CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Tunai Hajat Adik Idam Mangga, Wanita Maut Direnjat Elektrik

27-6-2019 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5438| Komen: 24

Description: Hasrat wanita mengabulkan permintaan adiknya yang hamil tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik ketika mahu mengait mangga.
Hasrat wanita mengabulkan permintaan adiknya yang hamil tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik ketika mahu mengait mangga.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi, semalam di kebunnya di Kampung Terusan.



Gambar Hiasan
Foto: My Kebun

Dalam kejadian itu, mangsa, Sarimah Dalam, 58, dilaporkan melecur 90 peratus akibat renjatan elektrik.

Menurut anak mangsa, Stellah Tajuid, 36, ibunya menggunakan sabit kelapa sawit ketika mengait mangga untuk ibu saudara yang sedang hamil dan mengidam buah itu.

"Namun, ibu secara tidak sengaja terkait wayar menyebabkannya terkena renjatan elektrik,” katanya.

Mangsa yang rebah selepas terkena renjatan elektrik dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat melecur, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor.


Tambahnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 27-6-2019 03:05 PM
Alahai sedihnya. Yang mengidam kempunan, yang sihat pergi tiba-tiba. Ajal dah sampai. Salam takziah
Quote Winona888 27-6-2019 03:08 PM
Pasni adik dia mesti dah xnak mkn mangga lg...sedih lahai...
Quote cik_nit 27-6-2019 03:14 PM
Salam takziah...
Quote EvieWanKenobi 27-6-2019 03:21 PM
Innalillah.. besar kasih sayang kakaknya..
Quote Boomibulat 27-6-2019 03:24 PM
Wayar letrik dok celah daun ke?
Quote seri_mawr 27-6-2019 03:32 PM
YaAllah....Ajal dah sampai...

mau adiknya rasa menyesal x sudah.....
hilang terus rasa nak makan mangga gamaknya....
Quote ainashiqa 27-6-2019 03:36 PM
Salam takziah. Sedihnya
Quote Artemesiaa 27-6-2019 03:36 PM
Takziah buat keluarga mangsa, bahaya bila ada pokok dekat sangat dengan wayar eletrik.
Quote chicozinn 27-6-2019 03:44 PM
Winona888 replied at 27-6-2019 03:08 PM
Pasni adik dia mesti dah xnak mkn mangga lg...sedih lahai...

meollss syak adik dia kemurungan sbab menyesal jadi punca kematian akak dia..
Quote nemonemonemo 27-6-2019 04:04 PM
takziah untuk keluarga
Quote prettyuglybabe 27-6-2019 04:58 PM
sedapnya mangga dalam gambar tu.. cecah kicap letak gula cili padi belacan sikit..
Quote CikB 27-6-2019 05:19 PM
takziah buat keluarga
Quote RatuDunia94 27-6-2019 05:45 PM
Mesti kait guna pengait batang besi kan.. memang bahaya.. separutnya guna galah atau batang kayu.. selamat sikit..
Quote grouper 27-6-2019 05:48 PM
RatuDunia94 replied at 27-6-2019 05:45 PM
Mesti kait guna pengait batang besi kan.. memang bahaya.. separutnya guna galah atau batang kayu.. s ...

Betul la tu btg besi sbb nak kait sawit kena kuat galahnya..klau pkai buluh x cukup kuat
Quote ikanmasin 27-6-2019 08:29 PM
salam takziah ..mst adik menyesal sbb keinginan
dia nak mkn mangga tu dia kehilangan kakak dia..
Quote suleyna 27-6-2019 08:33 PM
Kesiannya...mesti adik dia rasa bersalah selama-lamanya
Quote sueburn 27-6-2019 10:34 PM
Sedihnye lahai..
Quote sakinahxpdc 27-6-2019 10:55 PM
salam takziah untuk family
Quote Foxey 28-6-2019 07:55 AM
Takziah kepada keluarga mangsa. Begitu sayang kakak terhadap adik.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102357 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top