CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ugut Bapa Dengan Pisau Sebab Tak Nak Pujuk Bekas Isteri Balik

27-6-2019 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3515| Komen: 16

Description: Hanya kerana enggan menuruti permintaannya untuk memujuk bekas isteri kembali ke pangkuan, seorang lelaki tergamak mengugut bapa dengan pisau belati.
Hanya kerana enggan menuruti permintaannya untuk memujuk bekas isteri kembali ke pangkuan, seorang lelaki tergamak mengugut bapa dengan pisau belati.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku jam 7 malam kelmarin, di rumah bapa suspek di Kuala Muda.


Dalam kejadian, suspek berusia 34 tahun itu bukan saja meletakkan pisau belati di leher dan dada kiri bapanya, malah dia turut mengacukan pisau ke arah ibunya.


Gambar Hiasan

Difahamkan, suspek merajuk dengan bapanya kerana mangsa enggan memujuk bekas isteri lelaki itu yang meninggalkannya beberapa bulan lalu untuk kembali ke pangkuannya.

Berang permintaannya diabaikan, suspek mengugut mangsa menggunakan pisau dan mengacukan senjata berkenaan kepada ibunya kerana menegur tindakannya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek kemudian melarikan diri selepas mencampak pisau itu ke arah kaki ibunya. Kejadian itu turut disaksikan dua adik perempuan suspek.


Sejurus menerima laporan daripada mangsa, polis berjaya menahan suspek di Kuala Muda, jam 5 petang semalam.

Selain didapati positif methamphetamine dan morfin, suspek juga dikatakan memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sitilu 27-6-2019 01:16 PM
bagus mamat ni, jahat2 dia pun, tetap bernafsu kat pompuan je

tak cam mamat2 tuuuu, jubur laki pun di talanya

malam bulan posa lak tu

Quote sitilu 27-6-2019 01:18 PM
punya la celaka, dah ada bini pun masih berjubur dgn kaum sendiri

malam orang tgh sibuk masak sagur tuuu

Quote sitilu 27-6-2019 01:19 PM
siap rakam tu

sekarang dah masuk porn hub, sapa yg malu

anak2 kau jugak

Quote Kurex 27-6-2019 01:22 PM
Diugut Dengan Pisau Sebab Enggan Pujuk Bekas Isteri Anak - caca marba tajuk
Quote VioletsAre_Blue 27-6-2019 01:51 PM
Ayah pun tahu anak tak guna, malas nak layan permintaan anak
Quote carly_lah 27-6-2019 02:13 PM
ooo... gila talak rupanya.... padan muka bini dah x nak... ni namanya hidung x mancung, pipi tersorong-sorong....
Quote sitilu 27-6-2019 02:20 PM
carly_lah replied at 27-6-2019 02:13 PM
ooo... gila talak rupanya.... padan muka bini dah x nak... ni namanya hidung x mancung, pipi tersoro ...

kau plakk kalau lari dari rumah, mesti laki kau tak perasan kau ilang

Quote singajantan 27-6-2019 02:40 PM
bodohnyer laki

mmg layak ditinggalkan bini

nasib bapa pun ada akal
Quote carly_lah 27-6-2019 03:01 PM
sitilu replied at 27-6-2019 02:20 PM
kau plakk kalau lari dari rumah, mesti laki kau tak perasan kau ilang

sorry le laba... suami carly sayang carly, x boleh berenggang....
Quote torres9 27-6-2019 07:58 PM
Sebab tu bini lari perangai haram jadah
Quote ikanmasin 27-6-2019 09:44 PM
bgs lah kene tangkap polis.bahaya dibiarkan berkeliaran..
Quote Foxey 27-6-2019 11:12 PM
Bekas isteri adalah bijak sebab tak balik ke pangkuan bekas suami penagih dadah
Quote muraicomey 28-6-2019 10:50 AM
Lebih baik tak payah kahwin dengan orang mental macam ni
Quote -electrifying- 1-7-2019 02:02 AM
taik dadah rupanya
Quote Pink_Purple 1-7-2019 02:42 AM
baca tajuk dah tahu, ni keje penagih dadah..

bini pun dah xtahan cabut lari..
Quote Eljie 2-7-2019 10:24 AM
Padan muka

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083019 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top