CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Betullah (Saya Sudah Kahwin), Apa Salahnya?" – Safee Sali Mengakui Sudah Bernikah, Berhasrat Ingin Mula Hidup Baru

27-3-2024 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7069| Komen: 10

Description: Terkini, bekas pemain bola sepak terkenal, Safee Sali mengakui sudah pun mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama isterinya itu.



Terkini, bekas pemain bola sepak terkenal, Safee Sali mengakui sudah pun mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama isterinya itu.

Menurut Safee, dia berpendapat pernikahannya itu tidak salah dan ia sah serta menepati syarak. Disebabkan itu, bekas pemain bola sepak ini ingin memulakan lembar baru dalam hidupnya dan meninggalkan kisah silam.

"Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.   

"Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan."

Selain itu, Safee juga berkata dia ingin menyelesaikan isu rumah tangganya itu dengan sebaik mungkin dan cuba muhasabah diri. Pada masa yang sama, bekas penyerang JDT ini turut mendedahkan anak-anaknya dalam keadaan yang baik di bawah penjagaannya.

"Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku."   


"Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh.   

"Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan."

Sekadar info, Safee Sali telah sah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Fitria Elfina pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah.



Terdahulu, Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan mendedahkan sudah lebih sebulan tidak menemui dua anak selepas diambil Safee ketika ketiadaannya di rumah.

SUMBER : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piyek92 27-3-2024 02:52 PM
mantappp!! benda boleh kahwin 4 apa masalah
Quote B40tastePosh 27-3-2024 06:35 PM
Tapi aku rasa Fitria tu kalah tu tutan hadanah sebab dia bukan warganegara.

Mesti masih permit lawatan sosial jangka panjang.
Quote Manjahati 27-3-2024 10:48 PM
Kejamnya ko pisahkan dengan maknya
Quote whimsicalmusic 28-3-2024 02:17 PM
sini ckp sebulan xjumpa anak, thread lg satu ckp setahun. yg mana 1 ni?
Quote berusjamban 28-3-2024 02:48 PM
B40tastePosh replied at 27-3-2024 06:35 PM
Tapi aku rasa Fitria tu kalah tu tutan hadanah sebab dia bukan warganegara.

Mesti masih permit lawa ...

Dia org apa? Indon ke? Nama mcm indon... sori lah iols x ikut perjalanan rumahtangga dia ni
Quote Suchi 28-3-2024 03:32 PM
Lah bleh plak iols bygkan muka yg duta power cat tu.
Safee sali yg lebar skit muka yg dulu jd duta power cat tu syafik rahim kan eh betul ke nama dia gitu?
Quote izwan_izi 28-3-2024 04:18 PM
Sekarang ni boleh la ckp mcm2..

Tgk Datok Red sudah...sekelip mata je Allah tarik rezeki..

Pantang diye cuma 1..jgn hancurkan hati isteri...jangan aniaya isteri..lebih2 lagi bab poligami...sb tu poligami hanya utk yg betul2 mampu...

Setakat player bola..?

Jadi beringatlah..20 tahun nanti, umur pon dh 60...anak2 dh besar..jgn lupa tebalkan muka minta bantuan sambungan kasih syg dari anak2 dan masyarakat ye..
Quote B40tastePosh 28-3-2024 08:27 PM
berusjamban replied at 28-3-2024 02:48 PM
Dia org apa? Indon ke? Nama mcm indon... sori lah iols x ikut perjalanan rumahtangga dia ni

Indon....penyondol laki orang...ex bini first Sarawakiah.
Quote B40tastePosh 28-3-2024 08:28 PM
izwan_izi replied at 28-3-2024 04:18 PM
Sekarang ni boleh la ckp mcm2..

Tgk Datok Red sudah...sekelip mata je Allah tarik rezeki..

Dato Red tu ada tipu untuk projek perumahan di Sabak Bernam juga ke?
Quote keranda.terbang 29-3-2024 02:50 PM
dasar lelaki yg tak cukup dgn satu karipap

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056003 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top