc.) utk lebih pasti.

http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=ZGlyZWN0b3J5L2luZGV4X2RpcmVjdG9yeTs7Ozs=&negeri=&category=&cari=Tealive
Quote miu84 22-6-2019 12:43 AM
Menggelupor hurkeh muslims modern kalau tak dapat minum/makan benda yang viral tapi kedai nya hanya tulis pork free
Quote Lengkong 22-6-2019 07:40 AM
cyber_mania replied at 21-6-2019 05:05 PM
Lately banyak Korean restaurants bkk kat malls baru. Duduk kt Malaysia + zaman ni nk cari yg halal b ...

Setuju..search list halal Jakim paling senang nak refer
Quote matryoshka 22-6-2019 08:39 AM
Konsep urban yg diguna pakai zaman la..... Halal haram tolak tepi dlu
Quote bezita60 22-6-2019 11:18 AM
Pork free tapi byk benda lain yg boleh jadikan tidak halal utk masuk ke kedai tu wahai muslim.
1. Arak dan seumpamamya yg haram diminum
2. Gelatin (dr haiwan sembelih cara Islam atau tak?)
3. Keju (dr rennet atau mikrob?)
4. Ayam, kambing lembu, disembelih cara Islam atau tak.
5. minyak atau lemak menggoreng...dr sumber halal atau tak?


Quote bezita60 22-6-2019 11:19 AM
annehuda replied at 21-6-2019 05:39 PM
plg selamat kalu pegi je restoran vegetarian cina. yg tu mmg strict. sbb dlm ajaran diorg, kuali per ...

How about arak?
Vegetarian kdg isunya muslim takleh mkn sbb ada arak masa masak tu.
Quote UmbrellaCorps 22-6-2019 04:48 PM
bezita60 replied at 22-6-2019 11:19 AM
How about arak?
Vegetarian kdg isunya muslim takleh mkn sbb ada arak masa masak tu.

Betul.. banyak restaurant kata pork/lard free tp masih serve beer and alcohol drinks..
sebaiknya elak la masuk tempat2 camtu..
tp ramai je yg acah2 urban dok kl ni, tak kisah pun asalkan tak makan babi directly katanya..
Quote vasepecah 23-6-2019 09:30 AM
betul .... memang laaa no pork no lard no no no no no .... tapi ayam yg dimasak dia ordee dgn pembekal muslim or bangsa dia jugak .... huhuhuhu .... yakin sungguh mereka ni ..... terang2 yg masak tu  bukan muslim ..... kicap .... sos .... xmungkin mereka guna adabi ....

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048993 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top