CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Moero Attack, Inspirasi 'Somersault Berpusing' Jadikan Lelaki Ini Jutawan Terkaya China!

20-12-2018 12:08 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 14955| Komen: 34|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Mungkin ada peminat yang masih mengingati slogan bola tampar dalam drama bersiri Jepun, Moero Attack ini.
'Somersault berpusing'!

Mungkin ada peminat yang masih mengingati slogan bola tampar dalam drama bersiri Jepun, Moero Attack ini.



Kredit foto: Utusan

Ketika kejayaan pasukan wanita China menewaskan Thailand 3-0 di perlawanan akhir bola tampar Sukan Asia 2018 baru-baru ini, kelibat salah seorang jutawan terkaya di China, Jack Ma dilihat antara penyokong yang datang untuk memberi semangat.


Kredit foto: Carian Google


Menurut akhbar Sina, selepas wisel penamat dibunyikan, pemilik syarikat gergasi Alibaba Group itu telah menemui pasukan negaranya dengan senyuman kegembiraan. 

Jack Ma kemudiannya memberikan kejutan dengan mengumumkan akan memberi hadiah lumayan kepada pasukan itu dan mereka boleh menuntutnya melalui Taobao, sebuah laman membeli-belah online yang terkenal di China. Maksudnya, mereka boleh membeli apa sahaja di laman web milik Alibaba Group itu asalkan dalam bajet yang telah disediakannya.


Kredit foto: Blog Ditelan Zaman


Kredit foto: Blog Ditelan Zaman


Kredit foto: Blog Ditelan Zaman

Mendengar pengumuman itu, pasukan bola tampar China menjerit kegembiraan dan Jack Ma kemudiannya berlalu pergi. Berita pemberian hadiah itu menjadikan ramai pasukan lain yang turut mendapat pingat emas cemburu dan tertanya-tanya mengapa Jack Ma hanya melebihkan pasukan bola tampar wanita?


Kredit foto: Youtube

Siasatan media China kemudiannya mendapati, jutawan tersebut adalah peminat tegar siri bola tampar Jepun, Moero Attack yang sangat popular pada penghujung tahun 1980-an dan awal tahun 1990-an. 

Media mendedahkan bahawa sebelum berjaya dengan empayar Alibaba, Jack Ma mengharungi kegagalan demi kegagalan dan hampir berputus asa. Ketika itu, siri Moero Attack sangat popular di China dan lagu tema 'Never Give Up' serta kecekalan heroinnya, Kojiko Joon (Chun) lakonan Yumiko Araki benar-benar memberikan motivasi kepadanya untuk meneruskan perniagaannya.


Kredit foto: Youtube

Setelah berjaya menjadi jutawan pada 2004, Jack Ma menjemput pelakon itu untuk melawat pejabatnya di mana beliau menyatakan penghargaan dan rasa terima kasihnya kepada pelakon dan siri itu yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kejayaannya.


Kredit foto: English.cri.ni

Siri drama Moero Attack mengisahkan seorang gadis Jepun (Chun) yang bercita-cita untuk mewakili negaranya dalam sukan bola tampar di Sukan Olimpik. 

Beliau yang telah kehilangan ibunya sejak kecil diwasiatkan dengan sebuah buku yang penuh dengan teknik akrobatik permainan bola tampar. Dengan bantuan jurulatihnya, Chun banyak berlatih menggunakan buku itu untuk memenangi setiap perlawanannya. 

Drama berkenaan telah dialih suara ke Bahasa Malaysia dan ditayangkan di RTM sekitar 1989. Susulan popularitinya, rakyat Malaysia telah dilanda demam bola tampar penangan drama itu!


Kredit foto: Utusan

Nampaknya, seperti rakyat Malaysia, jutawan Jack Ma juga adalah peminat tegar siri Televisyen yang penuh inspirasi dan nostalgia itu. Bukan itu sahaja, beliau mengecapi kejayaan kerana benar-benar mencontohi keazaman watak dalam cerita tersebut. - CARI
14

Bagus
16

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 20-12-2018 12:18 PM
Ya ampun Moero Attack aku sanggup tak gi KoKo sebab nak tgk citer ni.. and the reason aku main bola tampar sebab siri ni.. klu tak satu sukan pun aku tak main...
Quote Sang_Pencinta 20-12-2018 12:21 PM
buragazz replied at 20-12-2018 12:18 PM
Ya ampun Moero Attack aku sanggup tak gi KoKo sebab nak tgk citer ni.. and the reason aku main bola  ...

Kehkehkeh... ramai yg ponteng kerana cerita ni

Tiba2 gelanggang bola tampar penuh

Quote thinker69 20-12-2018 12:37 PM
Chun!yojia!kapten!bercita cita hendak kenolimoik!tapi..malang menimpa..yojia meninggal dunia..akhirnya chun dan kapten masuk olimpik!!!!!
Quote cicicumel 20-12-2018 01:01 PM
Citer apa ni uol.. Remaja purba punya zaman ke??
Quote RatuDunia94 20-12-2018 01:16 PM
Haha.. nampaknya bukan zaman iols kot.
Quote Sang_Pencinta 20-12-2018 01:27 PM
khas utk remaja purba
Quote cikkittydiva 20-12-2018 01:49 PM
Episode last aku x dpt tengok asbab pekan kediaman aku tu xde karen.. hampeh.. beriye hari2 merempit naik basikal balik sek agama sbb x mo missed tgk citer ni... Boleh plak epi last x dpt tgk.. {:cryrun
Quote atsu 20-12-2018 02:09 PM
Ha'ah. Nostalgia betul drama bersiri ni.i dg adik I pun time cerita ni mesti dah tercatuk depan TV. Kalau boleh satu saat pun tak nak miss jalan cerita dia. masa tu mmg tiap petang main bola tampar , kadang kadang berdua pun jadi.  Berangan nak buat samasoult tak pernah jadi, dapat bola kerja jerit 'samasoult !' je la.
Quote atsu 20-12-2018 02:12 PM
Mmg terpengaruh betul dengan cerita ni. Masa tu rasa dah masuk betul dalam dunia cerita dia.
Quote mieymiey 20-12-2018 02:43 PM
Iols sorang jer ker taktau cerita ni?
Quote tri-max 20-12-2018 03:18 PM
aku siap daftar kelab bola tampar sekolah taw penangan ceta nih
akhirnya wakil gak skolah smpi daerah
suma sbb ceta nih - tak sangka plak jack ma pon inspired gak kihkihkih
Quote mzzenma 20-12-2018 03:24 PM
Mzz baru lahir time ni..so mzz pun tak tau kewujudan drama ni..
Quote Megikari 20-12-2018 03:53 PM
Waaaahh... Hanya remaja tua umur 35 ke atas je yg tau cerita ni rasanya. Dulu selalu ponteng sekolah agama sebab nak tengok cerita ni. Siapa yang ponteng hari tu, esoknya wajib ceritakan kat kawan2 episod tu. Walaupun somersault dia selalunya tak logik, tetap la menjadi idola bebudak masa tu.
Quote mziskandar 20-12-2018 04:13 PM
Pakai bola netball pun jadi..
Quote MayaDelaRosa 20-12-2018 05:40 PM
Legend citer ni...30 ke atas tau rasanya.  Fenomena btl..Iols selalu main belon jadikan bola tampar..bila tampar je nnti iols sebut hantaran halilintar....Hahaha
Quote axl_bach 20-12-2018 05:55 PM
Sommersault berpusing
Quote izwan_izi 20-12-2018 06:19 PM
Rilek je drama Moero Attack ni main bola tampar pakai spender..Di siarkan waktu petang2 plak tu..

Kalo zaman skang ni tayang pelakon pakai spenda dlm court bola tampar, mau kene gam dgn LPF kot..

Quote buapakperut 21-12-2018 01:39 AM
tahun 89, patutla iols takpenah tengok
Quote precious_chicas 21-12-2018 01:45 AM
Ahhh...mengimbau kenangan zaman kanak2 haha. Somersault berpusing!!!!! hehe

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top