Bukan sahaja menceroboh rumah pam air, tujuh lelaki warga tempatan didapati sedang mandi di dalam tangki air berkenaan dalam keadaan mabuk.
Menurut BERNAMA seperti dipetik Astro AWANI, kejadian berlaku di rumah pam air SAJ Ranhill di Jalan Mutiara Utama, Taman Mutiara Rini 2 dekat Skudai kira-kira jam 10 pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar, kesemua lelaki terbabit berusia lingkungan 22 sehingga 24 tahun itu ditahan sekitar 10.50 pagi. Difahamkan, kejadian disedari pekerja di bahagian rumah pam berkenaan selepas mendengar bunyi riuh rendah di atas tangki air sebelum membuat tinjauan dari bawah tangki.
Pekerja berkenaan kemudian melihat tujuh lelaki mandi-manda di dalam tangki air disyaki dalam keadaan mabuk. "Saksi menghubungi pusat operasi untuk tindakan selanjutnya dan kira-kira 40 minit kemudian unit peronda SAJ Ranhill tiba dan menegur selain menyoal siasat dan mengarahkan kesemua suspek untuk berkumpul, namun arahan itu tidak diendahkan," katanya. Bagaimanapun, sebaik ditahan selepas ketibaan polis, enam daripadanya didapati tidak memiliki kad pengenalan. "Menurut unit peronda SAJ Ranhill, kawasan tangki air tersebut telah diperiksa dan didapati tiada sebarang kehilangan ataupun kerosakan berlaku," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990. - CARI
|
yoshimitsu replied at 30-9-2019 09:10 AM
xplak mati lemas dlm tuh ek
Bedah.Cun replied at 30-9-2019 12:18 PM
Air perasa punai
turboturtle replied at 29-9-2019 04:53 PM
Punai rasa macam mana bedah?
Masam, masin, manis ke....
ADVERTISEMENT