CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Bingung, Hampir Sebulan Anak Tidur Tak Bangun-Bangun

18-12-2018 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8441| Komen: 65|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tidur dan tidak bangun sejak 26 November lalu telah menyebabkan ibu bapanya bingung dengan keadaan tersebut.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tidur dan tidak bangun sejak 26 November lalu telah menyebabkan ibu bapanya bingung dengan keadaan tersebut.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan yang anak sulung pasangan Sandi Syahputra, 25 dan Prili Mahdania, 24, itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.


Tribun News melaporkan,  Gilang Tama Alfarizi, tidur pada jam 11 malam pada 26 November dan tidak menunjukkansebarang perlakuan pelik.

“Saya memujuknya tidur ketika dia asyik menonton televisyen. Saya tidur dulu dan dia ingin tidur bersama ayahnya,” kata Prili.

Keesokan harinya suaminya cuba untuk mengejutkan anaknya namun dia kelihatan masih mengantuk dan kembali tidur.


Keadaan yang sama berlarutan dan kanak-kanak tersebut hanya boleh menggerakkan tangan dan kaki.

Foto: Tribun News
Selepas dibawa ke hospital. Gilang ditahan selama 14 hari di hospital daerah Deli Serdang sebelum dibawa ke Hospital Beasa Adam pula.

Pemeriksaan doktor mendapati fungsi jantung, saraf serta darahnya adalah normal.

Selepas 18 hari tertidur, kanak-kanak tersebut dibawa pulang ke rumah dan diberi bantuan pernafasan dan makanan melalui tiub.

Sehingga kini belum ada penjelasan perubatan mengenai keadaannya. -CARI
10

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 18-12-2018 11:42 AM
Harap terjaga & dapat melihat cahaya matahari dan bunyi unggas unggas.
Ada kan kes dia tidur tak bangun bangun..
Quote jazaa100 18-12-2018 11:44 AM
Ala...pastu mesti gi cari nyi roro kidul...

Bkn tak tau pangai indon...
Sesikit mitik...sesikit mistik....
Kentut wangi pun kata anak turun dari syurga...

Quote kroit92 18-12-2018 12:04 PM
Kleine-Levin syndrome?
aka the Sleeping Beauty Syndrome?

nama sleeping beauty dari cerita snow white,
ironi nye, yang selalu kena lelaki
Quote Buritan 18-12-2018 12:06 PM
kroit92 replied at 18-12-2018 12:04 PM
Kleine-Levin syndrome?
aka the Sleeping Beauty Syndrome?


Ooo ye ke.. abis tuu cmn nak bg dia sedo.. kena cium ke..
Quote onexox97 18-12-2018 12:14 PM
kena cium dengan putera raja
baru bangun kot
Quote kroit92 18-12-2018 12:14 PM
Buritan replied at 18-12-2018 12:06 PM
Ooo ye ke.. abis tuu cmn nak bg dia sedo.. kena cium ke..

oii, sexual harassment

tak tau la. menurut pembacaan, dia macam episodic, berepisod
nanti dia bangun, lepas tu tido balik.. lepas tu bangun balik, rinse and repeat

tapi ni cuma tekaan je la
adik kecik ni maybe kena bawa ke different hospitals, minta banyak2 pendapat and tests
mane tau ada sakit lain. harapkan satu hospital, terhad jawapannya
Quote Buritan 18-12-2018 12:21 PM
kroit92 replied at 18-12-2018 12:14 PM
oii, sexual harassment

tak tau la. menurut pembacaan, dia macam episodic, berepisod

Oo mcm tuu.. nak tergelak pulak ade jugak pnyakit cam ni
Quote nisako 18-12-2018 12:51 PM
wow sian Budak tu …………
Quote Malaysia.Doom 18-12-2018 01:04 PM
Buritan replied at 18-12-2018 12:06 PM
Ooo ye ke.. abis tuu cmn nak bg dia sedo.. kena cium ke..

Aduiii...ko ni...sakit perut aku ketawa.
Quote Buritan 18-12-2018 01:07 PM
Malaysia.Doom replied at 18-12-2018 01:04 PM
Aduiii...ko ni...sakit perut aku ketawa.

Aku betul betul nak tau.. dah sindrom snow white.. mestilaa kena ciumm..
Quote Malaysia.Doom 18-12-2018 01:08 PM
Buritan replied at 18-12-2018 01:07 PM
Aku betul betul nak tau.. dah sindrom snow white.. mestilaa kena ciumm..

Kena cari Raja katak...sekarang ni musim katak jadian melompat...cer try cium adik ni.
Quote cm_matjawasp 18-12-2018 01:16 PM
"Ini semua perbuatan siLabu"
Quote capiloton 18-12-2018 02:04 PM
dah macam movie Insidious.
sapa2 yang pandai astral travel, cuba cari kat mana budak ni kena sorok.
Quote ChildrenOfBodom 18-12-2018 02:12 PM
tidoq tak manket bukankah koma??
Quote JokesCop 18-12-2018 02:18 PM
onexox97 replied at 18-12-2018 12:14 PM
kena cium dengan putera raja
baru bangun kot

TMJ for the win!!
Quote Alais 18-12-2018 02:21 PM

cuba dekatkan bau makanan yg dia paling suka
Quote shernazz 18-12-2018 02:22 PM
Kat mesia pon ada
Iols baca mastika dedolu..ada acik ni tido 6 bulan x bangun bangun..
Pastu bioa bangun..xblehntido malam dah..dok la sapu rumah..siram pokok saje..
Kalaundia tipu..iols pon kena tipu lah
Quote shernazz 18-12-2018 02:22 PM
capiloton replied at 18-12-2018 02:04 PM
dah macam movie Insidious.
sapa2 yang pandai astral travel, cuba cari kat mana budak ni kena sorok.

Org kita kata mati suri kan?
Quote jazaa100 18-12-2018 02:50 PM
capiloton replied at 18-12-2018 02:04 PM
dah macam movie Insidious.
sapa2 yang pandai astral travel, cuba cari kat mana budak ni kena sorok.

astral travel......

aku suka nak tau pasal ni....best kannn....


Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059820 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top