CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie Akui Tiba-Tiba Terbit Rasa Cemburu - "Dalam Mimpi Pula Saya Ada Perasaan Risau Dan Cemburu"

21-3-2024 10:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16406| Komen: 67

Description: Watie Hanafiah, isteri kepada pelawak Shuib akui kemunculan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya menerbitkan sedikit rasa cemburu dalam hatinya.


Watie Hanafiah, isteri kepada pelawak Shuib akui kemunculan Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya menerbitkan sedikit rasa cemburu dalam hatinya.

Walaupun hanya mainan tidur, kata wanita berusia 35 tahun itu dia tidak pernah berasa cemburu terhadap arwah namun perasaan tersebut timbul hanya di dalam mimpi tersebut.

Ujar Watie lagi, dia mengambil masa dan berfikir banyak kali sebelum akhirnya berkongsi dengan Shuib bahawa dia ada bermimpi arwah isteri suaminya itu.

"Saya cakap dengan Shuib, dalam mimpi pula saya ada perasaan risau dan cemburu jika arwah ambil suami dan anak-anaknya semula. 

"Mungkin dalam realiti tidak cemburu tapi dalam mimpi pula saya macam takut."


Tambah Watie, dalam mimpi tersebut dia bercakap dengan Sarah tetapi menyembunyikan perasaan cemburu yang dirasainya itu.

Arwah juga muncul bersama bapanya, Raisuddin Hamzah di dalam mimpi itu namun tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya merenung wajahnya.

"Saya terfikir Sarah mahu ambil suami dan anak-anak ke? Tapi saya sorok perasaan itu dan saya cakap dengan Sarah tak mahu jumpa anak-anak ke? Anak-anak rindu Sarah. Tapi Sarah tidak bercakap apa-apa, dia hanya pandang wajah saya."

Watie berkata dia mendapat mimpi tersebut selepas anak perempuannya, Talita ada memberitahu bermimpi arwah ibunya ingin mengambil adik beradik.

"Sebelum itu, Dekta beritahu dia ada mimpi ibu. Ibu cakap nak ambil mereka. Mungkin disebabkan Dekta cerita itu saya terbawa sampai mimpi."

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-3-2024 10:29 PM
Lepas ni Raisudin pulak mimpi. Lepas tu anak sulung mimpi (tak tau nama). Lepas tu bini Raisudin. Lepas tu anak lelaki pula mimpi. Last2 baby tu pun mimpi terus boleh berkata2 sebab nak ceritakan mimpi dia.
Quote Hoola 21-3-2024 10:48 PM
Edited by Hoola at 22-3-2024 01:00 AM

mai god
nvr ending story mory apalg la oii

babak slps depa ni kwin:
blablabla, kuda, bersama ktika ank2 p sekolh,
mimpi, cemburu

Quote TerataiMelur02 21-3-2024 11:04 PM
Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan
Quote slyfynx 22-3-2024 12:07 AM
X sedih ke sepanjang hidup kau, kau sentiasa a second class citizen?
Quote lilcountess 22-3-2024 12:09 AM
TerataiMelur02 replied at 21-3-2024 11:04 PM
Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan

kan. asal kena kecam isu apa-apa, tunggang nama arwah. buruk betul perangai
Quote red_velvet 22-3-2024 01:09 AM
Edited by red_velvet at 22-3-2024 01:11 AM

Jatuh wajib  cerita kat khalayak ke  setiap kali mimpi arwah ni norsiah oiii... Arwah bibik diorang  yg meninggal yg difitnah bawak balik covid masa buang sampah tu takde sape2 nak mimpi ke?? Atok sudin tak takut ke watetek mimpi atok sudin diri sebelah arwah? Kalo dalam drama melayu tu tanda  pendek umur .. tak disangkal lg  satu family ni attention seeker.... Hari ni si talita period, habis satu dunia soeb nk bgtau anak dia datang haid for the first time.. siap nangis2 ..apooo??? Si makder pun samalah siap bagitau arwah kat ig anak dara dia da besar... Ala bodooooooooooooooo. ..
Quote jiwakacau06 22-3-2024 02:32 AM
satu ja nk puji...ank2 shuib nmpk syg sgguh dgn wati ni...semoga bahagia dgn ank2 walaupun poyo
Quote allshares 22-3-2024 02:53 AM
Dari laki, ke bini baru menunggang nama arwah utk kekal relevan. Dei ada malu ka tara malu.
Quote annadonna 22-3-2024 03:31 AM
Mod boleh haramkan tak cerita pasal shuib/watie mimpi siti sarah? Ko ingat ni majalah mastika ke nak promote vibes mistik mistik.
Quote Barebow77 22-3-2024 06:43 AM
Baru mimpi arwah sarah.dah cemburu..nampak nau low classnya mentality..sekufu betol depa laki bini..
Quote rbmy 22-3-2024 07:19 AM
takpe create isu utk kekal relevan dalam dunia artis. supaya netizen ada kerja nak pikir pasal mimpi korang. dah la netizen kena pikir pasal talita period .. aduhai. sabar je la
Quote MatDeghem 22-3-2024 07:22 AM
Penunggang.

#TunggangArwahIsteri




Quote babynina30 22-3-2024 07:24 AM
Watek ni post 2hari lps, dia pkai dress ketet sebeban tu dia off komen yach instead of archive kan post. Pastu ckp, suami mmg ckp xyh pakai baju tu

Aritu kene skem, ckp suami dh ckp jgn invest. Alaaaa semualahhh suamiiiii. Terpaling bersuamiiii
Quote johan-adx 22-3-2024 07:41 AM
TerataiMelur02 replied at 21-3-2024 11:04 PM
Kalau arwah sarah tu boleh bangkit confirm sorang2 dia libas dok jajah nama dia untuk kekal relevan


rasanya mmg kena libas btul
Quote mamapea 22-3-2024 07:56 AM
sampah btl...
Quote KamikuP 22-3-2024 08:03 AM
Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk tidak mencerca POSTING INI. aaMIN
Quote MadameOnion 22-3-2024 08:15 AM
sampah bersilikon
Quote justchu 22-3-2024 08:20 AM
hakak rasa selagi bernyawa,
2 ekoq ni akan guna nama arwah
utk kekal relevan

kematian yg dijadikan content seumur hidup
udah2 la..org tu dah lama meninggal
bulan depan kalo sendu, ada drama lg
Quote MistrezHermanaz 22-3-2024 08:55 AM
red_velvet replied at 22-3-2024 01:09 AM
Jatuh wajib  cerita kat khalayak ke  setiap kali mimpi arwah ni norsiah oiii... Arwah bibik diorang  ...

aiyooo period pun nk gtau satu dunia

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.059998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top