CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Awie Tidak Mahu Dengar Gosip Dengan Wanita Lain

27-1-2014 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28570| Komen: 103





Jika difikir balik, pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk membenarkan suami kembali bercinta dengan bekas kekasih lama.  Tapi, itulah yang dilakukan oleh Rozana Misbun, isteri kepada Awie.

Menurut Rozana, dia tidak berfikir panjang untuk menyatakan persetujuan apabila suaminya meminta izin untuk berlakon kembali dengan Erra Fazira di dalam Konsert Teaterikal Suara Kita pada Mac akan datang.

"Mula-mula agak terperanjat juga bila Awie nyatakan hal itu.  Saya ada tanya tidakkah nanti akan terdetik atau terimbau kisah lama.  Tapi, bila saya fikir balik masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

"Jadi, saya terus kata OK dan tidak menghalang pun.  Saya tidak mahu fikir benda lain, kerana percayakan suami.  Lagi pula, itu kan urusan kerja.  Selama ini pun, saya menyokong setiap apa yang dilakukannya," ujar Rozana yang ditemui di sidang media konsert itu semalam.

Namun, satu perkara yang tidak diingini berlaku dalam perhubungan mereka ialah gosip dengan wanita lain.

"Sepanjang kami bersama, saya tidak pernah kacau kerja dia.  Gosip lain saya tidak kisah, tapi jangan gosip fasal perempuan.  Dari mula kahwin lagi saya sudah cakap tentang hal itu," kongsinya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga menambah, dia tidak meletakkan syarat tertentu untuk suaminya kembali bergandingan bersama Erra.

"Saya kenal siapa suami saya dan saya percayakannya 100 peratus.  Lagi pun, saya juga merupakan peminat Erra Fazira," ujarnya lagi.

Ditanyakan tentang penerimaan ahli keluarganya, Rozana berkata;

"Keluarga saya semua OK.  Ibu saya tak banyak cakap, cuma kakak sulung sahaja yang sedikit provok.  Tapi, macam yang saya katakan saya lebih percayakan suami."

Untuk rekod, sejak mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu, Awie dan Rozana sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata masing-masing berusia tujuh, enam dan empat tahun.  Selain itu, dua anak hasil pekahwinan terdahulu Awie juga tinggal bersama mereka.

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minah_138 26-1-2014 09:27 AM
takut kisah lama berulang kembali la tu.. tp ada lg ke org nak kt awie lg nie.. keh keh keh
Quote rayna_raynes 26-1-2014 09:30 AM
Alah Rozana dulu pun kebas Awie dari Arni kannnn....
Quote bluecrystal 26-1-2014 09:40 AM
sejarah lepas dah membuktikan awie senang dicaras pempuan lain..sekarang dah kertu mungkin da insaf kot

semalam tengok imbasan juara lagu 89 ke berapa tah, hensem awie time tu
Quote DARSITA 26-1-2014 09:44 AM


Kalau ada gossip sawi dgn perempuan lain kan bagus .. biar si rozana tau apa perasaan Arni bila dia /rozana membirah dgn laki orang.
Quote surisau 26-1-2014 09:49 AM
thread ni patut duduk dalam rumah Erra nak lempang awie tu je. hihi ampunnn
Quote rain2169 26-1-2014 09:49 AM
ziana nampak tua di sisi Erra.
Quote AHMADVW 26-1-2014 10:00 AM
untung jd awie semua dia try
Quote siti_kus 26-1-2014 10:09 AM
Xda ke gmbr bini dia?
Quote achik2009 26-1-2014 10:12 AM
siti_kus posted on 26-1-2014 10:09 AM
Xda ke gmbr bini dia?

Quote mrsLucky 26-1-2014 10:23 AM
I think derang still nampak hot...
Quote Orion 26-1-2014 10:26 AM
di mata aku, awie ni dh tua baru nampak ok.
masa muda dulu tah celah mana hensemnya.
Quote Sufeenan 26-1-2014 10:34 AM
achik2009 posted on 26-1-2014 10:12 AM

Anak depa comel..seimbas tengok ala2 kokesen..

Quote haiku 26-1-2014 10:37 AM
Kalau kita pernah buat perkara tak baik pada orang lain, kita akan risau jika orang lain pulak yang akan buat perkara yang sama pada kita

Home wrecker memang akan rasa insecure
Quote jargon 26-1-2014 10:50 AM
Kakak sulung boleh pulak mmprovok?sape?liza musbun kaa?
Quote mast3r 26-1-2014 10:51 AM
Kakak sulung yg provok tu Haliza misbun kan?
Quote aiskrimpelangi 26-1-2014 10:54 AM
Lol smua speku liza misbun.
Quote januarybaby 26-1-2014 11:19 AM
rayna_raynes posted on 26-1-2014 09:30 AM
Alah Rozana dulu pun kebas Awie dari Arni kannnn....

Takpe lah, itu kisah lama dan jodoh mereka dah ditentukan....., lagi pun mereka dah bahagia....
Quote lady_rara 26-1-2014 11:21 AM
what you give you get back lah kak rozana...
Quote hyie 26-1-2014 11:24 AM
mula2, awie & erra...

lepas tu, arni caras awie dari erra...

lepas tu, rozana caras awie dari arni...

lepas ni? erra caras balik ke apa? oopsss

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046433 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top