CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Pelatih Lumpuh Dihempap Lelaki Cuba Bunuh Diri

25-10-2019 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8158| Komen: 29

Seorang doktor pelatih lumpuh separuh badan akibat dihempap seorang lelaki yang terjun dari tingkat tiga sebuah pusat membeli-belah.


Kredit foto: Evening Standard


Memetik Mirror, tulang belakang Grace Spence Green, 22, mengalami keretakan selepas Amsumana Sillah Trawally jatuh ke atas wanita itu dari ketinggian 120 kaki di pusat beli-belah Westfield di Stratford.

Menurut laporan, lelaki berusia 25 tahun itu dilihat berlegar-legar di dalam bangunan berkenaan mencari lokasi sesuai untuk terjun.

Lelaki yang hanya mengalami patah kaki itu dikatakan sudah dipenjarakan minggu lalu.


Kredit foto: Evening Standard


Sementara itu, Terrence Donovan, peguam kepada Grace berkata, penuntut perubatan di King's College, London itu bagaimanapun berasa lega kerana dia 'menyelamatkan' nyawa Trawally dan kini meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan.

"Dia masih tidak selesa bercakap mengenai insiden itu, namun dia tidak bersedih dengan keadaannya kerana menganggap walaupun cedera, dia berjaya menyelamatkan nyawa seseorang.

"Meskipun lumpuh, Grace tidak berdendam terhadap Trawally," katanya kepada Evening Standard.


Kredit foto: Evening Standard

Bagaimanapun, Donovan berkata, Grace bercadang untuk mengambil tindakan sivil atas kecuaian Westfield.

"Dia (Trawally) berada di Westfield selama empat jam setengah dan dilihat berada di kawasan-kawasan di mana orang ramai tidak dibenarkan berada di situ dan berkelakuan mencurigakan.

"Westfield bertanggungjawab memastikan keselamatan semua pengunjungnya," ujarnya.

Mahkamah memerintahkan Trawally menjalani hukuman penjara empat tahun selepas dia mengaku bersalah. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 25-10-2019 12:09 PM
Lain kali sape2 nk terjun sila pandang atas bawah dpn blkg dulu...x pasal2 doktor pelatih yg cun jd mangsa..
Semoga Grace sudi berpindah ke msia..diri ini rela menolak kerusi roda Grace biarpun utk selamanya..
Quote Artemesiaa 25-10-2019 12:13 PM
Kalau nak terjun pun janganlah sampai menyusahkan hidup orang lain pula akhirnya
Quote supernaturalee 25-10-2019 12:17 PM
klu kt msia kira slh & kena hukum x cubaan bunuh diri yg xjd mcm ni

Quote Boomibulat 25-10-2019 12:27 PM
supernaturalee replied at 25-10-2019 12:17 PM
klu kt msia kira slh & kena hukum x cubaan bunuh diri yg xjd mcm ni

Skrg kena..tp nk dipinda katanya..klu kena dakwa lg tension nk bunuh diri lg..
Quote Pink_Purple 25-10-2019 12:30 PM
malang xberbau
Quote niena90 25-10-2019 12:36 PM
Kalau nak mati sangat pun jgn la ko musnahkan masa depan org! Dah pegi terjun balik, cari tmpt lapang tak boleh ke haaaa?!
Quote jalfa 25-10-2019 12:38 PM
Dahlah hudoh...menyusahkan orang pulak...kasihan orang cantik jadi mangsa
Quote Foxey 25-10-2019 12:43 PM
Dahla tak berjaya mati, takat patah je, orang lain lak jadi lumpuh. Semoga rasa bersalah seumur hidup
Quote unguaurora 25-10-2019 12:43 PM
Dh la x mati pastu menyusahkan hidup org lain. Hrp2 bunuh diri dlm lokap tu
Quote fliphair8 25-10-2019 12:53 PM
nak mati tapi tak mati...pastu nyusahkan orang, masuk penjara pun 4 tahun jer...helok ko bole berjalan kan...ciki bakal doktor plak yg kena kena tanggung idup lumpuh seumur idup....

hishhh, kalo hakak lama dah muka mung pecah.
Quote Skuau 25-10-2019 01:17 PM
niena90 replied at 25-10-2019 12:36 PM
Kalau nak mati sangat pun jgn la ko musnahkan masa depan org! Dah pegi terjun balik, cari tmpt lapan ...

ikat batu berat kat leher...pi tgh laut dlm dan...terjunlah ngn batu berat itu ke dlm laut dalam.Tak perlu ratap pilu,tak perlu gali kubur.
Quote CatMiow 25-10-2019 01:42 PM
Kesian kat mangsa...  Si pelaku tu padan muka,  harap lepas patah kaki tiba2 pun lumpuh juga..

Len kali terjun kat tempat tak ada orang,  biar mereput seorNg diri.
Quote grizz 25-10-2019 01:53 PM
siannye doc tu..siap bersyukur sbb slmt nyawa org lg..klu aku dh menyumpah berbakul2 dh..
Quote lalalxlx 25-10-2019 02:29 PM
lain kali nak bunuh diri tengok environment dan fikir keselamatan orang lain please..tak pasal2 doktor ni lumpuh
Quote skullcandy 25-10-2019 04:13 PM
mulia nya hati doc ni...masih memaafkan wlw diri jadi lumpuh
Quote Supersirap 25-10-2019 05:51 PM
Semoga doktor ini diberikan kemudahan bagi urusan seharian
Quote ikanmasin 25-10-2019 06:04 PM
dah lah nak bunuh diri tp menyusahkan org lain pl..
Quote Forfoxache 25-10-2019 06:25 PM
Melanin is a curse
Quote Perawankota 25-10-2019 07:22 PM
Kesian dia jadik mangsa

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051070 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top