CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Buatlah, Walaupun Merangkak..” – Lisa Surihani Kongsi Tips Kekal Istiqamah Dalam Perjalanan ‘Hijrah’

22-3-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16221| Komen: 40

Description: Pelakon dan personaliti TV, Lisa Surihani baru-baru ini ada berkongsi tips untuk kekal istiqamah dalam hijrah diri menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T.

Pelakon dan personaliti TV, Lisa Surihani baru-baru ini ada berkongsi tips untuk kekal istiqamah dalam hijrah diri menjadi lebih baik di sisi Allah S.W.T.

Perkongsian pelakon filem Istanbul Aku Datang itu kemudiannya dikongsi di platform media sosial TikTok dan telah menjadi sorotan netizen di media sosial.

Dalam video tersebut, Lisa berkongsi tips dan rahsia yang diamalkannya untuk kekal istiqamah.


"Macam mana nak kekal istiqamah? Solat jangan tinggal, dekatkan diri sentiasa baca Al-Quran walaupun rasa merangkak-rangkak sebab punya Allah sayang dekat kita, kita merangkak baca Al-Quran ‘double’ kita punya pahala."

Kongsinya lagi, untuk sentiasa berterusan melakukan amalan sunnah misalnya, seseorang itu perlu berada di persekitaran yang baik dan menggalakkan untuk mendekatkan diri ke jalan Allah.



"Kalau tahu apakah sunnah itu, sunnah ini, buat. Antara yang penting adalah kita punya persekitaran. Kita mesti dikelilingi orang yang baik. Orang-orang yang nak mendapatkan keredhaan Allah SWT dan yang nak ke jannah."

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terinspirasi dengan perkongsian Lisa Surihani dan turut mendoakan agar isteri kepada penyanyi dan komposer Yusri Abd Halim ini terus istiqamah.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 21-3-2024 10:49 PM
Istiqomah bukan pakaian n ibadah je lisa oi..klau boleh kurangkan kekwat tu jugak..Dulu mmg terkenal sikap sombong dgn peminat die ni dlm forum..Sekarang dah taubat ni x tau la masih kekwat ke x..
Quote TerataiMelur02 21-3-2024 11:03 PM
kerani_je replied at 21-3-2024 10:49 PM
Istiqomah bukan pakaian n ibadah je lisa oi..klau boleh kurangkan kekwat tu jugak..Dulu mmg terkenal ...

Kan..nak tau jugak kot la ada forumer terserempak ke dengan dia masih sombong lagi ke tak
Quote jepp 22-3-2024 12:06 AM
Yusry tak pernah sombong.
Quote LembingDayanti 22-3-2024 12:07 AM
kenapa aku tetap rasa dia ni penunggang??? adakah hati ku hitammmm??? hahahahahah
Quote allshares 22-3-2024 02:51 AM
I nyampah tgk dia jadi model ariani. Nama je pelakon senior tapi dia la paling kayu, mimik muka gitu jah ekspresi. Eh lupa plak mmg kayu pun kan.
Quote annadonna 22-3-2024 03:26 AM
Bercakap pasal hijrah dan istiqamah tapi nampak mcm masih kejar limelight. Apa yg hijrahnya?
Quote miss_strangers 22-3-2024 06:07 AM
Teepalinggg hijrahhhh
Quote jambatannetizen 22-3-2024 06:14 AM
LembingDayanti replied at 22-3-2024 12:07 AM
kenapa aku tetap rasa dia ni penunggang??? adakah hati ku hitammmm??? hahahahahah

Penunggang lah. She’s so fake. behind camera mcm pulak.
Quote AreYou.69 22-3-2024 06:20 AM
Ape audacity dia nk sembang pasal istiqomah..

Dh berpuluh tahun ke dia tutup aurat?

Bkn tutup sbb bdn dh mok ke..
Kan dulu ada dia try diet lps beranak..
Punyala struggle
Then bila beranak 2nd dia dh xlarat nk maintain figure body goal tu yang bertutup lit up..

Tp dari segi pemikiran dan mentaliti laki bini ni masih lg urban yachh..sbb tu lakinya buat cite hari tu ada controversy
Quote AreYou.69 22-3-2024 06:21 AM
LembingDayanti replied at 22-3-2024 12:07 AM
kenapa aku tetap rasa dia ni penunggang??? adakah hati ku hitammmm??? hahahahahah

Me too
Quote MatDeghem 22-3-2024 07:21 AM
Penunggang

#TunggangAgama

Quote kerani_je 22-3-2024 07:54 AM
Edited by kerani_je at 22-3-2024 07:55 AM
allshares replied at 22-3-2024 02:51 AM
I nyampah tgk dia jadi model ariani. Nama je pelakon senior tapi dia la paling kayu, mimik muka gitu ...


Bella Dally pun better dari dia masa jadi model ariani..Mungkin sbb bella mmg model kot..Tapi rasanye lisa keras kejung gitu sbb x mau tergedik2 melebih2 kot, die kn sekarang berimej muslimah n nak istiqomah katanyerr..X mau la over2 sbb x padan dgn imej tudung labuh siap tutup dagu n stongan kat lengan dia tu..Terpaling berhijrah kn..

Quote annadonna 22-3-2024 08:06 AM
kerani_je replied at 22-3-2024 07:54 AM
Bella Dally pun better dari dia masa jadi model ariani..Mungkin sbb bella mmg model kot..Tapi rasa ...

Tak. Dia memang kejung dari dulu. Bukan pasal tak nak gedik.
Quote justchu 22-3-2024 08:22 AM
ini pun terpaling
takde ke skolah nk panggil buat ceramah
boleh bayar riban2 macam si terpaling ostolia tu
Quote jambatannetizen 22-3-2024 01:00 PM
AreYou.69 replied at 22-3-2024 06:20 AM
Ape audacity dia nk sembang pasal istiqomah..

Dh berpuluh tahun ke dia tutup aurat?

Sheols hubsie kaya, boleh kot pegi beauty clinic pakai machine hapuskan lemak. Bagi 10k terus.
Quote Sazreena 22-3-2024 02:29 PM
Bagi aku yg bebetul istiqomah by Mesian standard is Diana Amir. Amik ko. Takde ngengade nak kambek welkambek.
Quote prince_marhaen 22-3-2024 03:43 PM
istiqomah istiqomah, tapi dengn manusia lain ku tetap bongkak, muka sombong, tak guna jugak lisa wey....
orang bertutup litup makin rendah diri, makin manis, kau muka makin sombong, pstu bangga nau dapat kawin ngan yuci ..asyik ulang2 cerita die hard fan KRU tak habis2.. acik2 peminat KRU yg lain takde kesahnye lisa.
Quote cm_vungtau 22-3-2024 03:55 PM
Apsal dia ni bila lepas pakai tudung lagi annoying dari masa dia tak bertudung? Acer rilek udah la. Orang lain memang dari sekolah dah bertudung uit. Artis aje lepas pakai tudung terus jadi terpaling
Quote allshares 22-3-2024 06:40 PM
kerani_je replied at 22-3-2024 07:54 AM
Bella Dally pun better dari dia masa jadi model ariani..Mungkin sbb bella mmg model kot..Tapi rasa ...

Masalahnya zisss, bkn menari2 pun. Lakonkan watak je pun. Tu pun kayu kayan. Nasib baik da tak lakon so takde sakit mata penonton tgk lakonan dia.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057787 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top