Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Poster Minah Tonggek Jadi Kutukan, Netizen Berang Dengan Kualiti Filem Malaysia?

Oleh : Myra Rozi
17-3-2017 01:12 PM |Dilihat:7773| Komen: 63

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Industri perfileman memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat dalam sesebuah negara. Jadi tidak hairanlah dengan tindakan pengharaman filem Beauty &  The Beast di Malaysia kerana terdapat unsur-unsur negatif di dalamnya.

Namun apa yang menimbulkan persoalan adalah kualiti filem di negara kita sendiri. Sebuah gambar yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Melaka baru-baru ini telah menjadi bahan kutukan netizen.

Gambar tersebut adalah sebuah poster filem Melayu yang berjudul Minahmoto yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Pada asalnya gambar tersebut dimuat naik di laman Instagram pengarah dan pelakon, Ahmad Idham.

Gara-gara itu, ruangan komen dibanjiri dengan komen-komen negatif dari netizen yang rata-ratanya berang dengan filem Malaysia yang semakin hari semakin teruk.

Tambahan pula, gaya pelakon yang tertonggek punggungnya di atas motor sangatlah tidak enak dipandang dan tidak selari dengan ajaran agama Islam.

Ada juga yang mengatakan lambakan cerita begini hanya merosakkan pemikiran anak muda. Selebihnya menyatakan yang pembikin dan pengarah filem di negara ini langsung tidak kreatif dalam menghasilkan filem yang berkualiti tinggi seperti di negara Barat. 

Apa-apa pun, masing-masing punya pandangan tersendiri dalam hal ini.  Cuma kalau poster pun sudah tidak senonoh, apa yang boleh dijangkakan dengan jalan ceritanya? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 63
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Fienomenology 20-3-2017 04:54 PM
dan cita2 ku untuk tgk filem Malaysia berkualiti kian terpadam.
penonton skrg dh bijak pandai nak pilih citer apa nk tgk.
orang bodoh mcm ko, Ahmad Idham, je yg buat citer tahi mcm ni!
layan citer sang kancil dan buaya lg berfaedah!huh!

Lain-lain Komen

Quote Victorioussss 17-3-2017 01:17 PM
Reason i tak sapot filem local. Filem cerita macam tahi. Lakonan tahi. Jalan cerita tahi. Tengok poster pun, tahi. Baik duit tu kau pergi tengok international punya movie, puas hati dan jiwa. Ade message, ade pengajaran.

Lepastu direktor malaysia memekak, orang ramai tak sapot industri perfileman.
Damn right.
Quote Skuau 17-3-2017 01:21 PM
Minahmoto tuk pasaran bbnu jer....
Quote alien88 17-3-2017 01:39 PM
kalau film pasal rempit ni msti ahmad idham yg buat
Quote nuyunnisa 17-3-2017 01:39 PM
Tak bole nak hadam kalo ada jugakk yg sanggup membazir teket wayang nak tgk movie sampahan mcm ni...agak2 laa kalo nak sapo filem kita wajah kita ni pon
Quote stayathomemom 17-3-2017 01:43 PM
Cite hampeh camni kompem laaa flop....belum tayang dah kena hencap....sah2 kalo ade yg tingin nak tengok pun x jadik...takut kena hencap...hahhaha
Quote intanumbrella 17-3-2017 01:54 PM
filem ni xnk pulak haramkan..tgok poster pun sah2 impak negatif..filem tahi..
Quote kuzaime 17-3-2017 01:56 PM
Mcm dh x ada idea lain nk buat movie..citer2 mcm ni main free kt tv pun belum tntu ramai nk tgk ni pulak main kt pnggung..
Quote dakewa 17-3-2017 01:58 PM
Nak download pun rase membazir.
Quote myakayina 17-3-2017 02:13 PM
tengok poster pun tak teransang nak pegi menonton..
Quote MUMMY1788 17-3-2017 02:14 PM
laaaaaa...poster pun dh xsenonoh..saja nk cari publicity murah
Quote Andyscenes 17-3-2017 02:30 PM
Tahun 2017 movie tu mcm tahun 2000.
Quote alieyrina 17-3-2017 02:30 PM
Tgk poster pun dah myampah..nikan plak nak tgk filem..bagi tiket spesel begesel dgn pgarah pelakon red kapet kat aku pun xkan tengok..huhh
Quote dzila_87 17-3-2017 02:33 PM
budak sekolah yg couple2 suka la tgk citer nie kat panggung kan?
Quote syadq 17-3-2017 02:36 PM
Ariz lufias pon merempit jugak ke dalam cite ni.  
Quote hanisbunny 17-3-2017 02:37 PM
korg ni pon husnuzon la..sheols bwk moto laju  tonggek mcm tu sebab dh terlambat nk blk rumah nk msk juadan asam pedas ikan jenahak
Quote matseh 17-3-2017 02:40 PM
Salahkan penerbit yg suka hati buat filem syok sendiri. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.
Pelakon lelaki tu band boy Fourteen. Yg perempuan tu ada la berlakon drama  x ingat tajuk. (tq mr google)
Quote MyNameIsIris 17-3-2017 02:45 PM
dihujung cerita ada pengajaran katanya
Quote allhaillll 17-3-2017 02:53 PM
asam pedas untuk dia
Quote esbatu 17-3-2017 03:02 PM
haiyaa...kalau dari ahmad idham ni memang produk sampah la

Lihat semua komen(63)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.070377s Gzip On
To Top