Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Risau Si Manja Batuk? Hanya Guna Nanas Dapat Melegakannya!

17-3-2017 05:48 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 894| Komen: 7

Bila si kecil meragam sakit tekak dan batuk-batuk atau terjangkiti virus selesema, ibu mana yang tidak risau, bukan? Jangan risau, ada bahan semula jadi boleh digunakan sebagai ubat batuk untuk anak kecil.


Foto: health - cepamagz.com

Mungkin ramai tak tahu bahawa nanas juga berkesan melegakan batuk si manja. Jom tengok macam mana nak buat ubat batuk dengan sebiji nanas!


Cara membuatnya:

1. Buang kulit nenas dan durinya seperti biasa
2. Potong dadu supaya mudah dikisar. (Kalau ada fruit processor lagi senang). Terpulang jika mahu hancurkan sekali bahagian tengah atau batangnya.


3. Kisar sampai halus, kemudian ditapis hampasnya.
4. Tapis sekali lagi dengan penapis yg lebih halus. 


5. Masukkan ke dalam botol kedap udara untuk disimpan di dalam peti sejuk.


6. Campur dengan madu apabila mahu diberi kepada anak. Boleh guna picagari untuk lebih memudahkan (lebih kurang 3ml).

Foto: FB Norashikin Bt Hasan

Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut-turut dan selepas itu boleh dibuang. Biasalah, ubat semula jadi tiada bahan pengawet dan mudah rosak. Ubat ini sesuai bagi bayi berusia enam bulan ke atas. 

Menarik, bukan? Tetapi jika anda kurang yakin dengan cara ini, boleh dapatkan ubat batuk dari klinik atas nasihat doktor. - CARI


Kredit resipi: FB Norashikin Bt Hasan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Bagaimana Rawat Sakit Lutut Dengan Halia?

Next       : Lebih Banyak Protein Dari Tepung Gandum, Roti Dari Lipas Ini Baik Untuk Diet Anda

Komen Terbaru

Quote catalina 6-4-2017 12:16 PM
air nenas elok utk cuci buah pinggang.

Lain-lain Komen

Quote cik-jaja 17-3-2017 05:57 PM
nanas tak tajam ke utk baby?
Quote siskepoh 17-3-2017 06:01 PM
nanas? wow.menarik
Quote apalancut 19-3-2017 03:05 AM
Kalau dah baby,  umur setahun setengah ke bawah,  ubat paling mujarab,  susu tek mak dia je.
Quote marhaen 19-3-2017 01:31 PM
apply to orang dewasa juga tak..?
Quote sabar_sabariah 20-3-2017 04:49 PM
aku tau nenas memang boleh baikkan batuk
tapi tak pasti boleh bagi kat bebudak ke tak
Quote kzr333 6-4-2017 12:16 AM
Dapnya air nenas tp bukan ke air  dia tajam..
Quote catalina 6-4-2017 12:16 PM
air nenas elok utk cuci buah pinggang.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058003s Gzip On
To Top