CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dikerat 7 Kerana Cinta Terlarang

26-8-2019 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2447| Komen: 9

Description: Lelaki di Bihar, Patna dibunuh dan tubuhnya dikerat tujuh bahagian hanya kerana jatuh cinta.
Lelaki di Bihar, Patna dibunuh dan tubuhnya dikerat tujuh bahagian hanya kerana jatuh cinta.

Gulf News melaporkan, Abhishek Kumar dikatakan jatuh cinta terhadap seorang wanita ketika menghadiri sebuah kelas bimbingan.


Mereka dikatakan sudah bertemu beberapa kali sebelum hubungan itu diketahui keluarga wanita terbabit.

Wanita itu kemudian dikahwinkan dua bulan lalu, namun dikatakan masih bertemu Abhishek mencetuskan kemarahan keluarganya.


Foto: PxHere

Minggu lalu, mangsa dikatakan pergi bertemu dengan wanita terbabit, namun dia kemudian dilaporkan hilang.

Usaha keluarga mangsa mencarinya juga gagal sebelum kehilangannya dilaporkan kepada polis.

Pada Sabtu, penduduk kampung mengadu terdapat bau kurang menyenangkan dari kawasan sawah padi membawa kepada penemuan anggota badan mangsa yang dikerat dan dicampak ke beberapa lokasi.


Sebaik membuat laporan polis mengenai penemuan itu, anggota tubuh berkenaan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Kata polis, anggota tubuh mangsa dikerat kepada tujuh bahagian menggunakan objek tajam.

Menurut Superintendan Dhurat Sayli Savlaram, keluarga mangsa membuat pengecaman berdasarkan pakaian dan tali pinggang Abhishek.

Keluarga mangsa percaya Abhishek dibunuh kerana jatuh cinta dengan seorang wanita. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-8-2019 02:10 PM
Aku ingatkan pelakon
Quote saifulms 26-8-2019 02:15 PM
Ajenye gile..
Quote jazaa100 26-8-2019 02:15 PM
Pompuan tu yg gatal, dah kwin pun pi melayan....tak pasal pasal dia kena bunuh....
Quote sarah82 26-8-2019 02:24 PM
Dasyat... Cinta berbeza kasta kah?
Quote Foxey 26-8-2019 02:35 PM
Kesian. Kerana cinta yang dah pasti tak kesampaian, dibunuh dan dikerat lak
Quote Artemesiaa 26-8-2019 02:38 PM
Sikit lagi ada ler produksi bollywood buat pilem pasal kes ni
Quote babydoll 26-8-2019 03:06 PM
Artemesiaa replied at 26-8-2019 02:38 PM
Sikit lagi ada ler produksi bollywood buat pilem pasal kes ni

i rasa ada tgk movie lebih kurang kes ni. tapi bkn hindi la. citer telugu kot.
Quote diggerr 26-8-2019 03:33 PM
Dahsyattt.
Quote Modngengade 26-8-2019 03:48 PM
jazaa100 replied at 26-8-2019 02:15 PM
Pompuan tu yg gatal, dah kwin pun pi melayan....tak pasal pasal dia kena bunuh....

abishek punya sedap kot sister

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088189 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top