CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aku Sudah Sangat Lelah,"-Tembak Anak Isteri, Sebelum Bunuh Diri Sendiri

29-10-2018 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9232| Komen: 81|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Tidak mahu meninggalkan keluarganya bersendirian di dunia, seorang bapa menembak mati isteri dan anak-anak, termasuk anjing peliharaannya.
Tidak mahu meninggalkan keluarganya bersendirian di dunia, seorang bapa menembak mati isteri dan anak-anak, termasuk anjing peliharaannya.

Dua keping nota bunuh diri yang ditinggalkan menytakan dirinya sudah terlalu penat tapi menyayangi isteri dan anak-anaknya.


Foto: Kompas.com
Media tempatan melaporkan, kejadian yang berlaku di bandar Sumatera Selatan itu menyaksikan Fransiskus Xaverius Ong, 45 membunuh Margereth Yentin Liana, 43, Rafael Fransiskus, 18 dan Kathlyn Fransiskus, 11.

Menurut pembantu rumahnya, Dewi, pada malam sebelum kejadian, Ong minum kopi sambil bermain piano.

Dewi memberitahu pihak polis yang Ong hanya akan bermain piano apabila mempunyai masalah.


Ong juga telah memanggil semua pekerja syarikatnya serta pembantu rumah untuk memberi wang kepada mereka.

Dia juga memberi mesej kepada kepada kumpulan Whatsapp sekolahnya, meminta kemaafan dan meminta agar hanya perbuatan baiknya yang dikenang.

Foto: Kompas.com
Pada keesokan paginya, pemabantu rumah yang dikenali sebagai Sarah cuba mengejutkan Kathlyn.

"Sarah melihat darah di atas bantal apabila dia cuba kejutkan Kathlyn. Pada mulanya, dia fikir ia adalah darah dari hidung, tetapi kemudian dia melihat darah itu dari kepala Kathlyn.

Ketua Polis Sumatera Selatan, Inspektor Jeneral Zulkarnain Adinegara berkata, menurut hasil bedah siasat dan siasatan saintifik, Ong telah merancang pembunuhan itu ddengan berhati-hati.

Foto: Kompas.com
"Berdasarkan (penemuan) analisis residu tembakan, ia menunjukkan bahawa Fransiskus yang mencetuskan kejadian," katanya pada Jumaat.

Fransiskus menembak isterinya dahulu di bilik tidur mereka. Dia kemudian berhenti sebentar, duduk di luar bilik dan menyalakan sebatang rokok.

"Kita menemui puntung rokok dengan sebahagiannya diliputi darah, serta kesan kopi di luar bilik tidur. Kita andaikan dia merokok rokok dan memikirkan tindakannya sebelum meneruskan pembunuhan anaknya," kata Zulkarnain.

Dia kemudian dikatakan pergi ke bilik tidur anaknya di tingkat dua dan menembaknya di kepala ketika anaknya sedang tidur. 

Mangsa terakhir adalah anak perempuannya, yang didakwa ditembak dari jarak dekat.

Polis percaya selepas membunuh isterinya dan anak-anaknya, Ong membunuh anjing perliharaan keluarga itu dengan melemaskannya di dalam tab mandi.

Selepas itu dia kembali ke bilik tidurnya, mengunci pintu dan menembak dirinya sendiri.

Motif pembunuhan masih belum diketahui tetapi mengesyaki yang Ong telah bertengkar dengan isterinya yang menuntut cerai kerana menuduh Ong mempunyai hubungan sulit. -CARI
21

Bagus
18

Marah
27

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote knnk 28-10-2018 08:41 PM
Innalillah.
Kau yg buat taik nak heret isteri, anak dan anjing pula.
Dasar pengecut!
Quote xtahumenahu 28-10-2018 08:42 PM
Whyyyyy...oh whyyy?kesiannnyaaaa famikg...x pasal2 jaaaa
Quote xtahumenahu 28-10-2018 08:42 PM
Whyyyyy...oh whyyy?kesiannnyaaaa family...x pasal2 jaaaa
Quote tokmuda 28-10-2018 08:48 PM
tattoo dah dragon habis, gengster la konon kau kenal aku sapa

hati plakk tisu





Quote dauswq 28-10-2018 08:55 PM
tadi nak post pasal berita ni tp terlupa lak

kat malaysia ade tak kes bunuh sekeluarga sebegini rupa? yg kt gemencheh dan kt johor dulu psl pembunuh tu gila kan?



Quote dauswq 28-10-2018 08:57 PM
Edited by dauswq at 28-10-2018 08:58 PM

depression boleh membunuh manusia perlahan2.
tak kiralah betapa kuatnya pegangan agama seseorg tu
once tak dpt cope dgn depression, jd mcm kes bunuh diri ni.

sesiapa ada kawan2 atau adik beradik suspected tengah depress, mohon bantulah mereka
jgn lah kecam mereka kerana mereka dlm lowest point di dalam hidup mereka.
Quote lalabeez 28-10-2018 08:57 PM
Mak aih. Seremmmmmmmm. Pasti bakal jadi rumah berhantu. Huu huuu huuu
Quote awaynepian 28-10-2018 08:58 PM
pasal hutang ke nih??..
depression sangat2 la mwrbahaya
Quote dauswq 28-10-2018 09:01 PM
baca somewhere tadi
pakcik ni sempat main piano sblm dia bunuh sekeluarga nya jam 3 pagi gituh

org putih pggl ni requem of dead gituh


Quote moonbug 28-10-2018 09:03 PM
Kesian Choky dengan Snowy mati sekali He only spared the housemaids. Apa masalah agaknya
Quote jetrofa 28-10-2018 09:04 PM
guna silencer kot.. ker maids tu jenis tidur mati..mulut terngaga sambil berdengkur  
Quote zamnie 28-10-2018 09:05 PM
Nak mati sorang xnak.. nak gak heret org lainnn
Quote tokmuda 28-10-2018 09:07 PM
bahahaha
ni bunuh satu family pasal stress kena perambat dalam forum kaskus la ni.

kes sendiri reply post sendiri maki diri sendiri anjing cari makan.

@roy3



wlkwlwlwlwwkwkwkw




Quote JunkMail 28-10-2018 09:14 PM
dauswq replied at 28-10-2018 08:55 PM
tadi nak post pasal berita ni tp terlupa lak

kat malaysia ade tak kes bunuh sekeluarga sebegini  ...

Adalah .. yang lelaki India bunuh anak bini sekali tu...
Quote Unicorn_heart 28-10-2018 09:14 PM
Nak mati,  mati la sendiri.. Kesian la dgn family member yg lain..  Jahatttttnya

Quote Acik2kepam 28-10-2018 09:17 PM
Walaupun cainis beliau menggunakan bahasa yaaa utk nota dan juga ngomong di wassep grup
Quote sukacactus 28-10-2018 09:20 PM
Sian family dia
Nama dia kat wsapp group dia, Amat...cam xkena mengena plak dgn nama sebenar
Quote Syd 28-10-2018 09:30 PM
dauswq replied at 28-10-2018 08:55 PM
tadi nak post pasal berita ni tp terlupa lak

kat malaysia ade tak kes bunuh sekeluarga sebegini  ...

1. Kat gemencheh tu mmg dia ada rekod mental
2. Kat Johor tu mmg dia bunuh satu famili mertua dia. Burung je lah saksi. Tahap dihina kot
3. Yg india tu mmg dia sembelih anak2 dia sblm dia pun mati
Quote nuralisa 28-10-2018 09:31 PM
Acik2kepam replied at 28-10-2018 09:17 PM
Walaupun cainis beliau menggunakan bahasa yaaa utk nota dan juga ngomong di wassep grup

Indon kan .. mmg itula bahasanya

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.080384 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top