CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Terjebak Cinta Palsu Di Internet - Ini Tips Jabatan Pencegahan Jenayah

10-4-2019 01:12 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2616| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Entah di mana silapnya, Malaysia yang dikatakan antara negara yang mempunyai kadar celik huruf dan taraf pendidikan terbaik terbaik di rantau Asean menjadi lubuk penipu cinta internet, dengan bilangan ...
Entah di mana silapnya, Malaysia yang dikatakan antara negara yang mempunyai kadar celik huruf dan taraf pendidikan terbaik terbaik di rantau Asean menjadi lubuk penipu cinta internet, dengan bilangan yang semakin meningkat setiap tahun, majoritinya melibatkan wanita berusia yang berpendidikan dan berkerjaya.



Kredit foto: Carian Google
Menurut Ahmad Noordin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah di Unit Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman,  lebih 1300 kes melibatkan kerugian berjumpah RM83.6 juta dilaporkan setakat September tahun 2018.


Sehubungan dengan itu, Jabatan Pencegahan Jenayah telah memberikan beberapa tips melalui lamannya untuk mengelakkan anda daripada terjerumus dalam kes penipuan ini.



Kredit foto: The Star
Antara tips pencegahan:


1. Kenali Modus Operandi Penipu, Elak Terpedaya Dengan Kata-Kata Manis

Penipu cinta internet akan menggunakan kata-kata manis pada masa yang singkat juga akan memberikan gambar atau latar belakang kerjaya dan kewangan yang bakal mengagumkan anda. Bagi mereka, lebih mudah anda mabuk cinta, maka lebih pantaslah mereka akan membuka langkah untuk menipu. Modus operandi membuatkan mangsa mabuk kepayang amat penting supaya segala arahan mereka seperti merahsiakan dan memberikan maklumat peribadi menjadi lebih senang.

Kredit foto: Jabatan Siasatan Jenayah

2. Jika Berkomunikasi 9-5, Ada Sesuatu Yang Tidak Kena

Penipu cinta internet akan memaksa anda berkomunikasi sepanjang hari. Oleh kerana, jika anda dilepaskan dari pandangan mereka, anda mungkin akan terlepas seperti memancing ikan. Logiknya, adakah seseorang yang kononnya sibuk dengan 'kerjaya menarik' mereka boleh menghubungi anda 24 jam sehari? Mereka juga ada anggota lain untuk saling bergantian berhubung dengan mangsa.



Kredit foto: China Press


3. Berjumpa Dahulu Sebelum Membuat Komitmen

Sedangkan nak membeli barang berharga RM10 ringgit pun anda berfikir 30 minit, apa lagi mengesahkan komitmen untuk berkahwin dengan orang yang anda tidak pernah jumpa. Ada yang terpedaya  menyerahkan ribuan wang simpanan kepada orang asing. Pastikan anda berjumpa dahulu dengan orangnya beberapa kali sebelum membuat keputusan penting terutama yang melibatkan hal peribadi.


Kredit Foto: Carian Google


4. Minta Pendapat Sahabat atau Keluarga

Sebolehnya, penipu cinta internet akan memastikan anda tidak memberitahu sesiapa, apa lagi orang yang lebih arif kerana takut umpannya akan terlepas. Sebaiknya, dapatkan pandangan daripada rakan rapat atau ahli keluarga. Dalam dunia internet yang serba meluas ini, tidak sukar untuk mendapatkan maklumat di hujung jari mengenai sebarang kemungkinan.


Kredit foto: FMT

5. Lindungi Maklumat Peribadi Anda

Lindungi maklumat peribadi anda daripada orang lain. Jangan mudah memberi nombor akaun untuk tujuan yang tidak pasti. Sedangkan ibu bapa dan adik beradik sendiri anda boleh rahsiakan nombor akaun peribadi, apa lagi orang asing yang belum pernah berbual secara langsung atau bersua muka. 

6. Semak Akaun Bank Diminta Di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Jika anda diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun tertentu, semak kesahihan akaun tersebut menerusi laman web millik Jabatan Siasatan jenayah di atas. Jika berpadanan, buat laporan polis dengan segera. Bagaimanapun, anda tetapi dinasihati berjaga-jaga walaupun nombor akaun itu tidak disenaraikan.


Kredit foto: Jabatan Siasatan Jenayah

Semoga perkongsian ini akan menjauhkan anda dan saudara mara daripada menjadi mangsa penipuan cinta palsu internet. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote r_innalif 10-4-2019 01:26 PM
Br ada kes mcm ni smlm aku dgr kt court . Prmpuan ni kna charge menyembunyikan wang dgn sgaja. Duit sapa ntah rm5000. Fakta kes kata dia jtuh cinta dgn seorg wrga Nigeria mlalui fb. Dpt hdiah mewah lps tu mntak duit puluh ribu kt pmpn ni. Sbb tu dia songlap duit pengadu kot. Skalo lawyer kata dn tnjuk dia ada kad oku lembam. Jd xleh tuduh dia tp bwk ke tg rmbutan utk repesentasi doc. Tp kalo lembam x kan cerdik leh tipu duit org kan..
Quote Sang_Pencinta 10-4-2019 01:39 PM
r_innalif replied at 10-4-2019 01:26 PM
Br ada kes mcm ni smlm aku dgr kt court . Prmpuan ni kna charge menyembunyikan wang dgn sgaja. Duit  ...

Masa mencuri tu takllembam pulak kan?

Kes kat kampung aku, janda ni cikgu , bercinta dalam diam dengan 'lelaki oversea' yang kata nak kawin, lepas tu barang hadiah yg dihantar lelaki tu tersekat di kastam, minta janda tu tolong bayarkan dulu nanti akan dibayar balik

Janda ni tak beritahu pun saudara mara sehinggalah habis duit simpanan dia berulang kali hantar kpd scammer
Quote Artemesiaa 10-4-2019 02:38 PM
Dah banyak kali disiarkan pun tetap masih ramai yang menjadi mangsa
Quote lattehazelnut 10-4-2019 03:05 PM
Yang xtahan sanggup pinjam beratus ribu utk bf tipu.. ke ada ugut sebar gambar ke ape?
Quote fifie_olin 10-4-2019 03:41 PM
klu dh mntk duit tu sah2 la scam...x yah tggu2 lg...cabot jekkk
Quote buapakperut 10-4-2019 05:31 PM
fifie_olin: klu dh mntk duit tu sah2 la scam...x yah tggu2 lg...cabot jekkk

tapi hakak handalusia dan jande haus cintaaa
Quote buapakperut 10-4-2019 05:33 PM
lattehazelnut: Yang xtahan sanggup pinjam beratus ribu utk bf tipu.. ke ada ugut sebar gambar ke ape?

rela hati je sis, dah otak, dada dan pikiran ku penuh dengan syinta. ada mengaku di pukhau juga
Quote gigahertz 10-4-2019 08:49 PM
Artemesiaa replied at 10-4-2019 06:38 AM
Dah banyak kali disiarkan pun tetap masih ramai yang menjadi mangsa

yg kena tipu ni stok tak laku
Quote lee_sakura 11-4-2019 12:37 AM
ayat manis sgt scammer2 ni, tu yg perempuan mudah jatuh cinta...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.040774 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top