CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihentam Tayar Treler Tercabut Di Lebuh Raya

26-2-2019 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3355| Komen: 19

Description: Seorang kelindan lori maut dihentam tayar treler yang bergolek di lebuh raya, kira-kira jam 5.20 pagi, semalam, lapor Berita Harian.
Seorang kelindan lori maut dihentam tayar treler yang bergolek di lebuh raya, kira-kira jam 5.20 pagi, semalam, lapor Berita Harian.


Kredit foto: BH Online/NSTP

Sebelum kejadian, mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahman, 29, dikatakan turun memeriksa kenderaannya di lorong kecemasan di Kilometer 372.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Difahamkan, lori berkenaan dipandu rakan mangsa berusia 30 tahun menuju ke Kuala Lumpur dari Teluk Intan sebelum berhenti di lorong kecemasan selepas terdengar bunyi dari bahagian belakang kenderaan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mangsa turun dahulu untuk memeriksa keadaan tayarnya.


"Sebaik mangsa turun, satu tayar dipercayai milik treler yang tidak dapat dikesan tercabut dan bergolek melalui celah antara penghadang besi sebelum menghentamnya.

“Akibat hentaman itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya.


Kredit foto: Sinar Harian

Tambahnya Wan Kamarul, pihaknya telah mebghubungi Plus Malaysia Berhad (PLUS) untuk memeriksa sama ada kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di Kilometer 372.

Selain rakaman video ‘dashcam’, lori berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
4

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iloveyou 26-2-2019 10:26 AM
takziah..... bahaya nyaaaa
Quote baghal_bortuqal 26-2-2019 10:30 AM
takziah. tak pasal2...
Quote MissCarcosa9753 26-2-2019 10:31 AM
Innalillahi wainnailaihirajiun
Quote taji2906 26-2-2019 10:45 AM
bahaya tayar tercabut ni..
aku pernah kat hiway elite bawak lane kanan sekali..
tergerak hati nak bawak slow n tukar lane paling kiri..
elok dah masuk lane kiri, nampak tayar lori melantun2 kat lane kanan..
nasib la semua keter dpt elak..
Quote haryatie 26-2-2019 10:58 AM
Innalillahi wainnailaihirajiun
siannya..
Quote moonbug 26-2-2019 11:03 AM
Salam takziah. Trailer mana la punya tayar tu
Quote AbukRokok 26-2-2019 11:17 AM
kes ni abang2 akan lori senyap menyepi masuk gua
Quote Burong_Hantuk 26-2-2019 11:19 AM
al fatehah...salam takziah
Quote ocho 26-2-2019 11:45 AM
wrong place wrong time .. inalillah ..
Quote nuralisa 26-2-2019 11:47 AM
allahuakbar .... siannya..
Quote ninjago 26-2-2019 11:51 AM
innalillah... alfatihah.. malang tak berbau.
Quote insulin 26-2-2019 12:03 PM
Takziah kepada keluarga mangsa. Tayar yang melayang bergolek memang sangat merbahaya.

[youtube]g1qzWboZAFs[/youtube]
Quote minguk 26-2-2019 12:19 PM
innalillah.. takziah
Quote Jajabeans 26-2-2019 12:55 PM
insulin replied at 26-2-2019 12:03 PM
Takziah kepada keluarga mangsa. Tayar yang melayang bergolek memang sangat merbahaya.

Gile la. Yg hentam kereta pun boleh pecah kereta tu, kalau hentam org mmg trus gol la nak2 tayar treler
Quote saviour_09 26-2-2019 01:15 PM
salam takziah

pohon geng2 pilot darat beri sepatah dua kata
Quote gujiwa 26-2-2019 01:15 PM
duk tgk video plus dulu2x kot.. yang dorng himpit tayar yg tgh bergolek.. ramai plak mengutuk.. pahadal impak dia kalau kena lori plus tu ntah ape la jadi..
Quote insulin 26-2-2019 01:54 PM
Jajabeans replied at 26-2-2019 12:55 PM
Gile la. Yg hentam kereta pun boleh pecah kereta tu, kalau hentam org mmg trus gol la nak2 tayar t ...

Yup. Sangat merbahaya. Tak mengira di mana kita drive, sentiasalah alert dengan keadaan sekeliling. Kadang2 tayar ni melayang dari kawasan belakang kereta kita pun kita tak sedar.
Quote gigahertz 26-2-2019 04:03 PM
taji2906: bahaya tayar tercabut ni..aku pernah kat hiway elite bawak lane kanan sekali..tergerak hati nak bawak slow n tukar lane paling kiri..elok dah masuk la ...

i teringat cerita Final Destination 2 ke 3 ntah yang dia elaak accident hentam lori balak.
Quote RatuDunia94 26-2-2019 04:59 PM
Mmg ajal dia sbb tayar tu elok je lalu di celah2 lori n penghadang tu.. tepat2 tempat mangsa berdiri..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.456190 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top