CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Heroin Winter Sonata Akhiri Zaman Solo Pada Usia 42 Tahun

4-4-2018 04:47 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 9461| Komen: 28|Original author: Oleh: Suzy

Description: Siapa tidak kenal aktress jelita Choi Ji Woo yang popular ketika pertama kali drama berantai Korea Selatan diperkenalkan di Malaysia. Heroin drama Winter Sonata itu baru-baru ini, membuat kejutan kepa ...


Siapa tidak kenal aktress jelita Choi Ji Woo yang popular ketika pertama kali drama berantai Korea Selatan diperkenalkan di Malaysia. Heroin drama Winter Sonata itu baru-baru ini, membuat kejutan kepada semua orang termasuk agensi yang menguruskan kerjaya seninya.  

Pihak pengurusannya, YG Entertainment mengakui tidak mengetahui tentang majlis yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi itu. Choi Ji Woo yang cukup dikenali menerusi drama Korea popular sepanjang zaman itu dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia minggu lalu. 

Difahamkan, perkahwinan tersebut berlangsung di Seoul, Korea Selatan.


Foto: Ig Choi Ji Woo

Biarpun sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan seorang aktor popular, Ji Woo akhirnya memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya. Lelaki yang berumur dalam lingkuangan 30-an itu adalah seorang pegawai IT biasa, menurut Ji woo. Dia juga sedaya-upaya tidak mahu mendedahkan rupa paras suaminya. 

Majlis perkahwinan tertutup itu juga dikatakan hanya dihadiri 40 orang keluarga terdekat. Ji Woo kemudiannya mengesahkan berita gembira itu menerusi perkongsian foto di laman media sosial miliknya dan turut menulis surat berkongsi hari bahagiannya. 


Foto: Ig Choi Ji Woo

“Hari ini bersamaan 29 Mac, hari bersejarah dalam hidup saya. Saya akan membina keluarga baru bersama orang yang saya sayangi. Saya akan hidup dengan aman dan saling menghormati. 

“Sepatutnya, berita ini dikongsi lebih awal tetapi saya berharap semua pihak faham kerana suami saya bukan seorang selebriti dan saya juga harap anda semua merestui hubungan kami,” tulis Ji Woo.

Wah, senyap-senyap saja dia mendirikan rumah tangga. Siapalah jejaka bertuah yang berjaya menakluki hati Ji Woo itu ya? - CARI
6

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • PomenObersea

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missjuli 4-4-2018 05:06 PM
Wey, 42 mcm gitu rupanya? I yg bru 20 an ni pun dh mcm hantu kak limah. Fishhhh..
Quote miemiecha 4-4-2018 05:10 PM
lawaaaa....
Quote nafham 4-4-2018 05:30 PM
Cantiknya... br january ritu iols marathon drama sonata musim salju ni. Maklumlah dulu x berpeluang tgk citer2 gini {:cryrun
Quote Victorioussss 4-4-2018 06:09 PM
Edge of menopos br nk kawen

Inb4 my fav korean actress, lee young ae
Quote LautBiru52 4-4-2018 10:15 PM
Cantiknya. Wedding dress pun sopan je. Tahniah
Quote anony-mous 5-4-2018 12:07 AM
Cantiknyaaa 40 umur mcm ni. Mcm xtua lgsg. Kesian kdg2 retis korea ni hidup penuh stress. Mcm ni pin tpksa sorok husband tkot org kutuk agknya
Quote eizarz 5-4-2018 12:09 AM
plastik lah semua ni...{:kill
Quote GuaDahTua 5-4-2018 08:02 AM
JODOH LAMBAT ..JANJI BAHAGIA .
Quote pittjie 5-4-2018 08:18 AM
missjuli replied at 4-4-2018 05:06 PM
Wey, 42 mcm gitu rupanya? I yg bru 20 an ni pun dh mcm hantu kak limah. Fishhhh..

tak pe dik. umur 20an ni kekadang mmg belum pandai nak cantik2 kan diri. nanti lama2 pandialah tapi kenalah rajin .. jadi cantik la tu.
Quote devilito2 5-4-2018 08:26 AM
Cantiknya... tahniah
Quote masnona 5-4-2018 08:26 AM
wah tahniah. muka pun nampak muka. hope dpt ank cpt2.
Quote nenek_lampir 5-4-2018 09:03 AM
umur 40an pon masih lawo...

walaupun berkat daripada hasil bedah

tahniahh... jodoh itu rahsiaaaa...
Quote syasb 5-4-2018 10:13 AM
Waaa tahniah. Dulu tgk dia ni. Suke tgk kulit dia. Cantik gilaaa
Quote haryatie 5-4-2018 11:13 AM
40an pun masih lawa giler
plastik kut ....
Quote MsKoreanfanatic 5-4-2018 02:35 PM
tahniah sis.. happy dpt tgk sis kawen.. hubby muda untung la.. dari sisi nmpk kacak
Quote mizruncing 5-4-2018 02:53 PM
wahhhh congrats in advance. sape la laki bertuah tu. dia ni mmg tak makan tua btol. mcm jang nara jgk.
Quote chinta89 5-4-2018 03:48 PM
cantiknyaaaaaaaaaaa


teringat sohor sgt cter ni dlu2
Quote chicozinn 5-4-2018 04:44 PM
cantiknya tapi kalu dapat sorang anak jadi la ea..
Quote MsKathryn 5-4-2018 04:54 PM
Congrats choi ji woo.. still nmpk cantik

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.183875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top