CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Buaya Terbesar di Dunia Dijumpai!

22-3-2019 12:47 PM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 8221| Komen: 10|Original author: Oleh: Black Rose

Description: Jika disebut tentang buaya, pasti ada yang membayangkan buaya adalah binatang yang buas danmenakutkan. Binatang ini sudah hidup sejak purbakala lagi. Sememangnya tabiat pemakanan haiwan ini memakan da ...

Jika disebut tentang buaya, pasti ada yang membayangkan buaya adalah binatang yang buas dan menakutkan. Binatang ini sudah hidup sejak purbakala lagi. Sememangnya tabiat pemakanan haiwan ini memakan daging dan membiak di tempat yang basah seperti sungai, danau, paya dan sekarang reptilia ini boleh hidup di lautan.

Buaya boleh membesar sehingga 13 meter panjang dan pastinya kita tidak menyangka jika buaya seperti ini memang wujud di dunia ini. Mari kita rungkai 5 buaya yang terbesar yang telah dijumpai di muka bumi ini.


5. BUAYA GUSTAVE

Buaya Gustave adalah buaya terbesar yang telah dijumpai di Sungai Nil, Afrika. Panjangnya 6 meter dan seberat 1 ton.

Buaya ini memburu manusia dan amat ditakuti oleh orang yang tinggal di wilayah itu.


 

Setakat ini, buaya tersebut telah membunuh 300 orang penduduk tempatan dan semakin mengganas apabila haiwan itu kelaparan.


4. BUAYA LOLONG



Lolong, seekor buaya air masin yang dianggarkan berusia 50 tahun Berjaya dijerat oleh pemburu di Bunawan di Filipina pada tahun 2011. Panjangnya 6.17 meter seberat 1075kg.


Sebuah trailer digunakan untuk membawa buaya tersebut ke Bandar tempat untuk memeliharanya. Sejak itu, buaya lolong menjadi terkenal dan memegang rekod Guinness World Record antara buaya yang terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup.


3. BUAYA SANGGATA


Buaya Sanggata ditemui di Kalimantan Indonesia. Kalimantan terkenal dengan buaya yang ganas dan banyak mengorbankan nyawa. Panjangnya 7 meter dan seberat 1 ton.

Buaya Sanggata mempunyai lagendanya tersendiri. Penduduk asal di kawasan sungai Sanggata amat mematuhi pantang larang dan jika melanggar pantang menyebabkan kecelakaan kepada manusia itu sendiri.


2. BUAYA KRYS



Buaya Krys adalah salah satu buaya terbesar yang pernah ditemukan pada zaman ini di Queenland, Australia. Ditemui pada tahun 1957 oleh Krystina Pawlowski dan ditangkap Dalam keadaan yang sudah mati.


Tubuh buaya ini sepanjang 8.6 meter seberat 1 ton. Nama buaya ini dinamakan sempena nama pemburu yang berjaya memburunya.


1. BUAYA SARCOSUCHUS


Buaya ini adalah buaya yang terbesar di dunia yang pernah ditemukan. Sarcosuchus bermaksud 'daging buaya' dan buaya ini disebut Supercroc. Buaya ini memang sudah ada sejak purbakala lagi.


Mempunyai panjang tubuh 13 meter dan beratnya sekitar 8 - 10 ton. Fosil atau rangka buaya ini ditemukan di Gurun Sahara oleh seorang ahli Paleontologi Perancis yang bernama Albert Felix. Buaya ini telah pun pupus kerana bencana alam yang berlaku pada zaman itu.


Cuba bayangkan pada zaman sekarang, populasi buaya semakin meningkat dan boleh mengancam nyawa manusia. Namun, haiwan ini dilindungi oleh kerajaan supaya dapat mengekalkan populasinya daripada pemburu haram yang menginginkan daging dan kulitnya yang mahal. -CARI

1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • SayaSayangMama

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninu 22-3-2019 01:07 PM
pergh..tgok buaya kecik pun dah takut...ni buaya besar lg la...
Quote kucingitam 22-3-2019 01:58 PM
huish..yang paling besar tu mmg zaman dinosour la tu..
Quote sapeka 22-3-2019 02:19 PM
huiyooo
kekaguman iols
Quote ikanmasin 22-3-2019 03:44 PM
seramnye tgk..besar2 gitu sekali libas jer hancur tulang2 bdn
Quote Artemesiaa 22-3-2019 04:40 PM
Menakutkan yang saiz biasa pun dah seram ini yang bersaiz extra macam tu
Quote chicozinn 22-3-2019 04:44 PM
org ckap buaya bujang senang paling bsar kat dunia..btul ke?
Quote munchkin 22-3-2019 06:14 PM
Aku dulu pergi taman buaya. Buaya tu relaks je duduk sebelah aku (ada pagar lah tapi). Dekat buletin bod ada tepek clipping pompuan try bunuh diri terjun dalam kolam ada buaya. Kena attack tapi selamat kalau tak silap.
Quote CiliPadiSedap 22-3-2019 08:54 PM
Akak pakai lv kulit buaya bujang senang
Quote Kyra_Lydia 25-3-2019 08:45 AM
tengok buaya kat taman buaya pun dah cering bulu roma, ni kan besar smpai 10 meter.. pengsan kot aku
Quote lee_sakura 25-3-2019 04:43 PM
scary nya tgk buaya purba tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054740 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top