CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gambar Wanita Kerja GrabFood Sambil Dukung Anak Buat Ramai Simpati

30-9-2019 10:45 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 3561| Komen: 13|Original author: Oleh: top5complete

Bukan senang mahu menyara hidup di zaman sekarang kerana semua harga barangan melambung naik. 

Bagi yang sudah berkeluarga dan tinggal di ibu kota adalah lebih mencabar. Ini kerana tanggungjawab menjaga anak-anak menjadi keutamaan. 




Bagi sesetengah individu, mereka terpaksa melakukan kerja sampingan sambil menjaga cahaya mata.




Baru-baru ini, tular dua keping gambar di Facebook apabila seorang wanita dipercayai mencari rezeki sambil mendukung bayi. 

Posting yang dimuat naik Ainil Hawa itu memaparkan wanita tersebut melakukan perkhidmatan menghantar makanan kepada pelanggan.


Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai keluarga itu, netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar wanita berkenaan dimurahkan rezeki.


Foto: FB

Hendak seribu daya. Jangan jadikan 'susah' sebagai alasan untuk menagih simpati semata-mata tanpa usaha. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-9-2019 10:59 AM
Bukan ada dah thread buka Jumaat.. Teruk suami kena kejam.. Sedangkan ibu muda tu temankn suami dia sajork.
Quote iznanaziz 30-9-2019 11:22 AM
temankan suami? so yg antar grab food ni suami dia la, bukan keje bini dia?
Quote amukgemuk 30-9-2019 12:05 PM
Edited by amukgemuk at 30-9-2019 12:09 PM

KISAH SEBENAR
==============
(c & p dari facebook)

Bahana Viral.

Sape yang dah like, love atau share gambar ibu bawak anak buat grab food??

Disebalik keprihatinan masyarakat. Aku dapat rasa, viral benda tak betul pun satu perkara yang tak betul dan tak beretika.

Berkaitan akak yang bawak baby grab food tu. Dia bukan ibu tunggal. Dia adik ipar alep (alep ni abang aku) . Dia baru kol aku. Dia suruh jelaskan situasi. Sebab yang sebenarnya tak seperti digambarkan.

1. Suami dia yang buat grab food.
2. suami dia yang dalam gambar ke dua tu
3. Dia ada kerja lain.
4. Kebetulan waktu tu dia ada urusan suami isteri. So terpaksa follow sekejap.

Kesan daripada viral tak betul ni ada positif dan negatif. Aku nak citer yang negatif je.

1. Suami dia di maki hamun dalam komen2 negatif. - quote "suami dia tak berguna"
2. Family dia di maki hamun dalam komen2 negatif. - quote "family lain tak boleh nak bantu ke"
3. Sahabat handai terkejut. Panggilan bertalu2.
4. Semua dok tanya, kenapa ibu tunggal, etc2
5. Tekanan perasaan. Malu.

Kesimpulan

1. Yang suka sebar benda viral2 gini. Lebih2 melibatkan maruah orang lain. Kalau ada kuasa. Ada masa. Pergi jumpa face to face. Mintak izin nak sebar gambar orang lain.
2. Tanya betul2. "akak ni susah ke? Ibu tunggal ke?"
3. Budaya viral dan copy paste ni budaya sampah. Bila tau benda benar, kita mudah ckp c&p dari group sebelah. Lepas tangan.

Sekian.
~ Beruk Berteduh ~

P/s :
1. Aku dah inform page Rashid. And dia dah remove gambar tu.
2. Aku pun dah inform page Pakej percutian. Tp takda reply lagi.

Kredit : anas abd latif
Quote chinta89 30-9-2019 02:42 PM
amukgemuk replied at 30-9-2019 12:05 PM
KISAH SEBENAR
==============
(c & p dari facebook)

ok done baca penjelasan. tq.
Quote Artemesiaa 30-9-2019 04:34 PM
Dari sekeping gambar boleh mengundang pelbagai tafsiran kalau tak tahu cerita sebenar
Quote Sham143 30-9-2019 06:14 PM
Bahaya ni.. Sambil bawa motor sambil dukung anak..
Quote Perawankota 30-9-2019 10:11 PM
Aish laaa... X pasal2 suami dia jadik mangsa keadaan
Quote Elle_mujigae 30-9-2019 11:20 PM
Org sekarang main snap je gambar org lain...pastu buat assumption sendiri... bahaya betul..
Quote electricopop 1-10-2019 11:28 AM
Tu lah, jangan pandai buat andaian sendiri...
Quote iznanaziz 1-10-2019 12:07 PM
chinta89 replied at 30-9-2019 02:42 PM
ok done baca penjelasan. tq.

terima kasih atas penjelasan tu.
bahaya betul benda2 viral cenggini.

tu kita kalau forward2 gambar ni suka yg kelakar2 je.
Quote matseh 1-10-2019 12:58 PM
Padan Muka . Zaman dulu2 x der phone. Hanya ALLAH yg tahu. Patutla org dulu2 anak 7-8 org tak pernah lapar. Laki bini kerja toreh getah pawah pun anak2 buleh beasq dgn baik. Tak da sapa tau.
Zaman sekarang. Bila Viral,  Kalau yg puji 100, mesti ada yg keji 1000. Setan dan Iblis juga Win.

Syabas utk kita semua.
Quote renko 1-10-2019 01:15 PM
sakai geng2 viral ni
Quote Melorqe 1-10-2019 01:38 PM
cuba godek2 balik fb acik tu
kalau memanjang je repost dari fb orang semata2 nak orang like
baik abaikan saja la
aku tak berapa nak percaya sgt acik2 yg peel mcm ni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053671 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top