CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Joe buat 'Havoc' Bukti Mampu Ber'rapping' Melayu!

8-12-2013 10:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19538| Komen: 120

            'Havoc' Bukti Joe Flizzow Mampu Rap Lagu Melayu         
                     

        
Joe Flizzow ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc.

KUALA LUMPUR
: Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow terkejut apabila mendapat respons daripada segelintir pihak mengatakan dia tidak tahu menyanyi rap dalam bahasa Melayu.


Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, berkata, kerana itu dia ingin membuktikan bahawa tanggapan itu salah dan kini dia muncul dengan album terbaharu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc dengan menampilkan sebanyak 14 lagu. "Pernah sekali saya ditanya oleh salah seorang peminat 'adakah saya tidak boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu'? Dan ramai lagi bertanyakan soalan sama.


"Sudah tentunya boleh kerana saya berbangsa Melayu. Dan sebagai ingin membuktikannya, saya tampil dengan Havoc," katanya.
Joe ditemui pada majlis pelancaran album Havoc serta persembahan mini di Lust KL, di sini pada Sabtu.


Tambah Joe, dia berharap, menerusi album tersebut, dia dapat mengubah persepsi masyarakat mengenai kebolehannya berbahasa Melayu.


        
Joe bersama barisan artis dan komposer yang menjayakan album 'Havoc'.


Havoc merupakan kesinambungan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 dengan menampilkan sebanyak 14 buah lagu dengan kerjasama Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin. "Saya percaya bahawa album ini bakal menawarkan sesuatu yang baru dan dinamik kepada hip-hop Malaysia daripada segi bunyi, bahasa dan gaya.


"Lebih-lebih lagi penggunaan bahasa yang saya gunakan adalah bahasa percakapan masyarakat zaman kini, dan ia akan menjadi lebih dekat dengan pendengar," ujarnya.  


Dalam pada itu, Havoc turut menampilkan kolaborasinya dengan lagenda rock, Amy Search menerusi lagu takbir Cinta dan penyanyi Indonesia, Datuk Rossa (Katakan).

Selain itu, antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Havoc, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 7-12-2013 10:41 PM
havoc tu bahasa melayu kah?

Quote jargon 7-12-2013 10:48 PM
Lagu havoc best tp aku x phm lirik dia
Quote mongoose_kidz 7-12-2013 10:49 PM
annehuda posted on 7-12-2013 10:41 PM
havoc tu bahasa melayu kah?

aku pun baru nak tanya mcm tu...hehe
Quote intan_smsb 7-12-2013 10:58 PM
Havoc la sangat kan
Quote amyainsamad 7-12-2013 11:01 PM
Sdp lagunya...
Quote ladida 7-12-2013 11:01 PM
Baik la dgr lagu ATUK.....lebih kemelayuan gitew....ATUK ATUK
Quote debab_78 7-12-2013 11:07 PM
mgkn ada penggemar lagu ni.. tp bg aku, aku semak bila dengar kat radio tuh...
Quote shysari 7-12-2013 11:10 PM
Lagu 'havoc' ni mcm berserabut je asyik dok ulang2 je lirik yg sama..
Quote lylea 7-12-2013 11:11 PM
Ok jer lg ni. . Tp bukan lagu zaman aku. . Jd biasa2 je la nk layan
Quote xanderz 7-12-2013 11:11 PM
entahla. mungkin budak2 baru nak up feeling urban sukala kot lagu dia...
Quote berusjamban 7-12-2013 11:27 PM
Best layan lagu havoc ni... compared to lagu2 eddie hamid
Quote axl_bach 7-12-2013 11:53 PM
yup, aku pun rasa Malique lebih berbakat dlm menulis lirik.....tgk lirik lagu Bangun Harimau Bangun sudah,sgt bermakna dan bleh menaikkan semangat patriotik dan cintakan negara.......lirik yg sgt mendalam dan puitis yg x mampu Joe buat...

Quote Fleur81 8-12-2013 12:23 AM
Lebih minat lagu2 malique yg puitis
Quote lotionmilo 8-12-2013 02:13 AM
lagu atuk atuk lagi best
Quote baby37 8-12-2013 06:41 AM
Lagu omputeh dia tak laku kot...tu yang buat lagu melayu.
Quote Ladysovereign77 8-12-2013 07:30 AM
Aku tak berkenan.... Mata tak padan juling tu. Dulu mmbr aku kemaruk joget kat club masa dia spin, dia tenung sampai tersentil lidah hahaha
Quote Ladysovereign77 8-12-2013 07:31 AM
axl_bach posted on 7-12-2013 11:53 PM
yup, aku pun rasa Malique lebih berbakat dlm menulis lirik.....tgk lirik lagu Bangun Harimau Bangun  ...

Malique mmg brain of too phat la... Ape cerita dia skrg ye
Quote mitnick 8-12-2013 08:28 AM
lagu melayu tajuk album havoc?
Quote lina21 8-12-2013 08:57 AM
ladida posted on 7-12-2013 11:01 PM
Baik la dgr lagu ATUK.....lebih kemelayuan gitew....ATUK ATUK

ATUK ATUK lagi melayu dari havoc...mmg layan sgt!

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049383 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top