CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pendaki Kena Tahan Sakit Lebih 36 Jam Setelah Dipatuk Ular

14-3-2017 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2963| Komen: 8

Description: Seorang lelaki berusia 44 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 36 jam setelah dipatuk ular ketika mendaki bersama dua rakannya di Gunung Semangkuk berhampiran Bukit Fraser dekat Raub pada Sabtu mala ...

Seorang lelaki berusia 44 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 36 jam setelah dipatuk ular ketika mendaki bersama dua rakannya di Gunung Semangkuk berhampiran Bukit Fraser dekat Raub pada Sabtu malam.


Berikutan helikopter tidak dapat mengambil mangsa akibat kabus tebal pada Ahad, mangsa dikenali sebagai Bakhtiar Itam Shamsudin hanya berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada pagi Isnin untuk mendapatkan rawatan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.24 pagi Ahad, kira-kira 12 jam selepas ianya berlaku.

"Pasukan menyelamat dikerah mengikut laluan pendakian biasa dan ia mengambil masa antara 12 dan 14 jam untuk sampai ke lokasi."

Shahrulnizam berkata mangsa yang masih selamat berjaya dibawa keluar bersama dua rakannya pada 10.45 pagi Isnin dengan helikopter Unit Udara JBPM dari Pangkalan Udara Bertam.


Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil di bawah pemantauan doktor.

Seramai 30 anggota penyelamat terlibat dalam misi menyelamat mangsa berkenaan.- CARI

sumber foto: www.mediahiburan.my



19

Bagus
17

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KRAKRUK 14-3-2017 11:35 AM
36 jam relax je penyelamat2 malaysia kerja tak brenti, tak macam doktor2 cina tu..terbaring macam gelandangan tak cukup makan.
Quote CiliPadiSedap 14-3-2017 11:54 AM
KRAKRUK replied at 14-3-2017 11:35 AM
36 jam relax je penyelamat2 malaysia kerja tak brenti, tak macam doktor2 cina tu..terbaring macam ge ...

ada berhenti lah. fikir jpam penyelamat tu robot ke? akak yang duk kawad kaki pun selalu take five
Quote KRAKRUK 14-3-2017 11:56 AM
CiliPadiSedap replied at 14-3-2017 11:54 AM
ada berhenti lah. fikir jpam penyelamat tu robot ke? akak yang duk kawad kaki pun selalu tak ...

abih kau fikir cina doktor tarak brenti ke?


Quote kokocrunch 14-3-2017 12:21 PM
Alhamdulillah..nasib baik dpt diselamatkan
Quote Artemesiaa 14-3-2017 12:27 PM
36 jam yang cukup seksa sebelum mendapatkan rawatan moga cepat sembuh
Quote miemiecha 14-3-2017 04:15 PM
kawan mek antara team yg naik gunung ni bersama-sama.. tapi mek x faham penceritaan dia...

hahahahhahaha
Quote stania83 15-3-2017 02:31 PM
Ular jenis apaa? Kalau yg berbisa dah lama matii
Quote keren 15-3-2017 03:06 PM
owh mesti seksa sangat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052924 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top