CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Tiada Rancangan Tambah Anak, Semakin Berisi Kerana Makan Sedap

22-3-2024 09:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23339| Komen: 130

Description: Aktres jelita Diana Danielle mengakui sudah penat ditanya berkali-kali tentang berat badannya dan dakwaan sedang hamil kerana tubuh badannya yang semakin berisi. Kata pelakon ini, dia tidak mempunyai ...


Aktres jelita Diana Danielle mengakui sudah penat ditanya berkali-kali tentang berat badannya dan dakwaan sedang hamil kerana tubuh badannya yang semakin berisi. Kata pelakon ini, dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menambah cahaya mata lagi.

Menurut Diana, dia kini sudah selesa dengan kehidupannya sekarang dimana anak-anak sudah cukup besar dan mempunyai hal masing-masing dan begitu juga dirinya. Tambahan pula, Diana sudah meluangkan usia 20-an memiliki dan membesarkan anak. Jadi, kini adalah masa untuknya fokus pada diri sendiri.

"Saya mula berkerja sepenuh masa ketika remaja dan memiliki anak pada usia 20-an. Ketika ini anak-anak saya sudah besar dan kerjaya saya juga stabil.   

"Jadi kenapa saya perlu kembali semula kepada rutin menukar lampin dan menyusukan anak? Tidak dapat tidur malam semua itu? Ini adalah pilihan peribadi saya."



Selain dari itu, isteri kepada pelakon Farid Kami ini turut mendedahkan punca sebenar dirinya tambah berat badan. Katanya, berat badannya naik sebanyak 15 kilogram (kg) adalah disebabkan pembantu rumah yang pandai memasak untuknya setiap hari.

"Jangan buat sebarang spekulasi seolah-olah saya hamil walaupun berat badan saya bertambah 15 kilogram.   

"Saya tidak pernah ada pembantu rumah yang pandai memasak. Tapi sekarang, setiap kali balik ke rumah, sentiasa ada makanan sedap."

Namun begitu, kata Diana, dia akan cuba menurunkan berat badannya memandangkan dirinya ada terlibat dalam beberapa buah drama tidak lama lagi.


Sebelum ini, media tempatan kecoh dengan spekulasi Diana Danielle telah hamil buat kali ketiga kerana fizikalnya yang berubah drastik dan semakin berisi.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 21-3-2024 11:09 PM
mmg time dia muncul kt AJL tu aku sampai tak cam
Quote de_ikea 21-3-2024 11:21 PM
Dulu FK x bg makan, hnya bg mkn 2 sudu aje. Sbb tu pinggang secekak. Skrg FK pun nak bg bahagia, makan ajelah.
Quote alesandra 21-3-2024 11:47 PM
Sebenarnya dia nampak lagi glowing dan lawa bila dia berisi sikit.itu sbb org ingat dia pregnant
Quote green~tea 22-3-2024 12:32 AM
Cantik nya kasot manolo blahnik tu
Quote DeLuna85 22-3-2024 01:03 AM
Kejam tak kalau aku cakap muka2 mcmni selayaknya duduk istana
Quote Mimo.mimo 22-3-2024 01:28 AM
Nanti dia kurus ler balik. Netizen pun sibuk nau dengan badan retis
Quote amarakasih 22-3-2024 02:51 AM
She is so cantik. Jauh terpelanting ke laut lady boss aka president
Quote annadonna 22-3-2024 03:24 AM
Org cantik ni kurus ke gemuk ke tetap cantik. Tapi klu muka mmg tak lawa, body mcm gitar pun tetap tak lawa.
Quote AWEKSAMURAI 22-3-2024 04:34 AM
amarakasih replied at 22-3-2024 02:51 AM
She is so cantik. Jauh terpelanting ke laut lady boss aka president

President sapa yg suka cubit-cubit tu ke
Quote noor2 22-3-2024 04:44 AM
Dia kurus x lawa...berisi mcm ni cantik sungguh muka dia
Quote matjerk 22-3-2024 05:29 AM
alesandra replied at 21-3-2024 11:47 PM
Sebenarnya dia nampak lagi glowing dan lawa bila dia berisi sikit.itu sbb org ingat dia pregnant

Klu kurus... dia mmg looking x lawa.
Cengkung.. n klu kurus.. muka dia iras mak dia...
Beza.. mak dia gelap.. dia putih..
Quote matjerk 22-3-2024 05:32 AM
AWEKSAMURAI replied at 22-3-2024 04:34 AM
President sapa yg suka cubit-cubit tu ke

Ye lah tu presiden cubit2.. yg declare diri dia "manja"
[ig]https://www.instagram.com/reel/C4cDN8cvDmI/?igsh=dXlmODIwam10aDBo[/ig]
Quote AreYou.69 22-3-2024 05:50 AM
matjerk replied at 22-3-2024 05:32 AM
Ye lah tu presiden cubit2.. yg declare diri dia "manja"

Gelitissssnyeee nyahhh
Quote rainbowrainz 22-3-2024 05:57 AM
Lawanyaa dd
Quote Tiggybiru 22-3-2024 06:06 AM
Lawa..tak berkelip mata tengok
Quote AWEKSAMURAI 22-3-2024 06:11 AM
matjerk replied at 22-3-2024 05:32 AM
Ye lah tu presiden cubit2.. yg declare diri dia "manja"

Beriya nk jadi neng indon haha
Quote Honey_Inara 22-3-2024 06:17 AM
"Jadi kenapa saya perlu kembali semula kepada rutin menukar lampin dan menyusukan anak? Tidak dapat tidur malam semua itu? Ini adalah pilihan peribadi saya."

Setuju part ni. Bestnyaa dapat balik masa untuk diri sendiri & tengok anak membesar jah.
Quote tom2 22-3-2024 06:30 AM
Cantikkkk
Quote noor2 22-3-2024 06:31 AM
matjerk replied at 22-3-2024 05:32 AM
Ye lah tu presiden cubit2.. yg declare diri dia "manja"

Ya hampoon  ...gedik

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056275 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top